syawal_1.htm![]() |
||
![]()
|
14 Zulkaedah1423/17 Januari 2003
ILMU
PENGETAHUAN Dalam
Islam, ilmu dan Iman saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain, dan
tidak dapat dipisahkan di antara keduanya bagi melahirkan seorang muslim
yang sejati. Tanpa ilmu tidak
akan sempurna iman seseorang dan sebaliknya tiada iman akan tertutuplah mata
hati melihat dan menerima kebenaran. Walaupun
sesuatu itu telah terbukti hakikatnya. Al-Quran
Al-Karim diturunkan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam adalah merupakan sumber ilmu pengetahuan yang
lengkap samada ilmu akhirat ataupun ilmu yang berhubung dengan kehidupan di
dunia. Yang mana manfaat ilmu
itu bagi pemiliknya tidak terbatas pada pahala akhirat semata-mata ia
menggabungkan dua kebaikan
iaitu di dunia dan di akhirat dan mengangkat darjatnya di sisi Allah
Subhanahu Wataala dan di mata manusia. Oleh
itu sayugialah kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran
Al-Quran memahami dan menghayati dengan melengkapi kedua-dua bidang ilmu
tersebut. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Mujaadilah, ayat 11:- Tafsirnya
: Kaum
muslimin yang dirahmati Allah, Dalam
usaha kita mencari ilmu pengetahuan, kita hendaklah menseimbangkan antara
kedua-dua bidang ilmu iaitu ilmu agama serta ilmu sains dan teknologi dengan
tujuan supaya kehidupan kita lebih sempurna di dunia dan di akhirat.
Ini kerana jika kita hanya mementingkan ilmu keduniaan tanpa
diseiringkan dengan ilmu agama, pasti kita tidak akan dapat merasakan
kenikmatan dan kebahagiaan dalam kehidupan ini, puncanya ialah walaupun kita
maju dan berjaya serta mampu mengecapi kemewahan hidup, namun jika jiwa kita
kosong dari ilmu tauhid apatah
lagi untuk bersyukur dan
beribadat kepada Tuhan yang telah memberi kita nikmat ini, hidup kita pasti
akan sentiasa dalam keresahan dan terumbang- ambing. Ini kerana apabila material dan taraf pendidikan sudah
menjadi ukuran, pasti sikap sombong , angkuh, ria akan mula bersarang dihati. Lagi pula jiwa yang lemah tidak akan sanggup untuk menghadapi tekanan
permintaan dunia sekarang yang mementingkan pendidikan dan seringkali
menjadi punca tekanan jiwa dan perasaan. Sesungguhnya
ilmu merupakan anugerah yang amat berharga yang diberikan oleh Allah
Subhanahu Wataala kepada umat manusia. Dengan ilmu dapat meninggikan martabat seseorang individu tersebut serta membezakan dari mereka yang jahil.
Walau pun kita dikurniakan dengan ilmu yang banyak janganlah sampai
kita merasa angkuh dan sombong dengan apa yang kita miliki, semakin berilmu,
semakin bongkak dan takbur serta merasa diri lebih mulia dan bijak sehingga
memandang rendah pada kemampuan orang lain.
Ingatlah umat Islam, bahawa ilmu dan kepandaian yang kita miliki
merupakan rahmat dan pinjaman Allah Subhanahu Wataala semata-mata dan tidak
mustahil suatu hari Allah Subhanahu Wataala akan menarek balek nikmat yang
dikurniakannya kepada kita. Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :- Sidang
Jumaat yang berbahagia, Friman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Hajj, ayat 54 Tafsirnya
:
|
|
|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
||