![]() |
||
![]()
|
21 Jamadilakhir 1423/30 Ogos 2002 PEMUGUT Wahai
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan takwa kepada Allah Subhanahu Wataala
iaitu dengan mengerjakan segala titah perintah Allah yang boleh membawa
kepada keredhaannya, dan sama-samalah kita berusaha meninggalkan apa-apa jua
larangan Allah yang boleh membawa kepada kebencanaan dan kemurkaannya.
Perbezaan di antara manusia dengan haiwan ialah akal.
Dengan akal manusia hidup beradab dan bersopan santun.
Sikap bersopan santun membantu menjadikan seseorang itu menjadi
anggota masyarakat yang baik dan warganegara yang berguna.
Seseorang itu akan lebih dihormati dan dipandang mulia jika ia
bersopan santun dan berbudi bahasa.
Bersopan santun dapat melahirkan masyarakat yang berdisiplin, bersatu padu,
hormat menghormati dan harmoni. Salah
satu sifat terpuji yang perlu ada pada seorang ialah menjaga kepentingan
harta benda awam. Dan sifat
atau perbuatan yang boleh membawa kebencian dan kemurkaan Allah Subhanahu
Wataala ialah sifat yang suka membinasakan harta benda awam iaitu sifat
pemugut.
Bukankah Allah Subhanahu Wataala telah memberi amaran kepada kita supaya
sentiasa berbuat baik dan jangan sekali-kali berbuat kerosakan keatas muka
bumi ini sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Surah Al-A’raaf
ayat 56:- Tafsirannya:
“ Dan janganlah kamu berbuat kerosakan dibumi sesudah Allah menyediakan
segala yang membawa kebaikan padanya. Dan
berdoalah kepadanya dengan perasaan bimbang kalau-kalau tidak diterima dan
juga dengan perasaan terharap-harap supaya makbul.
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang
memperbaiki amalannya ”. Muslimin
yang dirahmati Allah,
Apa yang mendukacitakan kita, pada setiap kali kerajaan berusaha untuk
memberi kemudahan-kemudahan, keselesaan kepada rakyat, maka setiap kali
itu juga akan datang perosak-perosak dari kalangan kita sendiri
membinasakan kemudahan-kemudahan dan kepentingan-kepentingan kita ini.
Perbuatan-perbuatan pemugut dan merosakkan kepentingan- kepentingan awam ini
sepatutnya tidak berlaku kepada kita, kerana sebagai manusia kita adalah
makhluk yang paling baik kejadian yang diciptakan Allah Subhanahu Wataala.
Alangkah ruginya kita, apabila kemudahan-kemudahan yang boleh menolong dan
menyampaikan hajat-hajat keperluan kita, tetapi kita rosakkan, seperti
tandas-tandas, telefon-telefon, alat-alat jual minuman dan banyak lagi
kemudahan lain yang musnah yang tentu sekali diantara kita ada yang
terserempak dengan kejadian kerosakan-kerosakan ini di mana-mana, dan yang
paling malang, ialah ada tanda-tanda jalan dan isyarat bahaya yang
menunjukkan ada bahaya dihadapan, tetapi tanda-tanda atau lampu-lampu
isyarat bahaya itu dipindah-pindah dimana-mana atau ada yang dibuang dan
dibinasakan, pada hal tanda-tanda itu adalah untuk menjaga keselamatan kita
semua dari kemalangan. Apakah untungnya kita dengan perbuatan-perbuatan seperti itu.
Bahkan dengan sebab perbuatan-perbuatan itu, mungkin ada teman-teman
atau kawan-kawan kita sendiri yang terkena kemalangan atau apakah perasaan
kita jika yang mendapat kemalangan itu adalah diri kita atau keluarga kita
sendiri. Perbuatan-perbuatan buruk seperti itu adalah
menjatuhkan martabat kita sebagai manusia yang dipuji oleh Allah Subhanahu
Wataala dengan sebaik-baik kejadian.
Bahkan apa yang jelas setiap kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu, maka
yang pasti manusia itulah sendiri yang juga bakal menerima akibat-akibatnya
serta yang akan mendapat kerugian, dan ini telah pun banyak terbukti yang
dapat kita melihat dan perhatikan. Di
mana kejadian buruk yang menimpa manusia adalah tidak lain dari punca-punca
kerosakan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri dan ini telah pun
diperingatkan oleh Allah Subhanahu Wataala didalam Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah
ayat 27 yang tafsirannya: “Orang-orang
yang mencabuli perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan
perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat
kerosakan dan bencana dimuka bumi. Mereka
itu ialah orang-orang yang sungguh rugi”.
Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha memberhentikan perbuatan- perbuatan
yang merugikan itu dan sama-samalah kita menjaga keharmonian negara dan di
samping menjaga kedudukan kita sebagai umat pilihan.
Marilah kita berusaha mengubah sikap kita untuk mencapai kembali
zaman keagungan Islam, tunjukkanlah budaya Islam
yang murni ini iaitu sikap budi pekerti, akhlak dan keolahan,
tuturkata dan sebagainya. Di
mana tidak ada di dalam ajaran Islam sama sekali untuk menggalakkan
umat-umatnya untuk memiliki nilai-nilai dan budaya yang buruk dan merosakkan
serta memusnahkan nilai hidup yang mulia
dan murni samada kepentingan sendiri apa tah lagi untuk kepentingan
awam. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11 tafsirannya:
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti
dari hadapannya dan dari belakangnya yang mengawas dan menjaganya dari
sesuatu bahaya dengan perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”.
|
|
|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
||