|
|
|
|
|
KHUTBAH
HARI RAYA AIDIL-ADHA KHUTBAH YANG PERTAMA
Hari
ini kita sebagai umat Islam di mana jua berada bersama-sama dengan saudara
muslimin kita yang sedang menunaikan ibadat Haji, di Kota Suci Mekah,
menyambut Aidil-Adha atau Hari
Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan
menyembelih korban sebagai bukti melahirkan keimanan kepada Allah, di
samping memperingati sunnah Nabi Ibrahim Alaihissalam dan keluarganya, yang telah melakukan pengorbanan demi menjunjung terhadap
perintah Allah Subhanahu Wataala. Pengorbanan
menjadi ujian kepada umat manusia, sejarah manakah
mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu
Wataala yang menjadikan, yang memberi rezeki dan segala
kurniaan yang tidak terkira banyaknya. Firman
Allah Subhanahu Wataala surah Ibrahim, ayat 34:- Maksudnya: Salah
satu ibadat yang sangat dianjurkan kita melaksanakannya di Hari Raya Adha
ini ialah berkorban sebab itu Aidil-Adha lebih tepat kita sebut Hari
Raya Korban. Iaitu menyembelih
haiwan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta, seekor kambing untuk
seorang, seekor lembu atau kerbau atau unta untuk tujuh orang.
Penyembelihan Korban dilakukan setelah selesai solat Aidil-Adha dan
masih dapat dilakukan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, 13 Zulhijjah. Korban
disyariatkan dalam Islam pada
tahun kedua hijrah. Ianya
mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim
Alaihissalam terhadap satu-satu puteranya Nabi Ismail Alaihissalam, baginda
bermimpi, bahawa Allah Subhanahu Wataala memerintahkannya untuk menyembelih
puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat
membantu dalam pekerjaan dan perjuangan. Sebagai
manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk
mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri, lebih-lebih lagi, setelah berusia
lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki,
hasil perkahwinan dengan Siti Hajar. Nabi
Ibrahim menyampaikan kepada puteranya, Ismail mengenai mimpinya itu, seperti
yang disebutkan di dalam Al-Quran: Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:- Tafsirnya: Sebagai
seorang putera yang menumpukan ketaatan kepada Allah Taala, maka Nabi Ismail
memberikan jawapan yang tidak bergoncang. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:- Tafsirnya: Dalam suasana
yang mengharukan yang diliputi oleh semangat iman, Nabi Ismail meminta
supaya ayahnya melaksanakan perintah Ilahi iaitu menyembelih lehernya.
Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu,
diletakkan di atas pangkuannya, kemudian pisau yang tajam itu
mulailah menyembelih di atas leher anak yang tabah itu. Pada
saat yang mengharukan itu Allah Taala menunjukkan kekuasaannya, melakukan
apa yang dikehendakinya. Putera
yang disembelih pada waktu itu bukanlah Nabi Ismail, tetapi seekor kibasy (kambing
biri-biri) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Dengan demikian, Nabi Ismail Alaihissalam terlepas dari ragutan maut. Sejak waktu itulah Nabi Ibrahim melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan secara tertib dan teratur. Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam meneruskan ibadat korban menjadi satu amalan Islam yang kita laksanakan setiap hari raya Adha atau hari-hari Tasyrik dalam Al-Quran Al-Karim Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Kautsar, ayat 1 - 2:- Tasfirnya: Hadith
dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termizi dan
Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang
maksudnya: Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban. Saudara
muslimin yang dirahmati Allah, Orang-orang
yang berjaya dan maju, hidup dengan menjunjung titah perintah Allah
Subhanahu Wataala ialah mereka
yang sanggup berkorban, berkorban masa, berkorban wang ringgat, berkorban
jiwa raga, tenaga fikiran, perasaan, mengorbankan kepentingan diri dan
lain-lain pengorbanan lagi. Mereka
inilah orang yang benar-benar berjihad untuk memperolehi keredhaan Allah
Subhanahu Wataala. Tanpa
semangat berkorban, orang akan rasa sayang untuk mengeluarkan perbelanjaan
ke Mekah, tanpa semangat berkorban, orang tidak akan sanggup berwukuf di
Arafah, di tengah-tengah sinaran panas matahari, demikian juga tanpa
semangat berkorban orang akan sayang untuk mengeluarkan belanja bagi
penyembelihan haiwan dan sebagainya. Musuh
utama kepada pengorbanan itu ialah syaitan dan hawa nafsu, ia berusaha
supaya manusia sayang kepada wang ringgit, takut rugi atau membuang masa dan
