Misi
---------------------
 Matlamat
---------------------
 Peranan
---------------------
 Strategi
---------------------
 Struktur
 Organisasi

---------------------
 Piagam
 Pelanggan

---------------------
 Teks Khutbah
---------------------
 Waktu
 Sembahyang

---------------------
 Masjid-Masjid
 Di Brunei

---------------------
 Maklumbalas
---------------------

28 Syaaban 1424/24 Oktober 2003

KEDATANGAN BULAN RAMADHAN


Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhannya, dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya memanglah benar sebagaimana yang dikatakan bahawa masa itu emas, dan masa itu umpama pedang, kalau kita tidak memotongnya ia akan memotong kita.  Contohnya saja ramadhan tahun 1423 yang lalu terasa baru sahaja ditinggalkan dan kini ramadhan 1424 menjelang pula, dan kita akan menyambut kedatangannya tidak lama lagi di mana kita diwajibkan berpuasa selama sebulan.  Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah ayat 183 :

Tafsirnya :
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertakwa.

Bulan Ramadhan bulan penuh rahmat, bulan pengampunan, bulan yang banyak kelebihan-kelebihan antaranya ialah Allah Subhanahu Wataala telah menurunkan kitab Suci Al-Quran yang menjadi hidayat kepada umat Islam, yang membawa kita dari alam kegelapan kepada cahaya kebenaran, dari kebathilan kepada kebenaran.  Di bulan ini juga berlakunya malam lailatul-qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.  Pada bulan ini jugalah pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka akan ditutup. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :

Maksudnya :
Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu berkata:  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:  jika masuk bulan Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu langit, dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu.  [Riwayat Al-Imam Al-Bukhari].

Muslimin yang dirahmati Allah,
Bersyukurlah dan bergembiralah kita menyambut kedatangan Ramadhan ini, dengan hati yang terbuka kerana masih berkesempatan menemui ramadhan dan menunaikan ibadat puasa agar kita dapat menikmati kelebihan-kelebihan serta ganjaran pahala yang berlipat ganda yang hanya akan kita perolehi di bulan ramadhan dan tidak diperolehi di bulan-bulan lain.  Sebagaimana hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :

Maksudnya :
Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu berkata : Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Segala amalan anak Adam dilipatgandakan pahalanya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda.  Allah berfirman:  kecuali puasa, puasa itu untuk Ku dan aku memberikan pembalasan pahala kepadanya : Ia telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya lantaran aku.  “seorang yang berpuasa memperolehi dua kesenangan.  Kesenangan di kala berbuka dan kesenangan dikala menemui Tuhan Nya.  Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada  bau kasturi.”

Memandangkan kelebihan dan ganjaran yang banyak dan begitu besar yang akan diperolehi di bulan Ramadhan itu, maka orang-orang yang beriman tidak akan melepaskan peluang beribadat dan beramal soleh dengan sebanyak-banyaknya. Tetapi sebaliknya ada di antara manusia yang merasakan kedatangan bulan Ramadhan itu sebagai bulan yang menyiksakan kerana terpaksa berlapar dahaga.

Wahai kaum muslimin,
Sebagaimana yang kita sama-sama maklum bahawa puasa adalah rukun Islam yang ketiga yang wajib kita tunaikan. Maka kerjakanlah dengan ikhlas dan sepenuh hati. Janganlah dicemari ibadat puasa itu dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang sia-sia yang boleh merosakkan ibadat puasa yang kita, kerana kita tidak mahu puasa kita kerjakan menjadi sia-sia dan tidak diterima oleh Allah Subhanahu Wataala.

Sebagaimana hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :

Maksudnya :
Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :  puasa itu adalah perisai, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah berbuat kemungkaran.  Dan jika ada orang mengajak berkelahi atau mencerca, maka hendaklah ia berkata:  sesungguhnya aku ini sedang berpuasa, sesungguhnya aku ini sedang berpuasa.

Oleh yang demikian bagi menjaga puasa kita dari rosak dan sia-sia, maka kita perlulah menjaga semua pancaindera dari melihat, mendengar, berkata dan melakukan perkara maksiat, mungkar dan berdosa. Kita juga hendaklah menjaga adab-adab ketika berpuasa, jangan sampai kita tergolong daripada orang-orang yang rugi. Antara adab-adab itu ialah tidak membazir dalam penyediaan berbuka puasa dan bersahur. Apa yang sepatutnya kita lakukan ialah bersikap sederhana kerana antara tujuan kita berpuasa ialah supaya kita dapat melawan dan mengawal bahawa nafsu dari menguasai kita.  Perlu diingat bahawa melakukan pembaziran itu adalah suatu yang ditegah oleh agama Islam, dan perbuatan tersebut adalah amalan syaitan.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Israa’ ayat 26 – 27:

Tafsirnya :
Dan berikanlah kepada kerabat mu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan harta mu dengan boros yang melampau-lampau.  Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Ahli Jumaat sekalian,
Dalam kita mengerjakan ibadat puasa, kita juga janganlah melupakan amalan-amalan yang sunat dilakukan oleh orang-orang yang berpuasa seperti bersahur, kerana bersahur itu digalakkan oleh agama Islam dan dengan mengerjakannya kita akan mendapat keberkatan, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

Maksudnya :
Menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Suhaib berkata :  aku mendengar Anas bin Malik berkata :  Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : bersahurlah kamu ! Sesungguhnya di dalam sahur itu ada keberkatan.

Dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mubarak ini, marilah kita wahai kaum muslimin sama-sama meningkatkan usaha membersihkan jiwa dan rohani kita daripada perkara-perkara mungkar dan maksiat.  Rebutlah peluang di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan amal ibadat, baik pada waktu siang mahupun pada waktu malam, mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita akan mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin ya-rabbal-alamin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Baqarah ayat  187 :

Tafsirnya :
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.  Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).


|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid | Maklumbalas ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||