![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
SYIRIK
KEPADA ALLAH Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Luqman ayat 13 :- Tafsirnya
: Allah
Subhanahu Wataala maha pengampun dan sentiasa mengampunkan dosa-dosa
hamba-hambanya yang memohon keampunan kecuali dosa menyekutukan Allah
Subhanahu Wataala. Ini
ditegaskan di dalam kitab suci Al-Quran surah An-Nisaa’, ayat 48 :- Tafsirnya
: Selain daripada dosa-dosa orang
yang berlaku syirik itu tidak diampuni oleh Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala juga
mengharamkan ke atasnya syurga. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Maa-idah ayat 72 :- Tafsirnya
:
Ahli
Jumaat yang dirahmati Allah, Dalam
masyarakat kita hari ini, sungguh pun ajaran agama Islam sudah tersebar
luas dan telah dianuti sekalian lama namun masih terdapat sebilangan kecil
umat Islam yang mengamalkan perbuatan-perbuatan karut yang bertentangan
dengan ajaran Islam seperti pemujaan terhadap benda-benda atau makhluk
lain yang ternyata tiada mempunyai kuasa sedikit pun dan berdoa meminta
pertolongan melalui kubur, keris, cincin, batu, kayu atau pungsu dan
percaya kepada benda-benda tersebut mempunyai “keramat” atau kuasa
yang boleh membawa tuah, menambah rezeki dan lain-lain. Wahai
kaum muslimin, Kita umat Islam hanya dituntut
supaya bermohon kepada Allah Subhanahu Wataala. Ini jelas sebagaimana hadith Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam yang bermaksud :-
Daripada Ibni Abbas Radiallahu-Anhu bersabda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Apabila engkau meminta, maka
mintalah kepada Allah, dan apabila engaku memohon pertolongan maka
pohonlah pertolongan itu kepada Allah. (Riwayat
Al-Imam At-Tarmizi). Meminta
atau memohon kepada Allah Subhanahu Wataala merupakan doa, dan doa itu
suatu ibadat. Ibadat hanya dilakukan kepada Allah Subhanahu Wataala, bukan
kepada yang lain yang terdiri daripada makhluk-makhluk Allah Subhanahu
Wataala, apatah lagi kepada benda-benda yang tidak bernyawa seperti batu,
kayu, kubur, pungsu, keris dan lain-lain yang tidak mendatangkan kesan. Maka
adalah menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam supaya sentiasa
berhati-hari terhadap perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik,
lebih-lebih lagi untuk mendapat keuntungan harta atau kemewahan dunia
berbanding dengan akibat yang akan ditanggung berpunca daripada
mengekutukan Allah Subhanahu Wataala kemudian hari. Firman Allah Subhanahu Wataala
dalam surah Yunus, ayat 106 :- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|