bermacam-macam godaan dan pujukan lagi. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Faathir, ayat 6:- Maksudnya: Kaum
muslimin yang berbahagia, Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, kami tidak sembah melainkan
dia, dengan penuh ikhlas baginya sahaja agama,
meskipun dibenci oleh orang-orang kafir, tidak ada Tuhan yang sebenar
melainkan Allah yang disembah, benarlah janji-janji untuk memberikan
pertolongan kepada hamba-hambanya, dan memberikan kemuliaan serta kemenangan
kepada tenteranya, membinasakan tentera ahzab dengan keesaannya. KHUTBAH YANG KEDUA Ibadat
korban warisan Nabi Ibrahim Alaihissalam ini, mempunyai hikmat yang besar. Di dalamnya tersimpan rahsia-rahsia psikologi, sosial, ekonomi,
perjuangan dan sejarah yang agong. Zahirnya
berkorban memerlukan kelebihan rezeki samada memiliki binatang atau wang. Mereka yang berkorban adalah orang yang mampu dari segi
ekonomi. Dengan adanya korban, Islam menggalakkan umatnya meningkatkan
kedudukan ekonomi masing-masing ke taraf mampu tadi. Ibadat
korban tidak sahaja menuntut pengorbanan wang ringgit atau binatang-binatang
ternakan tetapi juga menuntut pengorbanan sepenuh hati. Iaitu ikhlas melakukannya semata-mata kerana Allah
Taala. Hari
raya korban mengembalikan ingatan kita kepada sejarah pengorbanan besar Nabi
Ibrahim Alaihissalam dalam perjuangannya. Nabi Ibrahim Alaihissalam sepanjang menjalankan tugas sucinya,
telah menempuh berbagai-bagai dugaan. Baginda
pernah dicampakkan ke dalam api yang bernyala-nyala oleh kaum Namrud. Puncak pengorbanan besar baginda ialah diperintahkan mengorbankan
puteranya sendiri Saiyidina Ismail Alaihissalam. Sejarah
pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihimassalam menjadi sejarah
pengorbanan yang tidak ada tolok bandingnya. Pengorbanan kedua-dua orang Rasul tersebut bukan sahaja
mengharukan sifatnya tetapi juga penuh dengan semangat. Dan terdapat padanya sifat patuh dan taat terhadap perintah Allah
Subhanahu Wataala. Sepanjang
sejarah kehidupan manusia, betapa ramai orang-orang yang telah berkorban
kerana Allah Subhanahu Wataala semata-mata. Umpamanya di zaman Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ramai para
sahabat berkorban untuk menegakkan Islam. Mereka bukan sahaja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saiyidina
Ali Karamallahu Wajhah mempertaruhkan nyawanya sewaktu
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berhijrah ke Madinah. Saiyidina
Abu Bakar As-Siddek dan Saiyidina Othman Radiallahu-Anhuma
banyak mengorbankan harta untuk menegakkan Islam. Bilal bin Rabah dan Yasir mengorbankan nyawanya kerana Islam. Demikianlah pengorbankan umat Islam yang terdahulu. Melaksanakan
korban dengan menyembelih binatang ternakan di hari raya ini dan di
hari-hari Tasyrik (11, 12, 13) Zulhijjah ini, bukan sahaja sebagai tanda
mensyukuri nikmat Allah Subhanau Wataala yang telah melebihkan rezeki kepada
kita, tetapi di dalamnya ada rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu akan menghubungkan talian kasih sayang yang sangat
rapat antara si pemberi dengan si penerima, khususnya
yang mempunyai kemampuan dan kurang mampu. Di
samping itu orang-orang yang hidupnya kurang beruntung akan merasa gembira
dan bahagia apabila merasai hidup mereka mendapat simpati daripada
orang-orang yang berada. Keadaan
ini akan menimbulkan rasa belas kasihan, hormat menghormati dalam diri
penerima dan pemberi. Selain
daripada mengeratkan silaturrahim sesama muslim, ibadat korban dapat
merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan
harta. Sifat-sifat yang buruk ini boleh menjerumuskan manusia untuk
melakukan perbuatan keji seperti penindasan, rasuah, penipuan dan lain-lain
sifat keji yang patut kita hindarkan. Jelas
kepada kita ibadat korban dapat
membersihkan jiwa manusia dari sifat keji di samping menggilap kembali sifat
kemanusiaan yang murni, kerana berkorban benar-benar berkehendakkan
keikhlasan dan kemurahan hati, bukan senang untuk mengorbankan harta, kalau
hati tidak bersih daripada sifat bakhil atau sayangkan harta. Dan boleh juga menyemaikan benih kasih sayang dan timbang rasa sesama
manusia di mana ia boleh merapatkan yang jauh dan mengeratkan yang dekat. Inilah
asas kemasyarakatan yang menjadi hasrat kita besama, erat berpadu sesama
umat dalam masyarakat yang membawa kepada kekukuhan umat dan perpaduan
negara. Insya-Allah. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa’, ayat 175:- Maksudnya:
|
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|