syawal_1.htm![]() |
||
![]()
|
28 Zulkaedah1423/31 Januari 2003 KETENTERAMAN
JIWA
Ketenangan dan ketenteraman jiwa boleh dikatakan menjadi idaman kepada semua
orang. Jiwa yang tenteram, aman
damai merupakan syarat utama kebahagiaan hidup seseorang, dalam pada itu,
perlu diingat bahawa adalah jiwa itu pula sentiasa terdedah kepada
gejala-gejala tekanan seperti takut, resah gelisah, bimbang dan lain
perasaan yang kadangkala membawa seseorang itu hidup merana. Ada orang yang bertungkus lumus mencari kekayaan, kerana pada sangkaan
mereka dalam harta yang banyak
itu akan diperolehi ketenangan, boleh didapatinya segala yang membahagiakan
hidupnya. Tetapi ternyata
harta kekayaan kadangkala tidak juga dapat membahagiakan seseorang dengan
sepenuhnya, bahkan jika silap langkah dan salah perhitungan, harta kekayaan
itu boleh menjerumuskan seseorang kepada berbagai-bagai penyakit jiwa,
seperti mungkin menukarkan sifat seseorang yang asalnya lemah lembut dan
pengasihan kepada bersifat ganas dan kasar, dari seorang yang pemurah kepada
seorang yang tamak haloba. Dalam
pada itu, tidaklah pula dinafikan ada orang-orang yang beruntung di dunia
dan di akhirat bila ia pandai menggunakan hartanya. Oleh kerana ketenteraman jiwa menjadi idaman semua orang, maka semua orang
pula akan berusaha mencarinya menurut cara
dan kacamata masing-masing. Mungkin
ada yang sampai memperbanyakkan maksiat dan melakukan kemungkaran kerana
disangkanya perkara itu dapat mententeramkan jiwa, seperti memakan dadah,
meminum minuman yang memabukkan, bermain judi dan yang seumpamanya yang
bertujuan untuk mencari ketenteraman jiwa, tetapi cara begini, cara yang
bertentangan dengan agama, bila dilakukan adalah tidak ubahnya seperti
berubat dengan racun atau menambah kan penyakit yang telah sedia ada dengan
penyakit yang lain pula. Wahai
kaum muslimin, Ketenangan hati seseorang insan adalah aungerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kerana itu, pohonkanlah kepada Allah Subhanahu Wataala supaya dikurniakan hati yang tenang, jauh dari ketegangan. Berzikir
kepada Allah Subhanahu Wataala, memuji Allah Subhanahu Wataala dan memohon
keampunan dan keredhaannya adalah usaha meredakan ketegangan bagi seorang
mukmin. Malahan hati yang
tenang sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wataala. Dengan berzikir, beristighfar dan menunaikan solat dengan khusyuk. Jiwa
yang tenteram sangatlah diperlukan dalam kehidupan kita, terutama dalam
memutuskan atau mengendalikan sesuatu urusan yang besar.
Maka bagi memelihara dan mengasuh jiwa supaya sampai ke peringkat
Nafsul Muthmainnah (jiwa yang tenteram), maka agama Islam telah menyediakan
banyak cara atau langkah sebagaimana kehendak mententeramkan jiwa dan
menghindarkannya daripada gangguan-gangguan perasaan yang tidak menentu. Di
antara cara untuk mententeramkan jiwa menurut pandangan Islam ialah dengan
melakukan apa jua ibadat, terutama pokok atau asas ibadat, seperti
sembahyang, puasa, berzakat, melakukan ibadat haji dan lainnya. Kerana ibadat yang disebutkan ini adalah di antara kemuncak seorang
itu akan mengingati Allah Subhanahu Wataala. Mengingat Allah Subhanahu Wataala dalam apa jua keadaan dan suasana adalah sangat disuruh oleh agama, kerana dengan mengingati Allah Insya-Allah akan dapat mententeramkan jiwa dan seterusnya mendalamkan Iman terhadapan, sebagaimana tafsir firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ar-Ra’d, ayat 28 :- Orang-orang yang beriman itu dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati itu menjadi tenteram. Selain daripada melakukan ibadat-ibadat yang disebutkan di atas, kita
dapat mengingati Allah Subhanahu Wataala, dengan cara yang lebih mudah iaitu
melalui pembacaan Al-Quran, sebab Al-Quran itu Qalam Allah kalimah-kalimah
Allah yang mengandungi rahsia sebagai penawar dan rahmat, siapa yang
membacanya pasti beroleh cahaya berkat yang menjadi ubat kepada hati, rohani
dan jasad sekaligus. Kerana itulah wahai kaum muslimin segeralah diambil peringatan oleh kita perkara ini, mudah-mudahan menjadikan kita orang-orang yang suka beribadat yang berdamping dengan Al-Quran dan sentiasa menghayatinya dengan belajar membaca dan menurut ajaran-ajarannya. Seperti firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Israa’, ayat 82 :- Tafsirnya
: Mudah-mudahan dengan
keimanan, kesabaran, amal ibadat dan zikir kepada Allah Subhanahu Wataala
kita akan mendapat ketenangan dan keredhaan Allah Subhanahu Wataala.
Dan semoga ianya akan menjadi suatu jalan ke arah ketenangan yang
semakin hilang daripada kehidupan manusia ini. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ar-Ra’d, ayat 28:- Tafsirnya
: |
|
|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
||