![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
BENCANA ALAM
Tafsirnya
: Sesungguhnya
Allah Subhanahu Wataala telah memberi peringatan kepada hambanya tentang
kedatangan hari kiamat yang waktunya kian hampir menemui kita. Hari kiamat
itu ialah hari kehancuran ke atas segala yang dijadikan oleh Allah
Subhanahu Wataala. Di mana tatkala malaikat Israfil meniup sangkakala lalu
bumi pun akan bergoncang dengan dahsyatnya dan akan terus hancur lebur
sehingga tidak ada satu pun makhluk yang terselamat daripada kemusnahan
tersebut. Semua
hamba Allah Subhanahu Wataala akan mati tidak kira yang di langit mahupun
di bumi dan akan dihidupkan semula untuk dihimpunkan di padang Mahsyar
bagi ditimbang segala amal kebajikan dan keburukan
yang telah dilakukan sepanjang hayat mereka di dunia ini. Bagi yang
beriman dan bertakwa, yang segala amal ibadat dan kebajikan mereka
diterima oleh Allah Subhanahu Wataala, lalu dimasukkan ke dalam syurga
yang penuh dengan kenikmataan sebagai ganjaran atas apa yang telah
dilakukannya. Berbeza pula keadaannya bagi mereka yang kufur dan ingkar
dengan suruhan Allah Subahanahu Wataala, di mana mereka akan berada di
dalam ketakutan yang amat sangat dan penuh penyesalan, kerana hukuman yang
bakal menimpa ialah siksa azab neraka jahanam setimpal dengan dosa
kemaksiatan dan keburukan yang telah mereka lakukan di dunia. Kedatangan
hari kiamat telah diceritakan di dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun
sebelum kedatangan hari kiamat tersebut, ianya akan didahului dengan
peristiwa-peristiwa yang dikenali sebagai tanda-tanda hari kiamat, sebagai
peringatan kepada manusia supaya sentiasa mengingati Allah Subahanahu
Wataala dan mengerjakan suruhannya serta dapat menyedarkan manusia yang
masih di dalam kelalaian dari mempersiapkan diri dengan bekalan amal soleh.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Anbiyaa, ayat 1
:- Tafsirnya
: Sidang
Jumaat yang dirahmati Allah, Sungguh
pun ada pendapat bahawa kejadian bencana alam tersebut adalah sebagai satu
fenomena alam, namun kita sebagai umat Islam wajib yakin bahawa fenomena
tersebut adalah daripada kehendak Allah Subahanahu Wataala yang maha kuasa
khusus diturunkan kepada manusia sebagai iktibar dan pengajaran ke atas
kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan serta sebagai peringatan agar
kita insaf dan kembali kepada jalan Allah Subahanahu Wataala. Firman
Allah Subahanahu Wataala dalam surah Ar-Ruum, ayat 41 Tafsirnya
: Walaupun
bermacam-macam bentuk bala’ dan azab telah diturunkan oleh Allah
Subahanahu Wataala melalui kejadian-kejadian bencana alam, namun malangnya
sebilangan kecil manusia masih lagi belum terjaga dan sedar dari kesilapan
yang dilakukan, kemungkaran dan kemaksiatan semakin berleluasa,
seolah-olah hidup ini tidak akan berakhir dan hari kiamat tidak akan
berlaku. Terdapat banyak hadith yang mengaitkan dengan dosa-dosa manusia
yang menjadi punca terjadinya bencana alam di muka bumi ini, antaranya
ialah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :- Dari
Abi Malik Al-Ashari dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
Sesungguhnya akan terdapat segolongan manusia dari umatku yang meminum
arak dan mereka menamakannya dengan nama-nama lain yang sifatnya tetap
arak dan kepala mereka dipenuhi dengan alat-alat muzik (hiburan). Allah
akan menimpakan tanah runtuh kepada mereka dan menjadikan sebahagian
mereka rupa kera dan babi hutan. Apa
yang digambarkan oleh hadith tersebut adalah suatu kenyataan yang menjadi
bukti iaitu apabila sebilangan umat Islam menjadi suka kepada minuman yang
memabukkan dan gemar kepada hiburan-hiburan samada berbentuk pesta,
konsert, nyanyian, muzik dan sebagainya. Dan sesungguhnya lanjutan dari
perbuatan-perbuatan tersebut boleh berlarutan kepada yang lebih buruk
iaitu apabila terjadinya pergaulan bebas yang boleh membawa kepada
perbuatan zina, rogol, bergaduh hatta membunuh. Sungguh
pun bencana alam lebih merupakan bala’ kepada orang yang berbuat jahat
dan kemungkaran tetapi ianya juga merupakan sebagai ujian serta peringatan
kepada orang-orang yang beriman. Ini kerana manusia mudah alfa sekiranya
tidak diuji dan diberi peringatan, maka dengan adanya azab, manusia akan
insaf dan kembali kepada landasan ajaran Agama Islam yang sebenar. Dan
selaku umat Islam yang yakin dan percaya dengan adanya Qada’ dan Qadar
sudah semestinya kita menerima kejadian bencana alam tersebut dengan sabar
dan seterusnya dapat memantapkan lagi keimanan kita kepada Allah
Subahanahu Wataala. Dari
itu wahai kaum muslimin, lengkapkanlah dan persiapkanlah diri kita
dengan Ibadat dan amalan yang
telah dipertanggungjawabkan kepada kita oleh Allah Subahanahu
Wataala. Semoga kita dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan penuh
keimanan dan memperolehi kebahagiaan yang berkekalan di akhirat kelak. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-‘Ankabuut, ayat 64 Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|