![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
UMUR
Umur
adalah nikmat di antara nikmat yang besar yang dikurniakan Allah Subhanahu
Wataala kepada manusia. Nikmat umur ini tinggi nilainya dan tiada tandingan
baginya. Dengan nikmat umur ini
memberi kesempatan untuk kita menikmati perkembangan dunia dan dapat pula
beramal dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Apa yang menjadi persoalan kita ialah bagaimana manusia memanfaatkan
usia yang masih berbaki ini. Hakikatnya,
menurut pandangan Islam, usia sebagai suatu saham kerana manusia akan
memperolehi samada kebaikan atau keburukan di akhir kehidupan nanti yakni di
alam mahsyar berpandukan kepada usia yang digunakan. Menurut
sebuah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Maksudnya
: Dalam
hadith ini menjelaskan kepada kita bahawa umur itu hendaklah digunakan
dengan sebaik-baiknya kerana jika kita tidak bersyukur kepada Allah
Subhanahu Wataala, maka kita tidak akan melihat usia kita sebagai amanah
Allah Subhanahu Wataala, sebaliknya mengambil kesempatan melakukan apa
sahaja untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu tetapi bagi kita yang sedar bahawa
usia itu amanah Allah Subhanahu Wataala, maka kita akan memberikan tumpuan
ke arah jalan yang baik dan beramal soleh maka di sini bermakna kitalah yang
menentukan buruk baik amalan dalam meniti usia kita. Memandangkan
betapa berharganya usia itu kepada manusia, maka itulah sebabnya agama Islam
sangat menitik beratnya supaya manusia memahami dan mengetahui yang usia itu
adalah amanah daripada Allah Subhanahu Wataala. Suatu
hadith lain menjelaskan, daripada Abi Burdah Al-Aslami, Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bahawa setiap anak Adam tidak akan
berganjak tapak kakinya dari kanan ke kiri, depan ke belakang sehingga Tuhan
bertanya empat perkara :- 1. Tentang usia bagaimana dihabiskannya. 2. Tentang harta dari mana dan ke mana dihabiskannya. 3. Tentang ilmu, apakah yang dimanfaatkan dengannya. 4.
Waktu bertenaga, bagaimanakah dihabiskan tenaga
itu. Di
dalam makna hadith yang baru dibacakan tadi, dua perkara yang perlu kita
fikirkan ialah:- Pertama
: Soal umur, kita akan disoal dan
dipertanggung jawabkan mengenai usia
kita bagaimanakah kita menggunakannya. Jika kita menghabiskan usia dengan perkara yang baik, maka
kebaikanlah yang kita akan nikmati, sebaliknya jika kita menghabiskan usia
kita dengan melakukan keburukan maka keburukanlah yang akan diterima. Kedua
: Mengenai tenaga, ini juga melibatkan usia, oleh itu selagi kita
dipanjangkan usia dan masih bertenaga, maka gunakanlah tenaga itu dengan
baik bagi mendapat kebaikan. Janganlah
pula usia dan tenaga itu disalahgunakan bagi melakukan perkara mungkar. Ahli
Jumaat sekalian, Jika kita merenung usia kita yang panjang, setentunya tidak sama lagi dengan keadaan semasa muda kita, maka ketika itulah kita akan menyedari bahawa usia itu sudah sampai penghujungnya. Alangkah eloknya kita memperbanyakkan taubat dan mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala. Ingatlah wahai kaum muslimin sekalian, bahawa Allah Subhanahu Wataala memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan umur ke arah kebaikan maka janganlah disia-siakan umur kita yang masih ada dan kerjakanlah segala suruhannya dan tinggalkanlah segala keburukan dan kemungkaran untuk bekalan di akhirat kelak mudah-mudahan kita tergolong daripada orang-orang yang beroleh kemenangan dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala di akhirat nanti. Mungkin ketika muda kita tidak melakukan kerja yang baik, jadi alangkah indahnya umur yang masih ada itu digunakan untuk mendapatkan semula kebaikan yang tidak diperolehi ketika muda. Hal ini telah pun digambarkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim dan Imam Al-Baihaqi daripada Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma yang bermaksud Pergunakanlah
lima kesempatan sebelum datangnya lima kesempitan : Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 281:- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|