![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
AMALAN-AMALAN
DI BULAN RAMADHAN
Kaum
muslimin yang dirahmati Allah, Bersyukur
kita kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana telah melanjutkan usia kita
dan memberikan kita peluang untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan pada
tahun ini sehingga kita dapat menunaikan ibadat puasa. Sesungguhnya ibadat
puasa itu mempunyai banyak hikmat dan kelebihan-kelebihan, baik dari segi
rohani mahupun jasmani atau pun kemasyarakatan. Oleh yang demikian,
melihat kepada kelebihan yang ada di bulan tersebut, maka sewajarnyalah
kita mengambil kesempatan ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh
serta meningkatkan lagi ibadat kita kepada Allah Subhanahu Wataala ke
tahap yang lebih tinggi agar kita memperolehi ganjaran dan kelebihan bulan
tersebut. Dalam kita menghayati bulan Ramadhan ini, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh terbaik untuk diikuti di mana Baginda memberikan kita bimbingan dan panduan dalam apa jua perkara untuk kebaikan di bulan Ramadhan contohnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada bulan Ramadhan memperbanyakkan membaca ayat suci Al-Quran, kerana ganjaran bagi orang yang membaca Al-Quran itu banyak sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadith Baginda antaranya ialah:- Maksudnya
: Dalam
kita membaca ayat-ayat suci Al-Quran, perlulah juga kita ketahui bahawa
ketika membaca Al-Quran itu perlulah dengan adab dan tatacara yang telah
ditentukan, iaitu membacanya dengan penuh penghayatan, dengan bertajuid
dan sebutan yang betul dan adalah lebih elok juga dibaca tafsir ayat-ayat
tersebut, agar kita memahami maksud apa yang kita baca dan seterusnya kita
akan dapat menghayati dan mengamalkannya. Ahli
Jumaat yang dirahmati Allah, Maksudnya
: Di
samping amalan-amalan tersebut, amalan bersedekah juga adalah suatu
perbuatan yang sangat mulia samada ia dilakukan di bulan lain apatah lagi
jika ianya dikerjakan di bulan Ramadhan, kerana perbuatan tersebut
menunjukkan rasa simpati kita terhadap mereka yang memerlukan khususnya
orang-orang miskin dan anak-anak yatim yang sangat-sangat memerlukan
bantuan kita. Dan itulah juga tanda syukur kita kepada Allah Subhanahu
Wataala di atas limpah rezeki yang dianugerahkan kepada kita. Sabda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya
: Jika
kita amat-amati perbuatan bersedekah itu, ia mempunyai hikmat yang besar
yang berperanan merapatkan hubungan silaturrahim dan boleh menghindarkan
kita daripada perasaan sombong. Bersedekah juga boleh menimbulkan rasa
ingin membantu saudara kita sesama Islam yang memerlukan pertolongan.
Perlu kita sedari bahawa dengan hanya memberikan makanan untuk berbuka
kepada orang yang berpuasa biar pun hanya sekadar makanan yang ringan, itu
pun sudah merupakan sedekah dan inilah satu cara terbaik untuk kita
lakukan pada bulan Ramadhan. Sabda
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya
:
Muslimin
yang dirahmati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah, ayat 187 :- |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|