![]() |
||
![]()
|
18 Rabiulawal
1423/31 Mei 2002 Negara memerlukan rakyatnya berjiwa berani TANAMKAN
SEMANGAT PERWIRA KEPADA Marilah
kita terus mempertingkatkan takwa kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan
melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan segala apa-apa jua tegahan-Nya. Islam
adalah agama yang mencintai kedamaian, mencintai keamanan dan membenci
permusuhan. Kerana
itu Islam mencegah umatnya dari memulakan sebarang peperangan tanpa alasan
yang kukuh seperti diperangi dan sebagainya.
Kadang kala peperangan tidak dapat dihindarkan, kerana itu kita
dapati setiap negara pasti mempunyai persiapan-persiapan tersendiri ke arah
mempertahankan kedaulatan negaranya dari dicerobohi dan dijajah seperti
menyediakan tentera-tentera yang terlatih seperti peralatan-peralatan
canggih dalam bidang pertahanannya. Negara
kita tidak terkecuali ke arah usaha tersebut.
Dan bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana kita
dapat menikmati hidup ini dalam suasana yang aman damai dan merdeka di bawah
naungan raja yang adil lagi bijaksana.
Tapi ini tidak dapat membuat kita leka kerana berdasarkan pergolakan
dunia sekarang yang tidak menentu, banyak kemungkinan-kemungkinan boleh
terjadi disebabkan oleh kerakusan dan sifat tamak manusia. Hari ini,
31hb. Mei merupakan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Diraikan setiap tahun bagi memperingati serta mengenang jasa
pahlawan-pahlawan negara kita sama ada yang masih hidup atau yang telah
meninggal dunia.
Bakti yang mereka sumbangkan tidak lain semata-mata untuk menjaga
kedaulatan negara, keselamatan diraja, agama dan rakyat jelata. Ketahuilah
para parajurit negara, bahawasanya tugas yang diamanahkan tersebut amat
besar ganjarannya.
Jika niat kita ikhlas dalam menjalankan tugas, bukan kerana pangkat
dan harta, insya-Allah kita akan dapat ganjaran pahala yang amat besar dari
Allah Subhanahu Wataala.
Dan jika kita gugur ketika dalam menjalankan tugas, dalam perjuangan
menentang musuh negara dan mempertahankan kesucian Islam, kita akan mendapat
anugerah sebagai mati syahid.
Beruntunglah kepada siapa yang terkorban pada jalan Allah, kerana
ganjaran orang yang mati syahid amat besar.
Antaranya dosa-dosa akan diampunkan sebaik saja titisan darah yang
pertama mengalir dan mereka juga akan ditempatkan dalam Syurga yang penuh
kenikmatan. Rasulullah
sallallahu Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud :- “Barangsiapa
berperang di jalan Allah selama orang yang memerah susu unta yakni walaupun
sebentar, maka wajib baginya Syurga.
Dan barangsiapa terluka di jalan Allah atau ditimpa kemalangan, maka
datangnya pada Hari Kiamat sederas darah yang mengalir ketika luka, warna
zapran dan baunya bagaikan wangian kasturi.” Riwayat
Abu Daud dan Tarmizi. Muslimin
yang berbahagia, Sesungguhnya
kejayaan dalam medan peperangan ataupun dalam mempertahankan negara, tidak
hanya terletak kepada ramainya bilangan tentera serta kelengkapan peralatan
yang canggih sahaja, tetapi turut memerlukan kekuatan dalaman iaitu kuat
mental, jiwa dan rohani.
Inilah sikap yang harus ada pada diri seseorang perajurit.
Dengan adanya semangat yang kuat, kental dan berani, tidak takut pada
kekalahan dan mati, tidak gentar menghadapi musuh dan berputus asa, pasti
dapat menjadikan mereka tentera yang dan berdisiplin. Semangat
perwira juga harus ada pada setiap orang, tidak semestinya hanya ada pada
tentera, kerana negara memerlukan rakyatnya yang berjiwa berani
mempertahankan negara. Inilah
yang harus ditanamkan ke dalam jiwa anak-anak, disemai perasaan cinta pada
agama, raja dan negara, diajar untuk menghargai betapa tinggi nilai sebuah
kemerdekaan dan keamanan. Diceritakan
kisah pahlawan Islam yang gagah berani pada zaman Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wassalam seperti Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, Sayidina Omar Al-Khattab,
Sayidina Ali bin Abi Talib dan lain-lain tidak dilupakan ialah latihan
fizikal supaya nantinya mereka dapat membesar menjadi pemuda yang cergas dan
gagah. Kita tidak mahu jika
diabaikan pendidikan rohani dan jasmani, mereka akan mudah berputus asa,
tidak kuat untuk menghadapi kesukaran ketika dalam peperangan dan takut
kepada kesakitan dan mati, menanamkan semangat cintakan kemerdekaan, cinta
pada negara, agama dan bangsa, semoga dengan demikian akan tumbuh perasaan
kasih dan rela berkorban. Tidak
dilupakan, berdoalah kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga
perwira-perwira negara yang terkorban dalam menjalankan tugas ataupun yang
telah tiada sentiasa mendapat rahmat dari Allah Subhanahu Wataala.
Dan berdoalah kita semoga negara kita yang tercinta ini sentiasa
berada di bawah lindungan Allah Subhanahu Wataala yang Maha Pengasih lagi
Maha menyayang. Amin ya rabbal
A’lamin. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 169 yang tafsirnya :- “Dan
jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh yang gugur
syahid pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka adalah hidup secara istimewa
di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”
|
|
|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
||