![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
MENGINGATI MATI
Muslimin
yang diberkati Allah, Semua makhluk hidup pasti akan mati, semua ini ketentuan dari Allah Subhanahu Wataala. Ada yang mati semasa dalam kandungan, ada yang mati semasa umurnya masih kecil, ada yang mati dalam usia remaja dan ada yang mati setelah lanjut usia. Persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian? Kerana kematian itu datang tidak mengira masa, siapa dan tempat. Walaupun para saintis telah berusaha mencipta berbagai ciptaan dan teori untuk memanjangkan umur, mencipta berjenis-jenis ubat, membina tempat-tempat kukuh untuk berlindung daripada malapetaka, akan tetapi janji Allah Subhanahu Wataala mengenai kematian adalah tetap dan tidak berundur, sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nahl, ayat 61:- Tafsirnya
:
Sebelum tiba ajal maut, kadangkala kita ditimpa sakit atau kemalangan sebagai sebab-musababnya, perkara ini sengaja Allah Subhanahu Wataala datangkan sebagai peringatan, demikian juga Allah Subhanahu Wataala mahu menguji hambanya samada mereka menyiapkan diri dengan bekalan takwa dan iman atau masih leka dan lalai. Ahli
Jumaat sekalian, Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Anbiyaa’, ayat 35 :- Tafsirnya
: Ada
pun tujuan Allah Subhanahu Wataala mematikan manusia itu adalah : Pertama - untuk menilai sejauh mana
keikhlasan dan kebaikan amalnya yang kita kerjakan semasa hidup di dunia
ini kerana ada setengah kita yang melakukan sesuatu amalan itu semata-mata
untuk kepentingan diri sendiri. Kedua
- untuk membuktikan bahawa Allah Subhanahu Wataala maha berkuasa mematikan
manusia dan makhluk yang lain tanpa mengira rupa bangsa, pangkat, tempat,
masa dan ketika. Firman
Allah Subhanahau Wataala dalam surah An-Nisaa’, ayat 77 :- Kaum
muslimin yang dirahmati Allah, Seorang manusia yang langsung lupakan mati, sedang dia pasti akan mengalami mati. Bererti ia akan menempuh satu kejadian hebat iaitu mati secara membuta tuli. Ia adalah ibarat seorang musafir yang akan merempuh satu daerah yang tidak dipelajari atau difikirkan dalam keadaan gelap gelita. Sudah pasti ia tidak akan dapat melangkah satu langkah pun di dalam gelap itu. Sudah pasti dia akan menghadapi perasaan bingung dan takut tidak tahu apa yang harus dilakukan. Untuk menghindarkan nasib yang demikian itu maka agama Islam menganjurkan kepada manusia semasa hidup supaya sentiasa mengingati mati dan mempelajari pula apa dia hakikat mati itu agar kita dapat menempuh mati dengan penuh pengertian dan kesedaran. Jelas kematian adalah satu ketentuan kepada semua makhluk di dunia ini, oleh itu persiapkanlah diri kita dengan mengabdikan seluruh jiwa dan raga, hidup dan mati kerana Allah Subhanahu Wataala, dan sentiasa meningkatkan amal soleh dengan keikhlasan dan bersungguh-sungguh kerana Allah Subhanahu Wataala. Sentiasa mengingati mati dengan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wataala agar kita tergolong di antara orang yang diberi syafaat oleh Allah Subhanahu Wataal di akhirat nanti. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Mulk, ayat 1 dan 2 :- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|