![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
Beberapa
hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Rabiulawal, bulan kelahiran
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ulangtahun kelahiran baginda dirayakan dengan penuh penghormatan
dan penghayatan dengan mengadakan ajaran-ajaran keagamaan di seluruh
negara. Walau pun kelahiran baginda jatuhnya pada 12 Rabiulawal,
namun sambutan yang dibuat bukan hanya pada hari tersebut. Sebaliknya diadakan mulai awal bulan hinggalah kadang-kadang
berlarutan ke bulan Rabiulakhir. Dalam
sambutan tersebut akan berkumandanglah Dikir Maulud Syarafil Annam yang
kelazimannya disebut orang kitani Brunei sebagai Dikir Maulud. Perkataan
zikir berasal dari bahasa arab yang bermaksud “mengingati.”
Selaras dengan itu, Dikir Maulud merupakan satu ajaran bagi
mengingati peristiwa kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
yang disemarakkan dengan pembacaan riwayat kelahiran baginda riwayat hidup
baginda di zaman kanak-kanak dan keistimewaan sifat dan budi pekerti
baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. “Dikir
Maulud” adalah merupakan perkara yang sudah sebati dalam kehidupan
sosial masyarakat melayu Islam Brunei. Ia bukan sahaja diadakan sempena sambutan
memperingati kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu
Alaihi Wasallam , bahkan juga diadakan pada perayaan seperti majlis
perkahwinan, menyambut kelahiran anak, majlis khatam Al-Quran, meraikan
saudara-saudara baru, maka bergemalah dikir maulud, sebagai melahirkan
rasa kesyukuran dan kegembiraan. Namun
di akhir-akhir ini, timbul beberapa dakwaan yang menyatakan bahawa kitab
dikir maulud syarafil anam menyebutkan beberapa perkara yang boleh
memesongkan akidah dan iman seseorang.
Dakwaan-dakwaan tersebut telah disebarluaskan melalui
risalah-risalah yang diletakkan di beberapa tempat oleh orang yang tidak
bertanggungjawab dengan tujuan untuk menimbulkan kekeliruan masyarakat.
Perbuatan seperti ini menunjukkan ketidak jujuran dan mempunyai
niat yang tidak baik yang boleh memecah belahkan umat Islam di negara ini. Perbuatan seperti ini perlu dijauhi oleh semua orang yang
berakhlak mulia. Adalah lebih
baik jika sekiranya seseorang yang mempunyai kemusykilan itu merujukkan masalahnya kepada pihak yang berkenaan bagi
mendapatkan penjelasan mengenainya. Sebagaimana
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Anbiyaa’, ayat 7 :- Tafsirnya
: Ahli
Jumaat yang diberkati Allah, Pertama
:
Puji–pujian yang terkandung dalam Dikir Syarafil Anam menyebabkan
seseorang itu menyerupakan atau menyamakan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam dengan Allah Subhanahu Wataala iaitu menyerupakan makhluk dengan
khalik sebagai “Penghapus Dosa” “tempat
bernaung dan tempat meminta” dan “tempat memohon segala hajat”. Dakwaan
Kedua : Bertawassul dalam doa
dengan kaedah yang tidak disyariatkan iaitu meminta dengan kemuliaan
seseorang, walau pun kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Dakwaan
Ketiga : Cerita-cerita ganjil
semasa ibu Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mengandungkan Baginda. Dari kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap dakwaan-dakwaan yang disebarkan itu, maka dapatlah kita simpulkan seperti berikut :- Syair
yang terdapat dalam buku Dikir Maulud Syarafil Annan hanyalah bahasa
kiasnya yang bertujuan untuk mengagungkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi
Wasallam sebagai pesuruh Allah yang membawa rahmat ke seluruh alam semesta
ini. Sebagaimana Firman Allah
Subhanahu Wataala dalam surah Al-Anbiyaa’, ayat 107 :- Tafsirnya
: Perlu diingat pengagungan yang tidak sampai mempertabatkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai Tuhan adalah diharuskan. Ketahuilah wahai kaum muslimin Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam memang memiliki kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah melebihi makhluk yang lain. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tarmizii dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :- Maksudnya
: Sementara bertawassul dengan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selepas kewafatan baginda, sebahagian ulama dari Ahli Sunnah Wal-Jemaah mengharuskan bertawassul itu asalkan tidak menganggap baginda mempunyai kuasa memberi sesuatu yang dipinta dan boleh menolak sesuatu bala. Maksud tawassul itu ialah meminta sesuatu hajat atau sesuatu kemahuan daripada Allah Subhanahu Wataala dengan melalui perantaraan. Tawassul Syafaat dan Instighasah semuanya mempunyai makna yang sama. Iaitu bertabarruk dengan kekasih Allah Subhanahu Wataala. Ini bukanlah bermakna bahawa orang yang bertawassul berkeyakinan apa yang ditawassulkan dengannya (seperti nabi atau lainnya) dapat memberi kesan. Kerana tiada yang dapat memberi kesan kecuali Allah Subhanahu Wataala. Yang lain hanyalah sebagai sebab musabab sahaja. Menurut Al-Quran dan hadith tiada sesiapa pun yang memiliki syafaat dengan sepenuhnya kecuali Allah Subhanahu Wataala dan tiada siapa pun yang boleh memberi syafaat atau mendapat syafaat kecuali hanya dengan izin dan kehendak Allah Subhanahu Wataala sebagaimana firmannya dalam surah An-Najm, ayat 26 :- Tafsirnya
: Ahli
Jumaat sekalian, Marilah kita menghidupkan bulan Rabiulawal dengan membaca Dikir Maulud Syarafil Anam yang mana di dalamnya tercatat kisah dan peristiwa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang akan meningkatkan rasa cinta yang lebih mendalam kepada baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerana disebalik kisah-kisah perjuangan baginda itu tersirat berbagai-bagai peristiwa yang boleh menjadi suri taladan dalam kehidupan kita sebagai umat Islam. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Fat-h, ayat 28 :- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|