Misi
---------------------
 Matlamat
---------------------
 Peranan
---------------------
 Strategi
---------------------
 Struktur
 Organisasi

---------------------
 Piagam
 Pelanggan

---------------------
 Teks Khutbah
---------------------
 Waktu
 Sembahyang

---------------------
 Masjid-Masjid
 Di Brunei

---------------------
 Maklumbalas
---------------------

16 Safar 1424/18 April 2003

REZEKI HALAL

 
Ahli Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan lagi rasa takwa kepada Allah Subhanahu Wataala dengan benar-benar ikhlas dan tawaduk  iaitu dengan mengerjakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.  Kerana dengan cara ini sahajalah kita akan selamat di dunia mahu pun di akhirat kelak.

Kaum muslimin yang berbahagia,
Sebagai hamba Allah Subhanahu Wataala yang beragama Islam yang benar-benar beriman kepada Allah Subhanahu Wataala dan rasulnya, kita diwajibkan bergiat dan berjuang di dalam kehidupan untuk mencari rezeki yang halal bagi keperluan diri, keluarga dan lainnya yang ada di muka bumi ini menurut bakat masing-masing.  Agar semua rezeki yang kita perolehi itu adalah melalui hasil yang kita usahakan.  Allah Subhanahu Wataala telah berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 10 :-

Tafsirnya :
Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah.”

Seberapa banyak pun rezeki yang kita cari dan perolehi di dunia ini tidaklah menjadi larangan di dalam Islam asalkan jangan sampai mencuaikan perintah Allah Subhanahu Wataala dan melanggar larangan-larangan Allah Subhanahu Wataala.  Rezeki kita itu sebenarnya adalah hak Allah Subhanahu Wataala dan Allah Taala yang maha pengasih lagi maha penyayang sahajalah yang mengurniakan rezeki kepada siapa yang dikehendakinya mengikut aturan yang telah ditetapkan.  Oleh itu, seseorang yang mencari rezeki itu hendaklah berniat untuk memelihara agamanya, untuk mencukupi dirinya supaya tidak meminta-minta kepada orang lain dan untuk mendapatkan rezeki ahli rumahtangganya kemudian jika ada lebih maka disedekahkan pula kepada orang-orang yang berhajat.

Sidang Jumaat sekalian,
Semua bidang pekerjaan yang kita ceburi di dunia ini samada kita berkhidmat dengan kerajaan mahupun swasta atau sebagai peniaga, petani, nelayan, buruh dan sebagainya hendaklah memastikan bahawa rezeki yang kita dapatkan itu betul-betul halal dan tidak menyimpang dari landasan hukum Islam yang sebenarnya, seperti tidak ada penipuan, penindasan, rampasan, khianat, riba, rasuah dan sebagainya.

Rasulullah Sallalllahu Alaihi Wasallam telah bersabda dalam sebuah hadith baginda yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari :-

Maksudnya :
Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu  berkata Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Akan ada suatu zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi memperdulikan apa yang diambilnya (rezeki yang diterima olehnya) apakah dari yang halal atau dari yang haram.

Setiap rezeki yang kita perolehi dari jalan yang salah atau pun bercampur antara yang halal dan yang haram akan memberikan kesan yang tidak baik, baik pada diri kita sendiri, keluarga, masyarakat mahu pun kita dengan Allah Subhanahu Wataala.

Ini jelas digambarkan dalam hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : 

Dari Ibnu Umar Radiallahu-Anhuma katanya :  Barangsiapa yang membeli pakaian dengan harga sepuluh dirham, satu dirham di antaranya wang yang haram, maka Allah Taala tidak akan menerima solatnya selama pakaian itu masih dipakainya.  Kemudian Ibnu Umar memasukkan kedua jarinya ke dalam dua telinganya, lalu berkata:  biarkanlah telinga ini tuli kalau tidak mahu mendengarkan kata-kata dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ini.  (Hadith riwayat dari Imam Al-Bukhari).

Dari keterangan hadith yang tersebut tadi dapatlah kita buat kesimpulan bahawa kita wajiblah berhati-hati dalam mencari dan mendapatkan rezeki itu, apalah gunanya kita mempunyai kekayaan di dunia ini tetapi segala ibadat dan amal bakti kita kepada Allah Subhanahu Wataala tidak diredhainya.  Disebabkan kita terlalu rakus di dalam mencari harta hingga mencampur adukkan antara yang hak dan yang bathil.  Na'uuzu Billahhi Min Zalik.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Semasa Saiyidina Abu Bakar Radiallahu-Anhu menjadi khalifah pernah terjadi suatu peristiwa terhadap dirinya yang boleh dijadikan iktibar dan panduan kepada kita selaku hamba Allah yang sangat dhaif ini.  Iaitu ketika Saiyidina Abu Bakar Radiallahu-Anhu makan suatu makanan, lalu hambanya memberitahu bahawa makanan yang dimakannya itu adalah hasil yang diterimanya daripada pekerjaannya sebagai tukang tilik, sebelum dia masuk Islam.  Lantas Saiyidina Abu Bakar Radiallahu-Anhu mengeluarkan makanan tersebut seberapa yang boleh hinggakan memuntahkan semua makanan yang ada di dalam perutnya, lalu ditegur, mengapa Saiyidina Abu Bakar Radiallahu-Anhu sanggup berusaha mengeluarkan makanan tersebut, Saiyidina Abu Bakar berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 
Badan yang tumbuh subur dengan makanan yang haram pasti akan merasai api nereka.  Oleh kerana itu aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku.  Begitulah kisahnya tentang Saidina Abu Bakar yang sangat teliti tentang halal haramnya rezeki yang dimakannya.

Oleh yang demikian wahai kaum muslimin sekalian selaku pengguna dan juga peniaga dan sebagainya, kita hendaklah berhati-hati dalam mencari rezeki ini, jangan sampai kita tercebur kepada perkara yang haram seperti memakan makanan yang haram ataupun menjual barang-barang yang haram dan diragukan kehalalannya.

Hindarkanlah diri kita dari memakan yang haram itu kerana orang yang memakan makanan yang haram itu api neraka lebih utama baginya sebagaimana sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:-

Maksudnya :
Tidak akan memasuki syurga, daging yang tumbuh daripada yang haram, api neraka lebiih utama baginya
.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nahl, ayat 114 :- 

Tafsirnya :
Oleh itu, makanlah wahai orang-orang yang beriman dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah, jika benar kamu hanya menyembahnya semata-mata.


|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid | Maklumbalas ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||