Misi
Matlamat
Peranan
Strategi
Struktor Organisasi
Piagam Pelanggan
Laman web masjid-masjid
Teks khutbah
Maklum balas

13 Rejab 1423/20 September 2002

SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU DENGAN TEMA “GURU MEMPERKASA KE ARAH KESEMPURNAAN INSAN”


Muslimin yang dirahmati Allah,

         Marilah kita bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala dengan sebenar-benar takwa, iaitu dengan melakukan ketaatan dan menjauhi segala larangannya.  Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu Wataala melihat dan memerhatikan setiap perbuatan dan gerak geri kita, samada  yang dikerjakan secara dengan terang-terangan atau yang dikerjakan dengan cara tertutup dan tersembunyi.  Allah Subhanahu Wataala Maha mengetahui terhadap segala apa yang kita kerjakan.

Muslimin yang berbahagia,

         Tarikh 23 September merupakan hari bersejarah bagi warga guru kerana pada tarikh tersebut sambutan Hari Guru di Negara Brunei Darussalam.  Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru dan para pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti yang terlalu besar yang telah mereka berikan kepada kita.  Sehingga kita menjadi pandai dan berilmu seterusnya menjadi manusia yang sempurna lagi mulia.  Tema Hari Guru bagi tahun 2002 ini ialah “Guru Memperkasa Ke arah Kesempurnaan Insan”.

         Tugas dan tanggUngjawab seorang guru itu adalah amat berat dan rumit.  Ia adalah suatu amanah yang besar untuk dipikul dan dilaksanakan, kerana tugas para guru ini  mewarisi pekerjaan nabi-nabi.  Ia memerlukan banyak pengorbanan bagi mendapat hasil yang baik dan berfaedah.  Bukan sahaja memperolehi kelulusan dan pekerjaan semata-mata, tetapi yang lebih penting daripada itu ialah untuk membentuk manusia menjadi yang sempurna atau insan kamil.  Seorang guru tidak hanya setakat menyampaikan ilmu pengetahuan, memberikan latihan kemahiran kepada pelajar-pelajar, bahkan mereka juga berperanan untuk membimbing pelajar-pelajar mereka untuk berbudi pekerti dan berakhlak mulia, berdikari, rajin berusaha dan bertanggongjawab.

         Ditangan gurulah terletaknya harapan bagi membentuk masyarakat beragama, berakhlak serta beriman dan berilmu, berteknologi dan berbudaya.   Masyarakat menaruh harapan yang tinggi kepada kaum guru untuk mendidik pelajar mereka menjadi sebaik-baik dan sempurna manusia yang akan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan bangsa dan negara.

Muslimin yang diberkati Allah,

         Sebagai pemegang amanah, guru wajib menjalankan tugas-tugasnya dengan ikhlas, didikasi dan bertanggungjawab.   Sebagai pendidik mereka perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam bidang masing-masing kerana mereka dianggap sebagai golongan yang lebih berpengetahuan, berpengalaman, lebih berdaya usaha, lebih rasional dan lebih berperanan.   Mereka juga patut memiliki sifat-sifat terpuji, akhlak yang tinggi dan berperibadi mulia kerana segala tindak tanduk guru adalah contoh teladan kepada para pelajar mereka.  Justeru itu guru mestilah berwibawa dan dapat memberi contoh teladan yang baik kepada para pelajarnya.

 Ahli Jumaat sekalian,

         Seorang guru itu perlu memiliki sifat takwa yang terkandung didalamnya sifat-sifat seperti Istiqamah, berakhlak mulia, sabar, ikhlas, bersedia berkerja keras, bertanggungjawab, jujur dan amanah, sanggup berkorban, berinisiatif, bertimbang rasa, bersimpati, penyayang, berdisiplin, didikasi serta berilmu pengetahuan.

         Seorang guru yang takwa itu akan mengajar dan seterusnya mendidik para pelajarnya untuk menjadi insan yang berguna kepada dirinya sendiri, kaum keluarga, agama, bangsa dan tanahair.  Guru itu juga perlu bersifat sabar kerana bebanan guru itu amat berat dan terpaksa pula berhadapan dengan berbagai masalah dan sentiasa pula berusaha untuk menyelesaikannya.   Andainya guru itu kurang sabar maka pelajar-pelajar itu akan menjadi mangsa kepada guru yang hanya mengambil jalan mudah yang kemudiannya akan membawa padah kepada pertumbuhan dan perkembangan Sahsiah pelajar tersebut dengan memaki, menyumpah, memalukan atau membiarkan sahaja pelajar itu.

         Rasa tanggungjawab inilah semestinya wujud pada setiap diri manusia lebih-lebih lagi kepada para guru yang mempunyai peranan yang besar dalam membentuk jenerasi yang berpendidikan dan berpengetahuan.

         Para guru inilah yang akan mengajar dan mendidik kita menjadi manusia yang berilmu dan berperibadi tinggi.  Merekalah yang akan membentuk jenarasi baru yang bakal menerajui pentadbiran negara dan masyarakat dimasa akan datang.  Oleh itu kemahiran, kepandaian dan keperibadian jenarasi itu adalah amat berkait rapat dengan guru atau pendidik.  Guru yang mengajar itu sebenarnya boleh membentuk masyarakat yang dicita-citakan.

         Oleh itu seorang guru yang benar-benar berjaya dalam melaksanakan tugasnya ialah guru yang bukan sahaja dapat memberi dan mencurahkan ilmunya sehingga seseorang itu berilmu akan tetapi juga dapat menjadikan seseorang itu berilmu dan beramal dengan ilmu yang dipelajarinya dari gurunya itu.  Dan bila ianya dapat dihasilkan oleh seorang guru maka akan wujudlah jenerasi akan datang bagi sesebuah negara itu.  Jenarasi yang benar-benar berjaya dalam kehidupan mereka.  Jenarasi yang dapat mendatangkan kemajuan dan kemakmuran serta kesejahteraan terhadap perkembangan dan kemajuan negaranya dan bangsa serta agamanya.

         Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Faathir ayat 28,

Tafsirannya:  Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang ternak, ada yang berlain-lain jenis dan warnaya?  Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut melanggar perintah Allah dari kalangan hamba-hambanya hanyalah orang-orang yang berilmu.  Sesungguhnya Allah maha kuasa lagi maha pengampun”.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            

 

 



|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid | Maklumbalas ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||