![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
HARI
PEKHIDMATAN AWAM Kaum
Muslimin yang dirahmati Allah, Tarikh
29 September merupakan tarikh sambutan Hari Perkhidmatan Awam bagi Negara
Brunei Darussalam. Perkhidmaan Awam merupakan nadi utama dan jentera
penggerak program-program pembangunan negara.
Bahkan ia juga merupakan pelaksana dasar dan peraturan kerajaan
bagi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan negara ini, seterusnya bagi
mengujudkan keamanan dan kesejahteraan yang berkekalan. Kerana itu
kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam amatlah diperlukan untuk
memajukan negara ketahap pembangunan yang lebih tinggi.
Tanpa demikian akan menyebabkan program-program pembangunan negara
akan terbangkalai dan lumpuh, dan jika ini berlaku, maka sudah tentu akan
menjejaskan imej perkhidmatan awam. Dalam
hal ini kita semua yang menjadi rakyat negara ini adalah bertanggungjawab
mendokong usaha-usaha yang dijalankan oleh perkhidmatan awam supaya dapat
memajukan negara kita ke arah kecemerlangan. Tidak
dapat dinafikan bahawa keberkesanan perkhidmatan awam amat bergantung
kepada kualiti sumber tenaga manusia. Tanpa kualiti tersebut, perkhidmatan awam tidak akan berjaya dan
apa pun jua hasrat dan usaha untuk memajukan negara tidak akan tercapai.
Kerana itu sumber tenaga manusia yang diperlukan hendaklah
benar-benar mempunyai kualiti dan memiliki ciri-ciri yang digariskan dalam
Islam sebagaimana yang diajarkan dalam kitab suci Al-Quran dan Sunnah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Di antaranya ialah bersifat jujur
dan amanah, sabar dan ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala. Kerana dengan itu kita akan sentiasa taat dan patuh dan merasa
bertanggung jawab untuk melaksanakan tugas dengan lebih sempurna sehingga
menjadikan kita pekerja yang berdidikasi, rajin, patuh pada undang-undang
dan etika kerja serta tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh
menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita. Oleh
itu jauhkan diri kita dari sifat-sifat yang keji dan dibenci seperti
khianat, zalim, pilih kasih, tamak dan dengki.
Jika sifat-sifat tersebut menguasai diri kita, maka akan berlakulah
perpecahan dengan rakan sekerja dan pada ketika itu hilanglah sifat
kerjasama. Jika keadaan ini
terjadi, sudah tentu negara akan mengalami kerugian yang besar kerana
sudah pasti program-program yang telah dirancang serta pembangunan yang
sedang atau akan dilaksanakan tidak dapat berjalan dengan lancar dan
sempurna, bahkan akan terbangkalai. Wahai
kaum muslimin, Maksudnya
: Untuk
membina suasana kerja yang harmoni pula, kita harus mengamalkan kerja
secara berpasukan iaitu mengamalkan budaya saling hormat-menghormati,
bantu-membantu, bertolak-ansur, bersefahaman, bersikap terbuka dan
mengelakkan sikap buruk sangka. Kerana jika perhubungan antara pekerja tidak baik dan
bermasalah, maka sudah pasti akan timbul pertengkaran, tiada percaya
mempercayai dan bermasam muka di antara satu sama lain. Yang akhirnya membawa kepada berlakunya fitnah dan bermacam-macam
lagi masalah seperti sifat iri hati, dengki dan buruk sangka yang mana
semua ini akan menggugat kestabilan sesebuah jabatan kerajaan. Dalam
menjalankan semua tugas yang diamanahkan, kita sangat-sangat memerlukan
kepada keimanan. Kerana
dengan keimanan sahajalah seseorang itu dapat menjalankan tugasnya dengan
berpandukan ajaran-ajaran Agama Islam. Perkara ini pernah dititahkan oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Raya Aidil-Adha
pada 11 Februari 2003, antara lain baginda bertitah: Peranan
iman dapat menyempurnakan segala urusan dan bahkan meluruskan semua
pekerjaan. Seseorang pekerja
yang beriman adalah pekerja yang paling efisien, kerana iman itu telah
memandunya untuk melaksanakan segala tugas dengan rajin dan betul. Dia tidak membuang masa atau membuat kerja secara sambil lewa,
kerana semua itu adalah berdosa dan boleh mengundang kepada kemurkaan
Allah. Demikianlah indahnya
iman itu, sekiranya semua kita memilikinya, sudah barang setentunya tidak
akan berbangkit masalah ketandusan mutu kerja di kalangan para pegawai
atau pekerja, samada di sektor awam atau pun sektor swasta dan malah tidak
berbangkit masalah keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat. Wahai
kaum muslimin, Maksudnya
: Muslimin
yang dirahmati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah, ayat 105:- |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|