25 Rabiulawal 1423/7
Jun 2002
JADIKAN RASULULLAH CONTOH TERBAIK
MEMBINA AKHLAK MULIA
Marilah kita sentiasa mempertingkatkan
ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar
takwa, dengan mengerjakan surahan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Kerana dengan bertakwa kehidupan kita akan selamat di dunia dan di
akhirat.
Sesungguhnya
dalam kehidupan ini kita telah menyaksikan banyak perubahan-perubahan yang
berlaku samada ke atas diri kita sendiri, masyarakat, budaya negara dan
dunai global amnya. Setiap
prubahan tersebut dihasratkan dapat mengingkatkan kualiti dan taraf
kehidupan manusia. Akan tetapi tidak semua perubahan membawa kesan positif
bahkan juga yang negatif. Inilah
cabaran yang terpaksa kita hadapi dan di antara kesan negatif yang paling
ketara ialah kurangnya penghayatan masyarakat masa kini terhadap kepentingan
budaya bersopan santun.
Bersopan santun adalah amalan
yang mulia lagi terpuji. Ia
menceraminkan keperibadian yang dimiliki oleh individu tersebut.
Islam menuntut umatnya supaya dapat mengamalkan budaya bersopan
santun dalam kehidupan, dan
inilah sikap yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam.
Selain
itu, bersopan santun merupakan warisan budaya, bangsa dan negara kita sejak
zaman-berzaman. Dan tidaklah
wajar kita membelakangkan amalan tersebut sedangkan ia membawa kesan yang
amat baik kepada diri sendiri khasnya kepada masyarakat sekeliling.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Rawahul Bukhari yang bermaksud, “ Sesungguhnya
sebaik-baik diantara kamu ialah orang yang baik akhlaknya.”
Maka
sudah sewajarnya kita mengamalkan budaya ini tidak mengira waktu, tempat dan
kepada siapa pun jua. Tidak
dinafikan terdapat segelintir orang yang
bersikap memilih iaitu hanya berbuat baik dan menghormati orang yang kaya
dan berpangkat tetapi menganiaya yang miskin dan sebagainya.
Sebenarnya ini sikap kepura-puraan yang menggambarkan dirinya
seseorang yang sombong dan tidak ikhlas.
Kita
seharusnya bersikap lebih lembut, berbudi bahasa dan beramah mesra tanpa
mengira kedudukan, bangsa dan negara. Sikap
ini perlu dimiliki oleh semua orang lebih-lebih lagi pegawai dan kakitangan
Kerajaan dalam perkhidmatan awam kerana mereka merupakan penghubung di
antara kerajaan dan orang ramai.
Hakikatnya budaya ini boleh dipraktikkan di mana sahaja kita berada, bukan
sahaja ketika berada di dalam pejabat, mesyuarat majlis-majlis rasmi dan
tidak rasmi dan sebagainya, tetapi juga dijalan raya, sering kita dapati
sikap sesetengah pemandu yang memandu dengan laju serta tidak mematuhi
peraturan lalu lintas. Fungsi
jalan raya adalah sebagai penghubung dan kemudahan, bukan sebagai litar
perlumbaan. Amalkanlah sikap
bertolak ansur, bertimbang rasa. Sabar dan berhati-hati, jangan bersikap
pentingkan diri sendiri, tidak mahu kalah dan terbutu-buru.
Insya-Allah kita akan dapat mengurangkan risiko kemalangan di jalan
raya kerana bencana tersebut kadangkala bukan sahaja menyebabkan kerugian
harta benda tetapi juga jiwa.
Budaya
bersopan santun tidak hanya terbatas dan dilihat melalui pertuturan dan
tingkah laku sahaja, tetapi juga melalui cara kita berpakaian.
Seseorang yang beradab sopan tidak akan memakai pakaian yang menjolok
mata dan mendedahkan aurat. Apatah
lagi hokum memakai pakaian sedemikian adalah haram.
Selain itu kita jangan hanya berpakaian sopan apabila hendak
menghadiri jamuan atau kenduri sahaja, bahkan juga ketika berhadapan dengan
Allah Subhanahu Wataala iaitu dalam bersembahyang.
Bukan tidak elok jika kita memakai pakaian yang selekeh apatah lagi yang
terdapat gambar atau perkataan yang kurang baik di dalamnya.
Sepatutnya kita merasa malu jika berpakaian sedemikain kerana dia
telah memberi kita rezeki, kehidupan dan kebahagiaan di dunia ini, dan sudah
seharusnyalah kita menghadapinya dengan pakaian yang bersih lagi kemas.
Dari itu, marilah kita
menanamkan akhlak yang mulia dan budaya bersopan santun ke dalam diri kita
dan kelurga kita. Didiklah
anak-anak supaya membiasakan diri dengan beradab sopan kerana itulah
sebaik-baik perhiasan diri yang amat dibanggakan.
Kita jadikanlah Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai
contoh terbaik dalam membina akhlak yang mulia dan berbudi bahasa.
Insya-Allah kita akan disayangi dan dihormati sebagaimana Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam yang telah dicintai oleh para sahabat dan umat
Islam kerana keluhuran budi yang dimilikinya.
Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Furkaan ayat 63 yang tafsirannya:
“Dan hamba-hamba Allah Ar-Rahman yang diredai-Nya ialah mereka
yang berjalan di Bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang
berkelakuan kurang adab hadapkan kata-kata pada mereka, mereka menjawab
dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.”
|