![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
PERDAMAIAN
DAN PENYAKIT SARS
Ahli
Jumaat yang dirahmati Allah, Apa
yang kita lihat setiap hari di media elektronik dan media massa mengenai
kesan yang berlaku dari peperangan tersebut, banyak kemusnahan telah
terjadi, bangunan-bangunan banyak yang hancur, ekonomi lumpuh, banyak
manusia yang tidak berdosa terkorban, banyak kerugian dan kemusnahan
terpaksa ditanggung oleh negara yang diserang. Memandangkan
kesan-kesan tersebut itulah sebabnya Islam tidak membenarkan melakukan
keganasan dan kekejaman dengan tujuan supaya keselamatan dan kesejahteraan
umat manusia akan sentiasa terpelihara. Inilah ciri-ciri keistimewaan
ajaran Islam yang sentiasa memikirkan keadaan umatnya supaya hidup di muka
bumi ini dengan aman damai. Perkara ini jelas terbukti dari prinsip yang
diamalkan dalam Islam iaitu untuk tidak melakukan pembunuhan terhadap sesiapa jua dengan sewenang- wenangnya. Sidang
Jumaat sekalian, Agama
Islam melarang peperangan, peperangan yang bersifat meluaskan pemerintahan
dan pengaruh. Dalam hal ini Allah Taala berfirman dalam surah al-Qasas
ayat 83 :- Tafsirnya
: Islam
juga melarang peperangan yang bersifat hendak membuat kehancuran dan
pemusnahan, sebagaimana firman Allah Subahanahu Wataala dalam surah al-A’araf
ayat 56 : Tafsirnya
: Muslimin
yang dirahmati Allah, Pertama :
Di waktu hendak mempertahankan diri dari serangan, sebagaimana firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah, ayat 190 : Tafsirnya : Kedua
: Di waktu mempertahankan diri dari penganiayaan dan penindasan,
sebagaimana firman Allah
Taala dalam surah An-Nisaa’, ayat 75 : Tafsirnya
: Ketiga
: Di waktu mempertahankan kemerdekaan beragama, sebagaimana firman Allah
Subhanahu Wataala dalam surah al-Anfal, ayat 89 : Tafsirnya
: Ahli
Jumaat sekalian, Tafsirnya
: Perkara
ini juga jelas digambarkan dalam maksud hadis Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam : perbandingan
orang Islam dalam hal kemesraan dan kasih sayang di antara mereka bagaikan
sebatang tubuh yang satu, apabila mengadu sakit salah satu anggota, turut
menderita seluruh anggota badan yang lain dan berjaga malam dan demam.
(Hadith Riwayat Al-Imam Al-Bukhari Muslimin
yang dirahmati Allah, Menyedari
amat merbahaya penyakit ini yang sekaligus boleh meragut nyawa dalam
tempoh atau kadar yang cepat kepada pengidapnya, maka pihak-pihak yang
bertanggungjawab telah menasihati kita untuk mengelak dari pergi ke
kawasan-kawasan yang terlibat melainkan benar-benar perlu. Bagi mereka
yang tidak dapat menangguhkan perjalanan mereka, adalah dinasihatkan untuk
mengelak dari pergi ke tempat-tempat yang sesak dan dinasihatkan untuk
meningkatkan daya ketahanan tubuh badan dan memastikan kita mendapat rehat
yang cukup, permakanan dan latihan yang sempurna. Di
samping itu peranan kita sendiri dan orang ramai adalah penting dalam
usaha kita menghindarkan diri dari dijangkiti penyakit yang boleh membawa
kematian dan cukup menakutkan ini. Kita hendaklah mengutamakan dan
mementingkan soal-soal kesihatan serta tidak mengunjungi negara-negara
yang terlibat melainkan benar-benar perlu kerana berjaga-jaga itu adalah
lebih baik dari pemulihan. Ahli
Jumaat yang diberkati Allah, Sehubungan
dengan itu, atas dasar persaudaraan kita sebagai umat Islam, kita adalah
bertanggungjawab memberi pertolongan yang termampu kepada
saudara-saudara Islam kita yang ditimpa kesusahan seperti mendoakan mereka
terselamat dari merbahaya peperangan dan juga berdoa supaya negara kita
terhindar dari wabak penyakit SARS. Berikutan
dengan kebimbangan-kebimbangan yang sedang menimpa umat Islam, khasnya
kebimbangan-kebimbangan mengenai peperangan yang sedang berlaku di Iraq
dan merebaknya wabak penyakit SARS di beberapa buah negara, maka semua
masjid, surau dan balai ibadat seluruh Negara Brunei Darussalam telahpun
mengadakan Sembahyang Sunat Hajat pada setiap Sembahyang Fardhu dan
Sembahyang Jumaat serta bacaan Qunut Nazilah pada setiap Sembahyang Fardhu
Jumaat. Di samping itu juga kita boleh melakukan Sembahyang Sunat Hajat
itu di rumah secara bersendirian atau berjemaah dengan keluarga. Oleh
yang demikian, marilah kita sentiasa berdoa ke hadrat Allah Subhanahu
Wataala supaya kita umat Islam seluruhnya terselamat dari merbahaya
peperangan dan terhindar dari wabak penyakit SARS. Mudah-mudahan amal
ibadat yang kita lakukan dan doa yang kita pohonkan melalui sembahyang
Hajat dan Qunut Nazilah yang kita baca akan dimakbulkan oleh Allah
Subhanahu Wataala. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ar-Ruum, ayat 41 : Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|