Misi
Matlamat
Peranan
Strategi
Struktor Organisasi
Piagam Pelanggan
Laman web masjid-masjid
Teks khutbah
Maklum balas

8 Jamadilawal 1423/19 Julai 2002

SEMPENA SAMBUTAN HARI ANTARABANGSA
 MENENTANG PENYALAHGUNAAN DADAH DAN
 PENGEDAR DADAH HARAM DENGAN TEMA
 
"KELUARGA BERGERAK KEARAH KEHIDUPAN
YANG HARMONI

 

Muslimin yang dirahmati Allah. 

Marilah kita bersungguh-sungguh bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar takwa dan berbuat amal soleh dan kebajikan.  Dan meninggalkan segala apa-apa jua larangannya. Mudah-mudahan kita selamat dan berbahagia didunia mahupun diakhirat. 

Keharmonian hidup didalam institusi keluarga merupakan modal masyarakat yang tidak boleh diabaikan.  Ia merupakan akar umbi yang sangat penting dalam menerajui hidup bermasyarakat.  Goyang institusi keluarga bermakna goyanglah masyarakat, bila masyarakat goyang sudah setentunya hidup berbangsa dan bernegara akan tergugat. 

Dalam usaha untuk mengwujudkan keluarga yang harmoni, ibu bapa merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak.  Didikan awal yang sempurna, insya-Allah boleh menjamin kejayaan anak-anak dimasa hadapan agar tidak terjebak atau terjerumus kepada perkara-perkara  atau perbuatan-perbuatan yang negatif. 

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memberikan keperluan rohani anak-anak mereka.  Sesuai dengan kedudukan rumah sebagai institusi pendidikan pertama, ibu bapalah  yang bertanggongjawab memberikan pendidikan agama, iman dan akhlak. 

Ahli Jumaat yang diberkati Allah, 

Pada masa ini terdapat ibu bapa yang lalai akan tanggongjawab terhadap anak-anak.  Mereka gagal memberi pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak hingga anak-anak mereka ada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak sihat seperti lepak, lari dari rumah, pergaulan bebas, menagih dadah dan sebagainya.

Dalam hal penyalahgunaan dadah, kita tidak dapat menyalahkan seratus peratus kepada anak-anak jika berlaku perbuatan sedemikian.  Ibu bapa mestilah mengkaji dan menilai diri sendiri samada peranan tugas dan tanggongjawab sebagai ibu bapa atau penjaga sudah memadai atau mencukupi untuk mengelakkan anak-anak dari terlibat kepada perkara-perkara yang tidak baik.

       Ada pun diantara punca atau penyebab anak-anak terlibat dengan perkara yang tidak diingini antara lain ialah: 

-                  Kurang didikan agama [akhlak atau moral].

-                  Sikap ibu bapa yang mengamalkan pilih kasih.

-                  Kurang berkomunikasi dengan anak-anak.

-                  Ibu bapa kurang mengetahui perkembangan keadaan       semasa.

-                  Ibu bapa kurang menanamkan perasaan kasih sayang       kepada anak-anak.

Muslimin yang berbahagia.

       Sebagai ibu bapa kita harus sentiasa peka terhadap apa jua perubahan sikap dan tingkah laku anak-anak.  Kita harus bijak dalam menghadapi kerenah anak-anak, jadilah ibu bapa yang tegas tetapi bertolak ansur, jadilah penasihat yang  baik kepada masalah anak-anak dan jadilah guru yang terbaik dalam mendidik dan memperlihatkan peribadi yang mulia.

        Sesungguhnya Komunikasi yang baik dengan anak-anak merupakan salah satu cara yang paling baik dalam pencegahan penyalahgunaan dadah.  Komunikasi termasuklah mendengar, memahami masalah dan ketakutan mereka, membantu mereka dikala atau masa mereka memerlukan dan menjelaskan dengan tegas apa yang betul dan apa yang salah.

       Selain itu, ada juga baiknya jika sesebuah keluarga tersebut melakukan aktiviti bersama-sama seperti kegiatan riadah sekeluarga yang mana aktiviti seumpama ini amat sesuai diterapkan dalam mengeratkan lagi perhubungan dan kemesraan seisi keluarga.

       Akan tetapi inilah diantara sikap yang kurang disedari dan dipraktikkan oleh sebilangan kecil ibu bapa.  Ada yang beranggapan asalkan mereka telah menyediakan tempat tinggal, dan makan minum yang mencukupi adalah  sudah memadai.  Sedangkan pendekatan jiwa dan rohani, pemberian kasih sayang dan perhatian amat berkurangan anak-anak yang merasa dirinya kurang diberi perhatian atau diabaikan akan lebih mudah terdedah kepada permasalahan sosial yang selalunya berakhir kepada gejala penyalahgunaan dadah.

       Ibu bapa juga tidak patut mengurangkan perhatian mereka walaupun anak-anak mereka telah dewasa, kerana mereka akan sentiasa memerlukan bimbingan dari orang tua.  Dan jika ibu bapa dapat mengesan tanda-tanda penglibatan anak-anak kedunia dadah, hendaklah disiasat dan dipastikan terlebih dahulu keadaan sebenar.  Jika telah terbukti kesalahan mereka, barulah berbincang secara baik sebab mengapa boleh terlibat dan bila ianya bermula, kita tanamkanlah kesedaran kepada mereka akan bahaya dan keburukan dadah, jangan pula kita bersikap benci atau menyisihkan mereka dari keluarga.  Jika kita tidak berupaya menyelesaikannya, segeralah meminta pertolongan kepada orang-orang yang tertentu atau pun Biro Kawalan Narkotik.

       Sesunggohnya tindakan yang bijak dan bertepatan dapat menyelamatkan keharmonian keluarga.  Keluarga yang bahagia merupakan impian setiap insan kerana dalam keluargalah kita menemui kedamaian dan perlindungan.  Oleh itu jauhilah diri dan keluarga dari dadah dan ini bertepatan dengan tema sambutan Hari Antarabangsa menentang penyalahgunaan dadah dan pengedar dadah haram pada tahun ini yang bertema “Keluarga bergerak kearah kehidupan yang harmoni”.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Tarhim ayat 6: Tafsirannya:  Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya:  Manusia dan batu berhala: Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras layanannya.  Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkannya kepada mereka,  Dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

 

 

 

 

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

 

 



|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid | Maklumbalas ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||