![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
Sempena kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita melipat gandakan usaha kita untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala. Kerana pada malam bulan Ramadhan ini terdapat satu satu malam yang dinamakan sebagai ‘lailatul qadar’ iaitu satu malam yang mempunyai keberkatan dan kelebihan yang amat besar. Pada malam itu, Allah Subhanahu Wataala mengurniakan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan kepada umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang melakukan ibadat pada saat tersebut, kerana ibadat yang dilakukan bertepatan dengan malam tersebut akan memperolehi pahala yang berlipat ganda. Perkara ini ada dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Qadr, ayat 3 :- Tafsirnya
: Pada malam lailatul qadar, malaikat turun ke dunia disertai oleh Jibril Alaihissalam untuk memberikan penghormatan kepada orang-orang yang melakukan ibadat serta untuk memberikan salam sejahtera kepada penduduk bumi. Pada malam itu juga, Allah Subhanahu Wataala memberi pengampunan kepada setiap orang yang bertaubat dan dibuka pintu langit bermula dari terbenam matahari hingga ia terbit kembali. Sidang
Jumaat sekalian, Maksudnya
: Di antara alamat atau tanda berlakunya malam lailatul qadar itu ialah malam tersebut berkeadaan sunyi sepi penuh ketenangan serta bercahaya. Suasananya segar tidak panas dan tidak pula sejuk, tetapi sedarhana. Keadaan ini berterusan sehingga terbit fajar. Tanda-tanda yang lain ialah pada waktu pagi, matahari akan naik berwarna putih, tidak memancarkan cahaya atau sinar yang terik. Keadaan ini ada diterangkan dalam sebuah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya
: Bagi seseorang yang ditakdirkan bertemu dengan malam lailatul qadar tersebut, maka hendaklah ia memperbanyakkan doa memohon keampunan daripada Allah Subhanahu Wataala daripada segala dosa yang telah dilakukan sebagaimana yang telah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam sebuah hadith :- Maksudnya
: Wahai
kaum muslimin sekalian, Dalam
sebuah hadith yang maksudnya :- Hadith ini menunjukkan bahawa ibadat yang dilakukan pada malam ‘lailatul qadar’ itu besar ganjarannya. Oleh yang demikian, beruntunglah bagi siapa yang melakukan amal ibadat pada malam ‘lailatul qadar’ itu. Keuntungan yang diperolehinya adalah besar dan tidak ternilai harganya. Oleh yang demikian, wahai kaum muslimin, janganlah kita membiarkan malam ‘lailatul qadar’ itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang usaha untuk merebut peluang yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala. Marilah kita mempertingkatkan amal ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan memperbanyakkan melakukan sembahyang-sembahyang sunat, membaca Al-Quran, berzikir, terutama sekali pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dengan penuh rasa keimanan dan ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wataala. Beruntunglah bagi orang-orang yang memperolehi apa yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala pada malam ‘lailatul qadar’ itu. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Qadr, ayat 1 hingga 5 :- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|