![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
HASAD DENGKI
Telah
menjadi sunnatullah setiap manusia diciptakan mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Ada
manusia yang hidupnya dipenuhi dengan nikmat kemewahan dan kesenangan.
Ada pula hidupnya hanya sederhana, tidak kurang juga ada yang hidup
dalam kesengsaraan dan kesusahan. Begitu
juga ada yang bijak akal fikirannya dan ada pula yang sebaliknya. Kesemuanya ini telah menjadi qada' dan qadar Allah Subhanahu
Wataala dan ketentuannya dalam melebihkan dan mengurangkan anugerah
nikmatnya terhadap hamba-hambanya kerana Allah Subhanahu Wataala lebih
mengetahui apa yang baik untuk hamba-hambanya. Dalam
memelihara keimanan dan tingkah laku kita sebagai seorang muslim,
sepatutnya kita merasa gembira dengan kesenangan dan kelebihan yang
diperolehi oleh saudara kita yang lain. Tetapi apa yang sering kita lihat sejak dari zaman Nabi Adam
Alaihissalam lagi hingga
sekarang ini, sifat iri hati dan hasad dengki
seolah-olah menjadi darah daging dalam jiwa manusia. Sifat yang keji ini, jika tidak dirawat, lama kelamaan akan membawa
padah yang amat buruk pada diri manusia sendiri dan pada masyarakat
sekelilingnya. Ahli
Jumaat sekalian, Dari
hasad dengki ini akan menimbulkan beberapa sifat yang juga merupakan di
antara sifat mazmumah, antaranya:- Pertama - Sentiasa
mempengaruhi jiwa dengan
sifat-sifat kebencian dan permusuhan. Kedua - Tertanam dalam
jiwa sifat meninggi diri dan sentiasa menganggap diri lebih dari orang
lain. Ketiga - Mempunyai
sikap tidak puas hati. Seolah-olah
menuduh Allah Subhanahu Wataala tidak
berlaku adil ke atas pemberian nikmat, yang pada anggapannya dia lebih
layak mendapat nikamt tersebut. Ahli
Jumaat sekalian, Tafsirnya
:
Syariat
Islam amat melarang keras umatnya yang bersifat dengki, kerana sifat
dengki akan memakan diri sendiri, lebih daripada orang yang didengkinya.
Lazimnya orang yang dengki jiwanya tidak tenteram dan sentiasa
pedih dan pilu. Apatah lagi
jika orang yang didengkinya itu semakin bertambah-tambah kesenangannya.
Berlainan
halnya jika seseorang itu mengharapkan nikmat yang sama, yang ada pada
orang lain dan tidak pula ia bercita-cita melenyapkan nikmat tersebut.
Sebaliknya ia berniat dan berusaha untuk mencapainya.
Hal ini jelas disebutkan di dalam sebuah hadith Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya
: Dalam hal seperti ini kita tidak dilarang jika berhasad dengki untuk mendapat kebaikan di sisi Allah Subhanahu Wataala. Malah ada kalanya dituntut oleh syara’, Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Hadiid, ayat 21:- Tafsirnya
:
Ahli
Jumaat sekalian, Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Asy-Syuura, ayat 27 :- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|