Misi
---------------------
 Matlamat
---------------------
 Peranan
---------------------
 Stratigi
---------------------
 Struktur
  Organisasi

---------------------
 Piagam
  Pelanggan

---------------------
 Teks Khutbah
---------------------
 Waktu
  Sembahyang

---------------------
 Masjid-Masjid
  Di Brunei

---------------------
 Maklumbalas
---------------------

19 Zulhijjah1423/21 Februari 2003

 

BANGSA BERILMU NEGARA MAJU
SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEBANGSAAN KALI KE 19

 

Muslimin yang dirahmati Allah Subhanahu Wataala.

        Marilah kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh yakin dan ikhlas, dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya, mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman selamat di dunia dan di akhirat.

        Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah Subhanahu Wataala kerana pada tahun ini genaplah sudah negara kita mencapai kemerdekaan yang ke 19 tahun.  Dalam tempoh itu juga negara kita telah mencapai pelbagai kemajuan dari pelbagai bidang.  Kita dapat hidup dalam suasana aman makmur dan bersatu padu. Mudah-mudahan keadaan aman ini akan terus-menerus dinikmati serta negara dan rakyat mendapat keberkatan dan ‘inayah Allah Subhanahu Wataala.  Semoga Tema Hari Kebangsaan negara kita tahun ini iaitu Bangsa Berilmu Negara Majuakan memberi inspirasi, ilham dan semangat kepada kita untuk terus maju dalam segenap bidang, baik berbentuk duniawi mahupun ukhrawi.

Kaum muslimin sekalian,

        Maju dan ilmu adalah suatu yang berkait rapat dengan kehidupan.  Jika sesebuah bangsa itu berilmu maka akan majulah sesebuah negara itu.  Negara memerlukan rakyatnya berilmu.  Lagi pula kemajuan sesebuah negara bergantung sepenuhnya kepada ramainya cendekiawan yang ada dalam negara berkenaan kerana hanya dengan kemahiran dan daya fikiran yang tinggi sahaja akan dapat menghasilkan pembangunan dalam segala aspek kehidupan ini.  Kita juga harus sedar bahawa maju mundurnya sesebuah masyarakat seterusnya sesebuah negara bergantung kepada sejauh mana maju atau mundurnya ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh anggota masyarakat atau negara tersebut seperti Firman Allah Subhanahu Wataala  dalam surah Az-Zumar ayat 9:

Tafsirnya:  Katakanlah:  “adakah sama orang- orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”  sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”

        Dan firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Mujaadilah ayat 11:

Tafsirnya:  “Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara Mu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”

Saudara muslimin yang dirahmati Allah Subhanahu Wataala,

        Dalam usaha kita mencari ilmu pengetahuan, kita hendaklah menseimbangkan antara kedua-dua bidang ilmu iaitu ilmu agama serta ilmu sains dan teknologi.  Dengan tujuan supaya kehidupan kita lebih sempurna di dunia dan di akhirat.  Ini kerana jika kita hanya mementingkan ilmu keduniaan tanpa diseiringkan dengan ilmu agama,  pasti kita tidak akan dapat merasakan kenikmatan dan kebahagiaan dalam kehidupan ini.

        Untuk menjadi negara yang maju dan aman makmur hendaklah membekalkan diri kita masing- masing dengan bermacam-macam ilmu dalam berbagai-bagai bidang kemahiran dan kerja dengan bersungguh-sungguh mengikut bidang masing-masing yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam.  Puncanya walaupun kita maju dan berjaya serta mampu mengecapi kemewahan hidup, namun jika jiwa kita kosong dari ilmu tauhid apatah lagi untuk bersyukur dan beribadat kepada Tuhan yang telah memberi kita nikmat ini, hidup kita pasti akan sentiasa dalam keresahan dan terumbang-ambing.

        Kemajuan dan ilmu yang dikehendaki dalam hidup ini amat memerlukan keberkatan dari Ilahi, kita perlu ingat, bahawa keberkatan itu tidak akan datang melainkan mengikut cara dan jalan kebenaran yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wataala.

Sesuatu kemajuan negara itu hendaklah dikemudikan dengan sikap keimanan.  Jika tidak maka runtuhlah ia.  Kita hendaklah berwaspada supaya tidaklah semata-mata mencari dan mengejar kemajuan tetapi lupa pada kebahagiaan dan kesejahteraan diri kerana kebahagiaan diri yang sebenarnya itulah keuntungan diperolehi dengan redha Ilahi itulah apa yang dikatakan rahmat bagi seluruh alam.

Sidang Jumaat sekalian.

        Begitulah dalam kita mengejar kemajuan dan ilmu, jangan sekali-kali kita lupa atau meninggalkan ajaran agama kita yang ditentukan oleh Allah Subhanahu Wataala.  Ini kerana sebagai umat Islam kita tidak boleh membelakangkan hukum syara’ sekalipun untuk memperolehi kekayaan dan kemajuan.

        Kejayaan dan kemajuan serta nikmat yang melimpah ruah yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wataala  kepada negara ini adalah menjadi kewajipan kita bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala dan sebagai tanda syukur kita itu ialah dengan meningkatkan lagi serta memperkukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan kita.

        Jadi marilah kita sama-sama berusaha membangun dan memajukan negara ini mengikut petunjuk Allah Subhanahu Wataala, agar negara dan rakyatnya akan sentiasa hidup aman dan bahagia.

        Untuk mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala sempena menyambut Hari Kebangsaan Negara kita yang tercinta ini, marilah kita sama-sama menghadirkan diri ke masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat bagi majlis kesyukuran dan sama-sama berkumpul sembahyang berjemaah fardhu Maghrib dan Isya’ serta membaca surah Yaasin dan doa, pada petang 22 Februari 2003 iaitu esok, Hari Sabtu malam Ahad, mudah-mudahan apa yang kita amalkan dan doa yang kita panjatkan dengan penuh tawaduk dan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah Subhanahu Wataala akan diterima dan diberikan kesejahteraan dan kemakmuran kepada negara ini, Amin ya-rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-A’raaf ayat 96:

Tafsirnya:   Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami itu, maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.”


|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid | Maklumbalas ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||