![]() |
||
![]()
|
4 Syaaban 1423/11 Oktober 2002
Marilah kita bersungguh-sungguh mengerjakan amal soleh dan kebajikan serta
menurut segala perintah Allah Subhanahu Wataala
dan menjauhi segala apa-apa jua tegahannya.
Mudah-mudahan kita tergolong menjadi
hamba-hamba yang benar-benar beriman dan bertakwa serta takut kepada azab
seksanya. Muslimin yang
berbahagia,
Al-hamdulillah bersyukur kita
kehadrat Allah Subhanahu Wataala atas
limpah rahmat dan nikmat yang tidak terhingga termasuklah nikmat hidup yang
aman makmur lagi bahagia di bumi indah permai iaitu bumi Brunei Darusalam,
demikian jua penduduk dan rakyat terus dapat menikmati pembangunan serta
kemajuan negara ini hasil pelbagai langkah dan rancangan yang dilaksanakan
oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam dari masa ke semasa.
Khutbah kali ini sedikit sebanyak menyentuh pencapaian- pencapaian Bandar
Seri Begawan bersempena dengan
genapnya 32 tahun penukaran nama Bandar Brunei menjadi Bandar Seri Begawan
yang berlangsung pada 4 Oktober 1970 penamaan ibu kota tersebut adalah
penghormatan bagi mengenang jasa Al-Marhum Sultan Haji Sir Muda Omar Ali
Saifuddien Saadul Khairi
Waddien sebagai Arkitek Brunei Moden.
Bandar Seri Begawan merupakan salah satu ibu kota yang semakin pesat
membangun di rantau Asia ini. Hal
ini, dapat kita saksikan melalui kemajuan Infrastruktur, prasarana serta
sosio budaya. Hari ini kita
lihat banyak bangunan-bangunan seperti pejabat-pejabat kerajaan,
sekolah-sekolah, masjid-masjid, bank-bank, gedung-gedung perniagaan,
hotel-hotel dan sebagainya. Usaha-usaha pembangunan
ini terus diambil perhatian supaya industri perniagaan dan pelancongan giat
dilakukan. Ini adalah bagi
menyokong perkembangan ekonomi
negara supaya tidak hanya bergantung kepada sumber asal sahaja iaitu minyak
dan gas, sekaligus peluang-peluang tersebut membantu anak-anak tempatan
menceburi diri di bidang
ekonomi dan pekerjaan.
Selain dari itu Bandar Seri Begawan yang terletak di pinggir sungai Brunei
mempunyai daya tarikan pelancong-pelancong luar dan pengunjung–pengunjung
tempatan antaranya kampong air yang seringkali dipanggil ‘THE VENICE OF
ASIA’ bangunan-bangunan indah seperti lapau, kompleks membeli belah
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Masjid Omar Ali Saifuddien, Jame’
‘Asr Hassanil Bolkiah dan sebagainya.
Bangunan tersebut direka bentuk menurut adat resam dan kesenian asli
melayu Brunei serta berunsurkan Agama Islam.
Pembangunan dan perkembangan prasarana kerajaan adalah bagi memenuhi segala
keperluan dan kesejahteraan penduduk, justeru
kita warga negara mempunyai peranan dan tanggungjawab pada menjaga
dan memelihara apa jua yang telah disediakan dengan sebaik-baiknya bukan disembaranakan. Kewajipan
kita terus menghargai serta menyayangi setiap kemudahan ini untuk keselesaan
para pengguna negara ini. Sikap
yang tidak bertanggungjawab, pemugut atau Vandalisme merupakan suatu
kerugian yang besar malahan mengeluarkan perbelanjaan yang besar oleh
kerajaan.
Al-hamdulillah, kejadian yang dibuat oleh Asia Week pada tahun 1998 Bandar
Seri Begawan telah mendapat pengiktirafan sebagai ibu kota kelapan terbaik
dan ketujuh bagi tahun 2000 di kalangan 40 buah Bandar Raya dan ibu kota di
Asia. Antara faktor pemilihan
itu ialah ciri-ciri kebersihan dan keamanan.
Sewajarnya ciri-ciri tersebut hendaklah dipertahankan dan sentiasa
dipertingkatkan supaya pemeliharaan alam semula jadi dan persekitaran yang
bersih, udara yang segar dan nyaman akan dinikmati.
Dengan mengutamakan budaya bersih, suasana harmoni akan menyumbang
kehidupan yang lebih sihat, positif, ke arah kemakmuran serta mudah mencari
rezeki.
Tidak ketinggalan Bandar Seri Begawan menjadi tumpuan kepada acara-acara
kebesaran negara dan agama. Ada
sesetengah orang peluang tersebut digunakan untuk berniaga secara
kecil-kecilan. Dalam hal ini
para peniaga atau penjaja dinasihatkan supaya menjalankan perniagaan dengan
sempurna menurut undang-undang dan
peraturan–peraturan yang telah disediakan, ciri-ciri keselamatan
dan kebersihan juga hendaklah diambil kira.
Buanglah sikap mementingkan diri agar pelanggan
mendekati primis-primis kita.
Marilah kita sama-sama, sentiasa memelihara dan memperkembang majukan ibu
kota negara kita Bandar Seri Begawan dengan mengekalkannya sebagai sebuah
Bandar yang menjadi lambang keunggulan Negara Brunei Darussalam yang
berprinsipkan Melayu Islam
Beraja yang sentiasa indah bersih dan menawan. Tafsirannya:
“Dan belanjakanlah apa yang ada pada kamu kerana menegakkan
agama Allah, dan janganlah kamu sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dengan bersikap
bakhil, dan baikilah dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu.
Kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya”.
|
|
|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
||