
|

-
Jabatan Hal Ehwal Masjid diketuai oleh seorang Pengarah
dan dibantu oleh seorang Penolong Pengarah.
Jabatan ini mempunyai enam bahagian :
- Bahagian Idarah (Pentadbiran)
- Bahagian Imarah (Pentakmiran)
- Bahagian Riayah (Pemeliharaan)
- Bahagian Penyelidikan Dan Perkembangan
- Bahagian Bimbingan Dan Latihan
- Bahagian Perpustakaan Dan Teknologi Maklumat
Fungsi Jabatan
- Bertanggungjawab dalam hal ehwal masjid.
- Bertanggungjawab dalam pentakmiran
masjid.
- Bertanggungjawab dalam penyediaan
khutbah : Khutbah Jumaat, Khutbah 2 Hari Raya, Khutbah Gerhana,
Khutbah Istisqaa dan lain-lain.
- Bertanggungjawab dalam merancang
pembinaan masjid-masjid baru, penambahan/pengubahsuaian dan
pemeliharaannya.
Tugas Dan Tanggungjawab Bahagian Idarah
- Bertanggungjawab dalam perkara Pentadbiran
Masjid seluruh negara serta pengurusan dan pentadbiran Jabatan/Kakitangan
dan Kewangan.
- Mengendalikan peperiksaan bagi
pegawai-pegawai masjid dan menilai perkhidmatan
pegawai-pegawai masjid seluruh negara.
- Mengawal dan memeriksa kewangan masjid
seluruh negara.
- Memproses permohonan menjadi
pegawai-pegawai masjid.
- Menempatkan pegawai-pegawai masjid
(imam, bilal, merbut), buruh-buruh di masjid-masjid, surau dan
balai ibadat.
- Mengadakan kursus jangka pendek/panjang
bagi pegawai-pegawai masjid seluruh negara.
- Menyediakan kertas-kertas soalan
peperiksaan bertulis bagi kenaikan pangkat pegawai-pegawai
masjid.
- Mengadakan lawatan-lawatan ke
masjid-masjid, surau, balai ibadat seluruh negara.
Tugas Dan Tanggungjawab Bahagian Imarah
- Bertanggungjawab mengenai pentakmiran
masjid seluruh negara.
- Mengawal perjalanan kelas al-Quran di
masjid-masjid.
- Meningkatkan ilmu pengetahuan pegawai
masjid.
- Mengendalikan acara sambutan sempena Hari Kebesaran
Islam dan Hari Kebesaran Negara.
- Menyediakan perkhidmatan pembaca doa
bagi majlis-majlis rasmi.
- Mengadakan lawatan kerja ke
masjid-masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara
- Mengendalikan upacara-upacara
Sembahyang Hajat / Istisqaa / Gerhana di masjid-masjid, surau
dan balai ibadat.
- Mengendalikan kursus, bengkel, fardhu
ain, fardhu kifayah di masjid-masjid.
- Menerbitkan bahan-bahan cetak seperti
program, Yaasin, Tahlil sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia dan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
- Bertanggungjawab dalam perkhidmatan,
pengurusan dan pentadbiran perpustakaan masjid-masjid seluruh
negara.
Tugas Dan Tanggungjawab Bahagian Riayah
- Bertanggungjawab dalam pemeliharaan
bangunan masjid dan kebersihan luar dan dalam masjid termasuk
keselamatan peralatan eletronik dan lain-lain.
- Mengeluarkan tawaran-tawaran kepada
pemborong-pemborong binaan.
- Merancang pembinaan bangunan masjid
menurut keperluan.
Tugas Dan Tanggungjawab Bahagian Perkembangan dan Penyelidikan
- Bertanggungjawab dalam penyediaan teks
khutbah Jumaat, Dua Hari Raya, Istisqaa dan lain-lain.
- Mengawal pembahagian teks khutbah.
- Mengadakan lawatan kerja ke masjid,
surau dan balai ibadat seluruh negara.
- Menyediakan laporan tahunan jabatan.
- Menyediakan hasil-hasil penyelidikan
dan perkembangan jabatan.
- Mengendalikan projek-projek jabatan
seperti Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC), Anugerah Cemerlang
Perkhidmatan Awam (ACPA) dan sebagainya.
|