![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
MENEPATI
JANJI
Dalam
kehidupan kita sehari-hari, kita tidak terlepas dari membuat janji sama
ada antara sahabat dengan sahabat, rakan sekerja dengan rakan sekerja,
pekerja dengan majikan. Kerajaan
dengan rakyat. Malah mungkin juga di antara dua golongan yang bermusuhan
dan sebagainya. Bahkan juga
kadang-kadang berjanji dengan Allah Subhanahu Wataala atau bersumpah
dengan nama Allah Subhanahu Wataala untuk membuat sesuatu kebajikan dan
meninggalkan sesuatu kemungkaran. Agama
Islam tidak melarang kita membuat janji dengan sesiapa pun atau mana-mana
pihak asalkan janji-janji itu ditepati dan ditunaikan khasnya dalam
perkara-perkara yang baik dan berkebajikan. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Maa-idah, ayat 1: Tafsirnya
: Perjanjian
adalah satu amanah yang wajib ditunaikan dan menganggap ringan perjanjian
dan tidak menepati apa yang diucapkan adalah dosa besar yang dibenci dan
dimurkai Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu
Wataala dalam surah Ash-Shaff, ayat 2 – 3: Tafsirnya
: Sidang
Jumaat sekalian, Tafsirnya
: Wahai
kaum muslimin, ingatlah bahawa mungkir janji
adalah perbuatan yang tidak disukai oleh Allah Subhanahu Wataala,
yang banyak menimbulkan keburukan kepada pihak-pihak yang berjanji. Sebagai contoh, akibat mungkir janji, sahabat dengan sahabat
menjadi renggang, pekerja dengan majikan bermusuhan, suami isteri
berselisih faham, ayah dan anak tidak bersefahaman. Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan dalam hadith baginda : Maksudnya
: Ahli
Jumaat sekalian, Tafsirnya
: Soalan
apakah perkataan “Insya-Allah” yang diucapkan itu sebagai janji yang
mesti dipenuhi mengikuti hukum syara'? Inilah yang menjadi kebiasaan di
kalangan kita apabila berjanji akan mengatakan “Insya-Allah” dengan
maksud tidak memberatkan apa yang dijanjikan itu atau dengan kata lain
“Insya-Allah” itu diucapkan sebagai alasan untuk tidak memenuhi janji. Perlu
diingat dan difahami bahawa janji adalah wajib ditepati, ini bererti
ucapan “Insya-Allah” itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak
menyempurnakan janji. Bahkan perkataan “Insya-Allah” itu hendaklah disertai
dengan azam untuk menyempurnakan janji agar kita tidak termasuk dalam
golongan orang-orang yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wataala. Walau bagaimanapun menyentuh perkataan “Insya-Allah” dengan
azam untuk melakukan sesuatu itu adalah lebih menepati kehendak agama
Islam, kerana kita pasti bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu itu
kecuali dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua. Demikianlah
wahai kaum muslimin, betapa agama Islam sangat mengambil berat dalam
soalan janji, oleh itu berhati-hatilah sebelum berjanji atau menerima
janji. Jadikanlah menyebut perkataan “Insya-Allah” itu bagi
menyempurnakan mana-mana janji, itulah yang dituntut oleh Agama Islam.
Mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita akan terhindar daripada
sifat-sifat orang munafik. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Anfaal, ayat 58 :-
Tafsirnya
:
|
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|