![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
NIKMAT SYURGA
Muslimin
yang berbahagia, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Fat-h ayat 17 :- Tafsirnya
: Maka
sudah setentunya tempat abadi yang kita inginkan adalah syurga.
Tidak dapat dinafikan semua umat manusia pasti mahukan tempat yang
selesa lagi menyenangkan sebagai tempatnya bersenang-senang di hari
akhirat nanti. Ini kerana
para penduduk syurga akan hidup dalam penuh kenikmatan dan kesenangan
dengan wajah yang berseri-seri serta akan sentiasa merasa aman dan damai.
Bahkan juga masalah sakit atau menjadi tua dan mati tidak akan
timbul kerana perkara tersebut tidak akan terjadi di syurga. Betapa
bahagianya kehidupan di syurga. Keindahannya
dihiasi dengan pohon buah-buahan yang lazat rasanya, sungai yang sentiasa
mengalirkan air yang bersih bahkan terdapat juga sungai yang mengalirkan
air susu, madu serta khamar yang tidak memabukkan.
Bangunan-bangunannya pula tersergam indah yang diperbuat dari emas
dan perak serta dihiasi pula dengan kilauan batu-batu mutiara dan permata.
Hamparan permaidani sutera juga turut menghiasi taman syurga. Begitu juga dengan kehadiran bidadari-bidadari yang cantik
yang disediakan untuk penghuninya. Sesungguhnya
di syurga terdapat apa yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh
telinga dan dirasa oleh hati dan jiwa. Itulah dia di antara kenikmatan yang bakal diterima dan
dinikmati oleh orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah
Subhanahu Wataala. Muslimin
yang dirahmati Allah, Sebagai
contoh kita menunaikan solat fardhu tetapi tidak cukup waktunya seperti
solat Suboh yang ditinggalkan atau pun pada masa yang sama meninggalkan
kewajipan yang lain seperti tidak membayar zakat harta pada hal kita mampu
dan telah memenuhi syarat wajib zakat harta. Sesungguhnya
kebahagiaan di syurga jauh lebih indah jika dibandingkan dengan
kebahagiaan yang kita miliki kini. Dari
itu rebutlah peluang selagi masih diberi kesempatan. Terdapat banyak amalan yang dapat membantu kita untuk
menempatkan diri di syurga, iaitu setelah kewajipan fardhu kita sempurna
dilaksanakan, kita buatlah perkara yang baik seperti sedekah, wakaf atau
ringan tulang dan suka membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Bahkan menjaga hubungan baik silaturrahim juga amat digalakkan
khasnya di kalangan keluarga, sahabat dan jiran-jiran tetangga kita. Biarpun begitu, jangan pula dalam usaha kita mencari keredhaan
Allah Subhanahu Wataala kita selitkan sifat-sifat yang tercela yang mana
akibatnya boleh mencacatkan ganjaran pahala yang bakal diperolehi.
Mithalnya kita bersedekah tetapi jika niat untuk membangga diri
atau ria atau mendapat pujian, maka sia-sialah perbuatan tersebut. Dari
itu bersihkanlah jiwa dan hati kita dari segala macam sifat yang buruk
semoga amal ibadat yang kita lakukan mendapat ganjaran pahala seperti yang
dikehendaki. Dan selanjutnya
akan dapat menikmati kebahagiaan yang kekal bersama orang-orang yang
beriman di syurga kelak, amin. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ar-Rad ayat 35 :- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|