![]() |
||
![]()
|
6 Rejab 1423/13 September 2002 KELEBIHAN BULAN REJAB Kaum
muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, dengan terus menerus
mengerjakan segala suruhannya
dan meninggalkan segala apa-apa jua larangannya, mudah-mudahan kita
tergolong menjadi hamba-hambanya yang benar-benar beriman dan bertakwa.
Allah Subhanahu Wataala yang maha berkuasa telah menciptakan alam dengan
begitu sempurna untuk keperluan hidup makhluknya.
Dengan peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan
bintang-bintang, maka wujudlah perkiraan masa atau zaman, dua belas bulan
dalam satu tahun, empat daripadanya dinamakan bulan haram yang dihormati dan
mengandungi kemuliaan dan kelebihan yang tersendiri.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 36:
Tafsirannya: “Sesungguhnya
bilangan bulan-bulan di sisi hukum Allah ialah dua belas bulan, yang telah
ditetapkan dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi di
antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan
yang demikian itu ialah agama kamu yang betul lurus, maka janganlah kamu
menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu dengan melanggar
larangannya. Dan perangilah
kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya
dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”. Ahli
Jumaat sekalian,
Daripada Abu Bakrah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bahawa Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda yang
bermaksud: Sesungguhnya
zaman itu berputar semenjak mula-mula Allah Subhanahu Wataala menciptakan
langit dan bumi, satu tahun mengandungi dua belas bulan, daripadanya empat
bulan haram, tiga daripadanya bulan itu berturut-turut iaitu Zulkaedah,
Zulhijjah dan Muharam dan satu bulan berasingan iaitu Rejab diantara
Jamadilakhir dan Syaaban.
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun
qamariah. Rejab bererti
kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman
Jahiliah. Dalam bulan ini juga
mencatatkan sejarah penting bagi kehidupan umat Islam kerana dalam bulan ini
mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam satu peristiwa yang kita telah maklum
keagungannya.
Umat Islam digalakkan untuk beribadat sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini
kerana pada bulan ini Allah Subhanahu Wataala banyak memberikan pahala
kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk
mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-
Pertama: Membaca
Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat
dari Allah Subhanahu Wataala disebabkan ia bersalawat kepada Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Kedua: Bertaubat: Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan
Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.
Ketiga: Berpuasa: Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada
bulan Rejab.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.
Keempat: Berdoa :
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada
bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan
Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa
merindui pahala besar.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila masuk ke bulan Rejab baginda
berdoa dengan doa berikut: Maksudnya:
“Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta
sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.
Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai
banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan
melakukan amal jariah yang lain. Allah
Subhanahu Wataala membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan
dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat, setiap permohonan kita kepada Allah
Subhanahu Wataala pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita
mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan
kebahagian di dunia dan di akhirat.
Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Tahrim ayat
8:
|
|
|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
||