![]() |
||
![]()
|
24 Ramadhan 1423/29 November 2002 ZAKAT
Saudara muslimin yang
dirahmati Allah, Marilah
kita tanamkan sifat takwa kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan
sebenar-benar takwa, dengan cara dan jalan ini kita akan selamat dan
berbahagia di dunia mahu pun di akhirat iaitu dengan mengerjakan segala
suruhanNya dan meninggalkan segala apa-apa jua laranganNya. Muslimin
yang berbahagia,
Kita telah pun memasuki hari-hari terakhir di bulan Ramadhan.
Kehangatan kedatangan bulan Syawal semakin kuat dirasakan. Setentunya kita
selaku umat Islam merasa gembira dengan kedatangan 1 Syawal itu nanti dan
kemungkinan besar sebahagian kita telah pun membuat persiapan-persiapan
untuk menyambut kedatangan AidilFitri ini. Dari berbagai segi terutama
keperluan-keperluan rumah, pakaian, makanan dan minuman. Semuanya ini adalah
semata-mata untuk meraikan hari raya agar sentiasa dalam suasana kegembiraan.
Sememangnya agama Islam tidak ada halangan dengan segala persiapan
yang dilakukan asalkan sahaja ianya tidak bertentangan dengan lunas-lunas
ajaran Islam. Yang penting kita amalkan sifat kesederhanaan yang dianjurkan
oleh Islam dan menjauhi sifat berlebih-lebihan yang akibatnya menimbulkan
salah satu punca berlakunya berbagai-bagai penyakit hati seperti riya’,
hasad dengki, takbur, pembaziran dan sebagainya.
Jangan kita cemarkan segala latihan rohani yang kita amalkan
sepanjang bulan Ramadhan ini dengan persiapan hari raya dengan perkara yang
dilarang Allah Subhanahu Wataala.
Hakikatnya menyambut hari raya ialah untuk meraikan kejayaan dan
kemenangan kita di medan perjuangan melawan hawa nafsu, memperbaharui azam,
mengukuhkan tali persaudaraan antara sesama muslim dan mensyukuri nikmat dan
petunjuk Allah Subhanahu Wataala sebagai tanda syukur. Cara meraikan yang
sepatutnya kita lakukan ialah pada sejak berakhirnya petang Ramadhan, malam
menjelang hari raya sehingga selesai khutbah hari raya pada satu Syawal
ialah dengan bertakbir, bertahmid, bertasbih sebanyak-banyaknya. Kaum
muslimin yang dirahmati Allah,
Perlu diambil perhatian bahawa di saat kita berada di ambang pintu
masuk hari raya, janganlah kita lupa dan lalai akan rukun Islam yang keempat
iaitu zakat. Kita kaum muslimin yang ada kemampuan diwajibkan mengeluarkan
zakat fitrah bagi diri sendiri dan keluarga yang di bawah tanggungan kita
iaitu anak-anak dan isteri. Kewajipan zakat fitrah ini adalah untuk
melengkapkan ibadat puasa kita agar diterima oleh Allah Subhanahu Wataala. Sabda
Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam yang diriwayatkan oleh Abu Hafsh bin Syahin. Maksudnya
:
Ibadat
puasa Ramadhan itu tergantung antara langit dan bumi dan tidak dapat
diangkat melainkan dengan membayar zakat fitrah. Ahli
Jumaat yang diberbahagia,
Zakat fitrah mahu pun zakat harta memainkan peranan penting dalam
memberi kesedaran kepada umat Islam akan hubungannya dengan Allah Subhanahu
Wataala dengan masyarakat. Daripada rahmat Allah kepada hambaNya ia adalah
sebagai penutup kepada kecacatan-kecacatan yang berlaku dalam kita
mengerjakan ibadat puasa. Tetapi apa yang lebih penting lagi, ianya sebagai
penghubung yang memecahkan jurang perbezaan di antara si kaya dan si miskin.
Memang patut bagi orang-orang Islam yang kaya dan mempunyai rezeki yang
lebih tidak hanya diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah sahaja. Tetapi mereka
juga diwajibkan berzakat harta kekayaannya yang dihasilkan melalui
perniagaan, perternakan dan lain-lain lagi yang diwajibkan oleh syara’,
kerana dari harta-harta yang banyak itu terdapat hak golongan-golongan yang
disebutkan oleh Al-Quran termasuk orang-orang fakir dan miskin. Firman Allah Subhanahu
Wataala dalam Surah At Taubah ayat 60 :- Tafsirnya
:
Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah
untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil
(pengurus-pengurus zakat ), para mualaf yang dipujuk hatinya, dan
untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya. Orang-orang yang
berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan
sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah. Dan Allah Maha mengetahui
lagi Maha bijaksana. Muslimin
yang dirahmati Allah,
Sudah semestinya nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah
Subhanahu Wataala kepada kita itu dipergunakan kejalan yang diredhai Allah
Subhanahu Wataala, jauh daripada sifat kemegahan yang sering melalaikan
manusia daripada patuh kepada perintah dan larangan Allah Subhanahu Wataala.
Bertepatan lagi di hari raya yang akan menjelma, kita seharusnya merasa
insaf dengan keadaan mereka yang kurang bernasib baik dan bersyukur di atas
pemberian Allah Subhanahu Wataala kepada kita semua. Cara kira merayakan
AidilFitri itu kelak akan membuktikan apakah puasa kita selama itu berjaya
atau tidak. Semoga Allah Subhanahu Wataala menerima segala amal kebajikan
kita dan menutupi segala kejahatan yang terdapat di dalamnya ; Tafsirnya
:
Bermegah-megahan
telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu,
kelak kamu akan mengetahui ( akibat perbuatan mu itu ). Dan janganlah begitu
kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan
pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahanam.
Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan Ainul Yakin.
Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan ( yang
kamu megah-megahkan di dunia itu ).
|
|
|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
||