![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
HATI Muslimin
yang diberkati Allah, Sidang
Jumaat yang berbahagia, Hati
perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar ia tidak rosak, tidak sakit,
tidak leka, tidak buta, tidak keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan-keadaan seperti ini, kesannya
adalah melibatkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Dan akan lahirlah penyakit-penyakit masyarakat berpunca dari
hati yang sudah rosak itu. Justeru
itu, hati adalah amanah yang wajib dijaga, sebagaimana kita diamanahkan
untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya dari
berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa diikuti taubat dan istighfar itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam di dalam hati.Itu baru satu dosa. Maka bayangkan bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu. Ini
jelas digambarkan dalam hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :- Tafsirnya
: Hadith
ini sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Al-Quran surah
Al-Muthaffifiin, ayat 14 :- Tafsirnya
: Hati
apabila kotor dan hitam akan menjadi keras, apabila hati keras, kemanisan
dan kelazatan beribadat akan tidak dirasakan. Dan ia akan menjadi penghalang kepada masuknya
nur Iman dan nur
Ilmu. Belajar sebanyak manapun ilmu yang bermanfaat
atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk
ke dalam hati, kalau pun kita faham,
tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya. Ahli
Jumaat yang diberkati Allah, Tafsirnya
: Begitulah
Allah Subhanahu Wataala mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu
yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah
kerana amat takutkan Allah Subhanahu Wataala. Kerana itu apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga
tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah Subhanahu Wataala. Apa
yang paling membimbangkan kita ialah apabila hati mati, kerana inilah
kemusnahan yang amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal
menghitamkan seluruh kehidupan di dunia dan akhirat. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan
membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan
dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wataala di akhirat kelak. Wahai
kaum muslimin persoalannya sekarang ialah kenapa hati mati? Hati itu mati
disebabkan perkara-perkara berikut:- Pertama : hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah Subhanahu Wataala. Iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari didikan dan ujian Allah Subhanahu Wataala. Seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zumar, ayat 22 :- Tafsirnya
: Kedua
:
hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani yang
sewajarnya. Kalau tubuh
jasmani boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah
juga hati. Bila ia tidak
diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan sahaja akan sakit dan buta
malah akan mati akhirnya. Santapan rohani itu ialah “ zikrullah”,
“nasihat” dan “muhasabah diri”. Dari itu wahai kaum muslimin jaga dan peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati iaitu dengan menggilap dan membersihkannya dengan jalan mengingati Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran surah Ar-Ra’d, ayat 28 :- Tafsirnya
: Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Asy-Syu’araa’, ayat 88 – 89 :- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|