![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
SIFAT
MALU Muslimin yang diberkati Allah, Manusia
adalah makhluk paling mulia dan sempurna yang dijadikan oleh Allah
Subhanahu Wataala. Kenapakah
dikatakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kerana manusia itu diberi
anugerah oleh Allah Subhanahu Wataala
akal fikiran yang sempurna. Dengan
akal fikiran inilah kita manusia dapat mencapai kemajuan duniawi yang
begitu menakjubkan. Tetapi
apakah yang menyebabkan manusia itu jatuh pula martabatnya? Di antara
sebabnya ialah tidak mempunyai sifat malu.
Tidak malu terhadap sesama manusia dan lebih-lebih lagi tidak malu
terhadap Allah Subhanahu Wataala. Kerana
tidak mempunyai perasaan malulah, seseorang itu sanggup membelakangkan dan
melanggar hukum-hukum Allah Subhanahu Wataala, tidak lagi mengindahkan
norma-norma susila dan kesopanan hidup dan tidak mengenal lagi
perikemanusiaan. Tingkah laku
berubah menjadi kasar dan angkuh sehingga tidak dapat membezakan mana yang
hak dan mana yang bathil untuk dilaksanakan, baik dalam perkataan mahupun
perbuatan. Ahli
Jumaat yang berbahagia, Maksudnya
: Sesungguhnya
orang yang mempunyai sifat malu itu akan sentiasa dapat menahan diri dari
melakukan perbuatan yang mungkar yang boleh mendatangkan keaiban pada
dirinya atau orang lain dan menyebabkan nama atau martabatnya tercemar dan
sebagainya. Oleh
yang demikian secara tidak langsung sifat malu dapat membentuk seseorang
itu ke arah kesempurnaan akhlak, sentiasa menjaga adab, tutur kata,
perangai dan kelakuan yang sopan serta mendidiknya untuk suka melakukan
perkara yang baik lagi berkebajikan. Jika kita malu dikatakan sebagai orang yang tidak amanah, kita
pasti akan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menunaikan
janji dan menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita
dengan baik dan sempurna. Jika
kita malu dikatakan penjenayah, pasti kita akan menjauhkan diri kita dari
terjerumus ke dalam perbuatan tersebut.
Seperti mencuri, menagih dadah, minum minuman keras, membunuh, judi
dan bermacam-macam lagi kemungkaran.
Begitu pula jika kita malu untuk dikatakan sebagai seorang yang
tidak beradab, maka kita pasti akan menjaga akhlak kita dan tingkah laku
serta penampilan diri samada dari sudut pakaian, akhlak dan lain-lain. Hakikatnya,
apabila telah hilang atau tiada lagi sifat malu, maka ketika itu tidak ada
lagi segan silu untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan bahkan
sentiasa tunduk mengikut tuntutan hawa nafsu. Tidak
takut hari perhitungan dan pembalasan di hari akhirat serta tidak lagi
akan merasa khuatir terhadap orang lain. Ini kerana hati dan jiwanya telah buta dan rosak, tiada lagi ada
rasa belas kasihan dan kasih sayang. Ahli
Jumaat yang diberkati Allah, Dari itu tanamkanlah ke dalam hati kita sifat malu yang hakiki sebagaimana yang dituntut oleh syara’ dan diajarkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Kerana sifat malu merupakan sebahagian daripada iman dan juga merupakan benteng kita dari terjebak ke dalam kemakisatan dan kemungkaran. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Muhammad, ayat 7 : Tafsirnya
:
|
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|