![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
MENGAPA
DOA TERHIJAB
Sesungguhnya
berzikir dan beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala dan memohon rahmat
dan perlindungannya adalah salah satu jalan atau usaha ke arah mendekatkan
diri kepadanya serta tanda meningkatkan takwa dan keimanan kita kepada
Allah Subhanahu Wataala. Doa
merupakan permohonan atau permintaan terhadap sesuatu sesuai dengan apa
yang dihajati atau memohon perlindungan kepada Allah Subhanahu Wataala
bagi menghindarkan dari bala bencana. Allah Subhanahu Wataala telah memerintahkan hamba-hambanya supaya
sentiasa berdoa dan meminta sesuatu kepadanya sebagaimana Firman Allah
Subhanahu Wataala di dalam surah Al-Mukmin, ayat 60 :- Tafsirnya
: Wahai
kaum muslimin, ketahuilah sesungguhnya berdoa itu amat banyak fadhilatnya,
dengan sentiasa berdoa ianya membuktikan bahawa kita ini adalah makhluk
yang lemah, hina tiada daya serta sentiasa mengharapkan pertolongan dari
Allah Subhanahu Wataala. Di
samping itu kita akan sentiasa berada di sisi Allah Subhanahu Wataala
dengan memperolehi rahmat dan keredhaannya. Dimudahkan dalam segala pekerjaan dan urusan serta dijauhkan dari
bala dan bencana. Dengan
jalan berdoa juga boleh dapat menghilangkan perasaan sombong, bangga diri
dan takabbur kerana mereka yang yakin boleh berjaya dengan usaha sahaja
tanpa perlu berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala adalah tanda orang yang
menyombong diri terhadap Allah Subhanahu Wataala. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Mu’min ayat 60 :- Tafsirnya
: Kelebihan
atau fadhilat berdoa itu amat besar dan banyak sekali, melalui doa,
keampunan dan rahmat Allah Subhanahu Wataala diperolehi dan melalui doa
juga musibah dan kesusahan boleh terhindar. Jika Allah Subhanahu Wataala menghendaki dan memperkenankan doa
hambanya, tiada ada satu kuasa pun yang boleh menghalangnya, dan Allah
Subhanahu Wataala tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah, ayat
186 :- Tafsirnya
: Wahai
kaum muslimin, ketahuilah bahawa orang yang berdoa itu mempunyai kelebihan,
ini jelas dinyatakan di dalam hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
yang bermaksud :- Daripada
Salman Al-Farisi daripada
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya Allah Subhanahu
Wataala itu hidup dan maha pemberi, Allah Subhanahu Wataala malu jika
seseorang mengangkat kedua tangannya kepadanya lalu mengembalikan kedua
tangan orang itu (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi. Berapa
banyak orang berdoa, tetapi pada masa yang sama secara sedar atau tidak
ada di antaranya yang masih melakukan perkara-perkara yang menjadi
penyebab kepada doanya ditolak dan tidak diterima Allah Subhanahu Wataala.
Maka mengetahui perkara yang menjadi punca atau sebab doa tidak
diterima adalah penting, di antaranya :- Pertama
:
Orang yang berdoa itu tidak dicintai oleh Allah Subhanahu Wataala
kerana mengabaikan perintah Allah Subhanahu Wataala dan larangannya. Kecintaan Allah Subhanahu Wataala tidak akan diperolehi kecuali
dengan mendekatkan diri kepadanya. Tiada
cara yang lebih baik dan disukai oleh Allah Subhanahu Wataala melainkan
dengan mengerjakan apa yang diperintahkannya. Kedua
:
Tidak memelihara makan, minum dan pakaian samada ianya berpunca daripada
yang halal ataupun daripada sumber yang tidak halal. Ketiga:
Mengabaikan tanggungjawab mengajak manusia berbuat kebaikan dan
mencegah kemungkaran (amar ma’ruf nahi mungkar). Kemungkaran apa jua bentuknya, yang berlaku di dalam sebuah negara,
adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam mencegahnya mengikut
kemampuan dan kuasa yang ada pada mereka.
Membiarkan kemungkaran berleluasa bukan hanya menyebabkan doa akan
terhijab dan terhalang bahkan akan turut mengundang turunnya bala’ dan
azab Allah Subhanahu Wataala. Keempat
: Tidak bertaubat dan memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang telah
dilakukan. Taubat dan memohon
keampunan Allah Subhanahu Wataala itu adalah pembuka pintu rahmat Allah
Subhanahu Wataala dan menutup pintu azab Allah Subhanahu Wataala di dunia
dan di akhirat. Kelima:
Cepat berputus asa dan mudah menyangka doa tidak dimakbulkan akibat
tidak sabar menghadapi ujian dari Allah Subhanahu Wataala. Keenam:
Tidak bersungguh-sungguh semasa berdoa, hati lalai dan tidak yakin
akan dimakbulkan oleh Allah Subhanahu Wataala. Maka
dari itu sebagai hamba Allah Subhanahu Wataala yang tidak mudah putus asa
serta sentiasa mengharapkan rahmat Allah Subhanahu Wataala di dunia dan di
akhirat, hendaklah kita memperbanyakkan doa kepada Allah Subhanahu Wataala
sepanjang masa, bukan sahaja di waktu susah dan sengara tetapi juga di
waktu senang lenang dan mewah, Insya-Allah, Allah akan memperkenankan doa
kita di saat kita menghadapi kesusahan dan kesulitan. Daripada
Abi Hurairah Radiallahu-Anhu berkata, bersabda Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam yang bermaksud : Barangsiapa suka supaya dimakbulkan
doanya oleh Allah Subhanahu Wataala di waktu kesulitan dan kesusahan, maka
hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu senang. Wahai
kaum muslimin yang diberkati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-A’raaf, ayat 55 – 56 :- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|