Misi
---------------------
 Matlamat
---------------------
 Peranan
---------------------
 Strategi
---------------------
 Struktur
 Organisasi

---------------------
 Piagam
 Pelanggan

---------------------
 Teks Khutbah
---------------------
 Waktu
 Sembahyang

---------------------
 Masjid-Masjid
 Di Brunei

---------------------
 Maklumbalas

"Sesungguh masjid yang diasaskan binaannya di atas dasar taqwa sejak hari 
pertama ia dibina lebih berhak engkau dirikan sembahyang di dalamnya. Di dalamnya terdapat orang-orang yang suka membersihkan diri. Dan Allah kasih kepada orang-orang yang bersih"


Kandungan tajuk ini memuatkan tentang perkembangan pembinaan masjid-masjid Negara Brunei Darussalam sehingga tahun 1999. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia amat menitikberatkan kepentingan penduduknya untuk memberi keselesaan dalam melakukan amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wataala dengan mendirikan beberapa buah masjid di seluruh negara. Setakat ini terdapat 101 buah masjid, surau dan balai ibadat yang dibina dan boleh digunakan untuk Sembahyang Fardhu Jumaat. Masjid-masjid ini dapat kita lihat berhampiran disetiap penempatan dan perumahan samada di kawasan bandar atau kampong.

Pembahagian masjid-masjid ini didirikan mengikut kategori yang ditetapkan iaitu:

  • Masjid Negara: 2 buah (boleh menampung 3,000 - 5,000 jemaah).

  • Masjid Utama: 11 buah (boleh manmpung lebih 3,000 jemaah).

  • Masjid Mukim: 20 buah (boleh menampung 500-2,000 jemaah).

  • Masjid Kampong: 50 buah (boleh menampung 500-1,000 jemaah).

  • Surau: 6 buah (boleh menampung 500-700 jemaah).

  • Balai ibadat: 12 buah (boleh menampung sehingga 500 jemaah)

Pembinaan masjid di negara ini adalah pembiayaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang dimasukkan dalam Rancangan Kemajuan Negara (RKN) dan juga waqaf daripada orang ramai.

Konsep pembinaan masjid di negara ini telah berubah daripada tradisional, menjadi lebih teratur berpandukan kepada pelan yang direka bentuk oleh arkitek tempatan, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam yang mengamibilkira pengaruh faktor alam sekeliling dan cara hidup orang Melayu. Bahan-bahan binaan juga moden dan menarik.

Selain itu hampir keseluruhan masjid di Negara Brunei Darussalam in mempunyai beberapa kemudahan asas seperti penghawa dingin, tempat letak kereta, bilik khutubkhanah, pejabat imam dan sebagainya.


  1. Sejarah Pembinaan Masjid

  2. Kategori Masjid (bergambar).

  3. Kategori Masjid (nama masjid).

  4. Sebahagian Laman web masjid.


|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid | Maklumbalas ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||