![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
IKTIKAF
Muslimin
yang berbahagia, Islam
menyediakan banyak jalan bagi umatnya untuk mencari ketenangan jiwa yakni
mengurangkan perasaan yang tidak senang yang bersarang di hati atau di
jiwa individu. Ketenangan
hati bagi seseorang insan adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai
harganya, yang sepatutnya tidak diabaikan bahkan hendaklah dijaga dan
dipelihara, kerana itu pohonlah kepada Allah Subhanahu Wataala supaya
dikurniakan hati yang tenang, jauh dari ketegangan. Banyakkanlah
berzikir kepada Allah Subhanahu Wataala, memuji, memohon keampunan dan
keredhaannya. Itulah cara mendapatkan ketenangan.
Jangan mencari ketenangan dengan perkara yang dilarang dan
diharamkan oleh Allah Subhanahu Wataala seperti memakan dadah, meminum
arak dan bermacam-macam lagi kemungkaran yang ditegah dan dilarang, kerana
semua itu bukan jalan penyelesaian masalah tetapi sebaliknya akan
mendatangkan masalah dan padah terhadap diri sendiri, keluarga dan
masyarakat bahkan negara. Salah
satu cara dan penawar bagi mengubati jiwa dan hati ialah dengan
banyak-banyak mengingat Allah Subhanahu Wataala sebagaimana firman Allah
Subhanahu Wataala di dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 : Tafsirnya
: Cara
yang mudah dan ringan untuk memperolehi ketenangan ialah dengan jalan
beriktikaf. Kaum
muslimin yang dirahmati Allah, Apabila
seseorang itu beriktikaf dengan tulus ikhlas kerana Allah Subhanahu
Wataala dengan niat bagi mendapatkan ketenangan, Insya Allah, Allah
Subhanahu Wataala akan mengurniakan ketenangan jiwa untuk menghadapi hidup
ini. Oleh
itu, sebelum melangkahkan kaki ke masjid untuk beriktikaf, maka kita
hendaklah mempersiapkan diri kita secara zahir dan batin dengan menumpukan
perhatian sepenuhnya kepada Allah Subhanahu Wataala. Perlulah
diketahui bahawa amalan-amalan yang sangat baik untuk dilakukan semasa
beriktikaf ialah sembahyang, berzikir, bertahlil iaitu mengucap ‘La
ilaha illallah’, bertahmid iaitu mengucap Al-hamdulillah, bertasbih
iaitu mengucap Subhanallah, berdoa, membaca Al-Quran, belajar, mengajar
dan sebagainya. Itulah di antara cara bagi melatih jiwa dan fikiran untuk
mengingati Allah Subhanahau Wataala. Sidang
Jumaat yang berbahagia, Maksudnya
:
Sidang
Jumaat sekalian, Pertama
: Kedua
: Ketiga
: Keempat
: Wahai
kaum muslimin, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah ayat 125 : Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|