![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
HUTANG
Marilah
kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kehadrat Allah Subhanahu Wataala
dengan sebenar-benar takwa, dengan mengerjakan segala apa jua suruhannya dan
meninggalkan segala larangannya. Satu
hal yang perlu diketahui oleh setiap muslim tentang hukum agamanya, iaitu
agama Islam menyuruh umatnya supaya berlaku lurus dan sederhana dalam semua
tindak-tanduk kehidupan seharian mereka. Dengan
kesederhanaan ini kita akan sentiasa merasa cukup dan berpada dengan yang
ada. Suasana ini akan dapat
menghindarkan diri kita daripada berhutang. Dalam hal hutang ini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak suka
membiasakan umatnya berhutang. Memandangkan
hutang dalam pandangan Islam adalah merupakan kesusahan di malam hari dan
suatu penghinaan di siang hari. Justeru
itu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah Subhanahu
Wataala supaya terhindar dari berhutang. Doa
baginda itu : Ertinya
:
Doa
yang baru dibacakan tadi biasa kita amalkan pada setiap selepas kita
menunaikan sembahyang, ini menunjukkan kita pun selalu memohon kepada Allah
Subhanahu Wataala daripada
bebanan hutang. Agama
Islam amat menitikberatkan masalah hutang dan nilai melaksanakan pembayarannya.
Kerana orang yang mati meninggalkan hutang akan dibalas pada hari
kiamat. Walau Bagaimanapun,
agama Islam masih memberikan ruang dan kelonggaran untuk berhutang khususnya
dalam keadaan dharurat dan sangat-sangat memerlukannya iaitu dalam masalah
kebaikan tetapi perlu diingat di samping agama Islam memberi kelonggaran itu,
setiap hutang itu wajiblah dijelaskan dan dibayar. Ingatlah
bahawa kewajipan membayar hutang itu tidak akan terlepas sekalipun dengan
melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya.
Oleh sebab itu Islam mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap
hutang- piutang sehingga orang yang
berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya. Hutang
perlu dijelaskan dengan segera. Janganlah
dilalaikan pembayarannya dan menyebabkan tertangguh begitu lama sekali dan
langsung tidak dijelaskan sehingga menyusahkan orang yang memberi hutang. Wahai
kaum muslimin yang dirahmati Allah, Akibat
menanggung hutang itu, selain daripada dipertanggungjawabkan membayarnya,
bahkan ada bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si
penghutang jika tidak melunaskannya. Sabda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam At-Termizi
dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban :-
Dan
dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar Radiallahu Anhuma Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda
yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah :-
Maksudnya
: Berdasarkan
hakikat ini, Islam menasihatkan setiap muslim agar menghindarkan diri
daripada berhutang kecuali kerana sangat memerlukan. Kalau pun terpaksa berhutang, maka dia hendaklah berniat dan berazam
untuk membayar hutang berkenaan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:-
Maksudnya
:
Ahli
Jumaat sekalian, Sebagaimana
yang tersiar dalam media masa bahawa terdapat di antara kita yang masih
menangguh-nangguhkan pembayaran hutang. Contohnya dalam pembayaran bil air, elektrik, telefon, perumahan dan
sebagainya. Ini jelas
menunjukkan kepada kita bahawa ada sebahagian kita masih
menangguh-nangguhkan pembayaran hutang ini.
Perbuatan seperti ini boleh memberi kesan yang negatif kepada negara. Oleh
itu hindarkanlah diri kita tergolong dari orang-orang yang berhutang dan
melengah-lengahkan pembayaran hutang. Semoga
dengan adanya kesedaran dan kejujuran kita dalam hal ini akan
mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Mukminun, ayat 8 :-
|
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|