![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
Sebagaimana
yang sama-sama kita maklumi bahawa beberapa bulan yang lalu, beberapa buah
negara di dunia ini telah dilanda oleh wabak penyakit yang amat merbahaya
dan boleh membawa maut kepada pengidapnya dalam jangka masa yang singkat
dan cepat, penyakit tersebut ialah SARS. Menyedari
betapa bahayanya penyakit ini, berbagai langkah telah diusahakan dan
dijalankan. Di negara kita Brunei Darussalam, kita telah mengadakan
sembahyang sunat hajat pada setiap sembahyang lima waktu dan sembahyang
Jumaat dan membaca qunut nazilah pada setiap sembahyang Jumaat di seluruh
masjid, surau dan balai ibadat. Wahai
kaum muslimin, Maksudnya
: Kita
sebagai hamba Allah di muka bumi ini sangat lemah dan memerlukan
pertolongan daripadanya. Sebagai
orang yang beriman, kita hendaklah percaya dan yakin bahawa kita tidak ada
daya upaya jika tidak dengan pertolongan Allah Subhanahu Wataala. Maka di sinilah fungsi dan pentingnya doa itu kepada kita. Doa
merupakan pengakuan terhadap kelemahan dan kekurangan diri kita sebagai
makhluk Allah Subhanahu Wataala. Doa juga merupakan perisai yang boleh
menghindarkan bala dan musibah. Para
pakar jiwa pernah menyatakan bahawa penyembuhan tekanan jiwa dan
penyakit-penyakit rohaniah ialah bergantung dengan adanya pengakuan yang
terus terang dari pesakit atau pengidapnya kepada doktor perawatnya. Bayangkan ini baru pengakuan
terhadap sesama manusia. Bagaimanakah pula jika
pengakuan kita kepada Allah yang maha
berkuasa yang menciptakan kita, sudah tentu jiwa akan merasa lebih
tenteram dan tenang. Ini jelas dijanjikan Allah Subhanahu Wataala dalam
surah Al-Ra’d, ayat 28 :- Tafsirnya
: Dalam
hubungan ini keimanan yang mantap dan kuat terhadap Allah Subhanahu
Wataala juga memainkan peranan yang sangat penting dan penyebab kepada doa
kita dimakbulkan. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah, ayat 186 :- Tafsirnya
: Ahli
Jumaat sekalian, Tafsirnya
: Alhamdulillah
doa yang kita panjatkan kepada Allah Subhanahu Wataala dan kita memohon
perlindungannya daripadanya di samping usaha-usaha yang telah dijalankan
oleh semua pihak yang berkenaan, negara kita telah selamat dari bala
bencana dan wabak penyakit yang boleh membunuh itu. Muslimin
yang dirahmati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zumar, ayat 49 :- |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|