Misi
Matlamat
Peranan
Strategi
Struktor Organisasi
Piagam Pelanggan
Laman web masjid-masjid
Teks khutbah
Maklum balas

17 Ramadhan 1423/22 November 2002

 

NUZUL AL-QURAN

 

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,

          Marilah kita mempertingkatkan lagi amalan kita dengan penuh ketaqwaan dan tulus ikhlas kita kepada Allah Subhanahu Wataala lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mubarak ini, dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhi diri kita dari segala apa jua yang dilarang. Semoga kita mendapat Inayah dan Hidayah dari Allah Subhanahu Wataala jua di dunia dan di akhirat.

  

Ahli Jumaat yang diberkati Allah,

          Bulan Ramadhan adalah bulan membawa rahmat, bulan Maghfirah ( keampunan ) bulan yang membawa berbagai-bagai hikmah dan rahsia di dalam bulan-bulan ini banyak peristiwa-peristiwa penting telah berlaku. Di antaranya peristiwa yang maha agung dalam sejarah umat Islam, umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu tidak lain peristiwa turunnya kitab suci atau dikatakan sebagai “Nuzul Al-Quran”. Dan peristiwa itu dirakamkan di dalam Al-Quran sebagai memperingati kita semua sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 :-

Tafsirnya :

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi  keterangan- keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah”.

          Kita sebagai umat Islam memang sewajarnya memperingati peristiwa ini dengan rasa penuh syukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana telah memilih kita di kalangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diturunkan kitab suci Al-Quran.

Dengan turunnya Al-Quran ke atas Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bererti memancarnya cahaya sinar wahyu Allah Subhanahu Wataala ke alam ini yang menerangi kegelapan dunia Jahilliah.

          Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan untuk memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan yang lurus yang diredhai Allah Subhanahu Wataala sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam Al-Quran Surah Ibrahim ayat 1 :-

Tafsirnya :

          “Alif, Lam, Raa, ini adalah kitab Al-Quran kami turunkan dia kepada mu wahai Muhammad, supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap gelita ( kufur ) kepada cahaya iman dengan izin Allah yang kuasa lagi Maha terpuji.

Muslimin yang diberkati Allah,

          Untuk keselamatan dan kebahagiaan umat manusia di dunia dan di akhirat, Al-Quran telah cukup lengkap dan sempurna memberikan panduan, asal saja kita mahu mengamalkan isi yang terkandung di dalamnya. Disamping itu juga Al-
Quran menjadi ubat penawar, sesungguhnya menjadi rugi dan binasalah sesiapa yang tidak mahu berpegang kepada Al-Quran dan beramal dengan ajaran Al-Quran. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al Israa’ ayat 9:-

Tafsirnya :

          "Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul ( Agama Islam ) dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar".

Muslimin yang diberkati Allah,

          Disamping memperingati Nuzul Al-Quran ini, maka selaku orang yang mengaku beriman dengan kitab Allah itu, kita hendaklah berazam bukan sahaja untuk sama-sama memelihara Al-Quran akan tetapi kita hendaklah juga memepertingkatkan keimanan kita dengan menjadikan diri kita sebagai ahli Al-Quran. Jangan ianya dijadikan sebagai perhiasan di rumah-rumah sedangkan ianya tidak pernah dibaca.

Di antara kelebihan ke atas orang yang membaca Al-Quran itu ialah :-

1.              Ganjaran satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, dan juga dikatakan akan mendapat ganjaran sebatang pokok di syurga.

2.              Akan selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.

3.              Pada hari kiamat Al-Quran menjadi pembela.

4.              Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.

5.              Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

6.              Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Salihin.

7.              Jika dibaca di dalam rumah akan memberi cahaya kepada rumah itu.

8.              Seutama-utama manusia ialah mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran Al-Quran.

9.              Mempelajari dan membaca Al-Quran akan mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

         Oleh itu jadikanlah amalan membaca Al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan ini akan tetapi sebagai amalan harian kita selaku umat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mudah-mudahan kita mendapat ganjaran dan kelebihan dari Allah Subhanahu Wataala sebagaimana yang pernah dijanjikan.

Tafsirnya :

          “Sesungguhnya orang-orang yang selalu mambaca kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terangan, mereka dengan amalan yang demikian mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

 

 



|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid | Maklumbalas ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||