![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
KEBERSIHAN
Kesihatan
adalah nikmat yang sangat berharga dan hendaklah disyukuri dan dijaga.
Tiada siapa pun yang mahu dirinya menderita sakit bahkan kalau boleh
setiap orang mahu sihat sepanjang masa.
Kerana itu sering dikatakan bahawa memiliki tubuh badan yang sihat
adalah lebih berharga daripada memiliki harta yang banyak.
Kesihatan sangat berkaitan rapat dengan kebersihan, baik kebersihan
hati dan jiwa, mahu pun kebersihan diri, pakaian, tempat dan alam sekitar. Melihat
betapa pentingnya kebersihan dalam kehidupan manusia, maka agama Islam
amat menitikberatkan kebersihan rohani mahupun jasmani. Kebersihan
merupakan faktor yang utama sebelum melakukan sebarang apa jua pekerjaan
khususnya sebelum melakukan ibadat kepada Allah Subhanahu Wataala.
Contohnya sebelum melakukan ibadat sembahyang, kita diwajibkan
berwudhu’ terlebih dahulu, dan ketika sembahyang kita hendaklah sentiasa
berada dalam keadaan suci dan bersih tubuh badan, pakaian dan tempat kita
bersembahyang. Allah
Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Maa-idah ayat 6 : Tafsirnya
: Dari ayat yang dibacakan tadi jelas kepada
kita bahawa kebersihan adalah sesuatu yang amat penting. Ketahuilah bahawa
sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala amat suka kepada orang yang berada
dalam keadaan bersih sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam
surah Al-Baqarah ayat 222: Tafsirnya
: Muslimin
yang dirahmati Allah, Maksudnya
: Kita
patut bersyukur kerana negara kita amat indah dengan kehijauan alam semula
jadi. Bahkan pihak-pihak yang berkenaan juga telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk memelihara keindahan dan kecantikan bandar, pekan,
tempat-tempat awam dan sebagainya. Oleh
itu sama-samalah kita menjaga keindahan tersebut dari dicemari oleh
kekotoran seperti sampah yang dibuang di merata-rata tempat, di tepi-tepi
jalan, di longkang-longkang, di sungai-sungai, belakang bangunan dan
sebagainya. Jadikanlah diri
kita orang-orang yang tahu menghargai usaha-usaha yang telah dilaksanakan
oleh pihak-pihak yang berkenaan dengan menggunakan segala kemudahan dan
tempat-tempat pembuangan sampah yang telah disediakan dengan
sebaik-baiknya. Perkara
menjaga kebersihan ini telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
sempena Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam kali ke-15 yang
diadakan pada 11 September yang lalu, antara lain baginda bertitah : “Contohnya
kita bercakap mengenai patriotisme, tetapi dalam masa yang sama, sampah
sarap masih tidak ditangani dengan sempurna, masih dibuang merata-rata
yang boleh mencemarkan negara”. Ini jelas menunjukkan keperihatinan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam mengenainya, jangan sampai mencemarkan nama baik negara
khususnya kepada para pelawat dan pelancong yang datang ke negara ini. Ahli
Jumaat sekalian, Firman
Allah Subahanahu Wataala dalam surah Al-Muddasir ayat 4 – 5 : Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|