![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
KEIKHLASAN BERIBADAT Muslimin
yang berbahagia, Ikhlas
inilah yang merupakan sebab pokok bagi suatu amal atau ibadat seseorang yang
mukmin dianggap baik dan diterima Allah, kerana itu ikhlas merupakan roh
atau jiwa dari suatu amal ibadat. Ada
pun bentuk amal atau ibadat seseorang yang tidak disertai dengan ikhlas,
maka Allah Subhanahu Wataala akan menolaknya.
Hal ini sesuai dengan sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang
bermaksud : Allah tidak akan menerima suatu amal, melainkan amal yang bersih (ikhlas) semata-mata kerana Allah Subhanahu Wataala dan yang diharapkan daripadanya hanyalah keredhaannya. Berbahagialah dan beruntunglah kita sebagai seorang mukmin apabila melaksanakan ibadat semata-mata kerana Allah Subhanahu Wataala, dan sia-sialah orang yang ibadatnya tanpa disertai dengan keikhlasan. Demikianlah pula halnya jika seseorang itu berharap dalam beribadat kepada Allah, tetapi untuk sesuatu yang lain. Seperti kerana manusia, harta, pangkat, kedudukan dan lain-lainya. Jalan
yang perlu kita tempuhi ialah bagaimana kita dapat beribadat dan beramal
secara benar menurut pandangan Islam, sehingga apa yang kita amalkan selama
ini dan yang akan datang tidak sia-sia belaka. Para
Jemaah sekalian, Untuk
menjaga agar amal ibadat yang hendak kita lakukan itu benar-benar sesuai
dengan apa yang dikehendaki Allah Subhanahu Wataala iaitu dalam erti supaya
dapat diterima lantaran keikhlasan kita, maka hendaklah kita perlu
mempersiapkan dulu niat kita. Iaitu
kehendak hati, berucap melalui lisan yang merupakan penggerak jiwa untuk
melaksanakan sesuatu yang dicintai. Dengan
demikian, maka sesungguhnya niat itu menjadi dasar pokok dalam segala amal
kita berdasarkan kepada keikhlasan seperti sabda Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam :- Maksudnya
: Dari
hadith itu dapat kita fahami, bahawa setiap kerja dan perbuatan yang kita
lakukan mesti disertai dengan niat. Untuk
menjaga agar amal-amal itu terpuji di sisi Allah Subhanahu Wataala, maka
hendaklah disertai niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata, bukan kerana
yang selainnya. Apabila
amal-amal yang kita perbuat tidak disertai dengan niat yang ikhlas, maka jadilah ia amalan ria iaitu melakukan amal-amal untuk
memperolehi sesuatu seperti pujian manusia dan sebagainya. Oleh
yang demikian amal-amal soleh yang dilakukan hanya semata-mata kerana Allah
Subhanahu Wataala akan membuahkan pahala baginya, tetapi jika dilakukan
bukan kerana Allah Subhanahu Wataala iaitu
amalan itu dilakukan kerana ada dorongan untuk manusia, harta,
pangkat dan kedudukan, maka segala amalan itu tidak mendapat sebarang
balasan dan menjadilah ia sia-sia. Marilah
kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, agar semua amal ibadat yang kita
lakukan benar-benar menurut kehendak Allah dan Rasulnya.
Yakni kita lakukan dengan penuh keikhlasan. Semoga
Allah sentiasa mengurniakan taufik dan hidayahnya kepada kita semua dan
mudah-mudahan kita selalu berada dalam perlindungannya, sehingga kita
menjadi orang yang benar-benar ikhlas dalam melaksanakan segala amalan dan
termasuk ke dalam golongan orang-orang beruntung di hari akhirat. Amin. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surat Al-Kahfi, ayat 110 : Tafsirnya
:
|
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|