Misi
---------------------
 Matlamat
---------------------
 Peranan
---------------------
 Strategi
---------------------
 Struktur
 Organisasi

---------------------
 Piagam
 Pelanggan

---------------------
 Teks Khutbah
---------------------
 Waktu
 Sembahyang

---------------------
 Masjid-Masjid
 Di Brunei

---------------------
 Maklumbalas
---------------------

07 Syaaban 1424/03 Oktober 2003

AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JEMAAH


Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhannya, dan meninggalkan segala larangannya.  Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Islam adalah agama yang sangat indah, cukup lengkap, ajarannya memenuhi keperluan dan ruang lingkup kehidupan manusia sejagat, tidak ada sebarang kekurangan atau kepincangan. Islam memberikan keseimbangan di antara kehidupan dunia dan akhirat.

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 19:

Tafsirnya :
Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanyalah agama Islam.

Firman Allah Subhanahu Wataala lagi dalam surah Al-Maa-idah ayat 3:-

Tafsirnya :
Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu Agama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Dari ayat-ayat tersebut jelas menerangkan bahawa agama Islam adalah agama suci yang diredhai Allah Subhanahu Wataala yang membawa kesejahteraan di dunia dan di akhirat.  Agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah cukup sempurna dan telah berjaya mengubah jiwa dan fikiran orang-orang jahiliah, mengeluarkan mereka daripada alam kejahilan kepada alam yang penuh bertamadun dan menjadi orang-orang soleh.

Ahli Jumaat sekalian,
Dari semenjak dahulu lagi sehinggalah sekarang telah timbul beberapa ajaran atau fahaman yang mengelirukan dan menyesatkan yang menggunakan lebal Islam pada zahir dan luarannya sahaja, dengan tujuan ingin menjerat dan memerangkap orang-orang Islam, khususnya orang-orang yang lemah dan jahil ajaran agama Islam.

Umat Islam dari dahulu hingga sekarang telah tidak henti-henti diuji dan sentiasa dimusuhi.  Malah semakin membimbangkan bila mana wujudnya penyelewengan akidah yang amat berbahaya dan timbulnya bermacam-macam aliran dan fahaman yang menyesatkan.  Pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal-Jemaah yang menjadi tunjang dan kekuatan umat Islam telah menghadapi cabaran yang paling hebat, berhadapan dengan bermacam-macam aliran dari musuh-musuh yang bertopengkan Islam.

Penyelewengan aqidah ini berlaku antara lain melalui pentafsiran ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak tepat, yang hanya mengikut selera mereka, hukum-hukum yang bersandarkan kepada punca-punca yang lemah dan tidak betul, yang tersebar antara lain melalui kitab-kitab agama dan risalah-risalah yang isinya diselewengkan, dan tidak ketinggalan juga melalui media cetak dan media elektronik dan sebagainya.

Perkara ini sememangnya telah digambarkan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadith baginda

Maksudnya :
Dari ‘Auf bin Malik berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:  Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggaman, sesungguhnya akan berpecah umatku di atas 73 golongan, maka yang satu masuk syurga dan 72 golongan masuk neraka “ bertanya para sahabat” siapakah golongan yang tidak masuk neraka itu wahai Rasulullah? “Baginda menjawab” Ahli Sunnah Wal-Jemaah”. 
(Hadith diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah).

Wahai kaum muslimin sekalian,
Memelihara aqidah yang betul adalah satu perkara yang amat perlu dan mustahak agar tidak terpesong dari aqidah golongan Ahli Sunnah Wal-Jemaah, oleh itu umat Islam di Negara Brunei Darussalam ini khasnya perlulah mengetahui dengan jelas, siapakah Ahli Sunnah Wal-Jemaah itu, dan apakah dia aqidah dan kepercayaan Ahli Sunnah Wal-Jemaah?.

Ahli Sunnah Wal-Jemaah ialah golongan yang mendokong atau mengamal ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang dipanggil juga Sunnah Rasulullah.

Manakala dasar iktikad Ahli Sunnah Wal-Jemaah antaranya ialah:-

Pertama :
Wajib ujud adanya Allah Subhanahu Wataala.

Kedua :
Tiada siapa yang menjadikan sesuatu melainkan Allah Subhanahu Wataala.

Ketiga :
Tidak ada sesuatu yang serupa dengan Allah Subhanahu Wataala, tiada lawan bagi Allah Subhanahu Wataala dan tidak ada sebaya bagi Allah Subhanahu Wataala.

Keempat :
Tiadalah Allah Subhanahu Wataala bertempat di mana-mana tempat.

Kelima :
Allah Subhanahu Wataala itu boleh dilihat oleh orang-orang mukmin di akhirat kelak.

Keenam :
Allah Subhanahu Wataala membuat sesuatu tiada dengan tujuan mendapatkan faedah.

Ketujuh :
Tiada sesiapa yang menjadi hakim memerintah Allah Subhanahu Wataala.

Kelapan :
Allah Subhanahu Wataala telah mengutus Rasul-Rasul dengan disokong oleh berbagai-bagai mukjizat, dari semenjak Nabi Adam Alaihissalam sehingga Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Nabi yang akhir adalah betul dan benar.

Kesembilan :
Khalifah yang benar dan hak setelah wafat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ialah khalifah Saiyidina Abu Bakar, kemudian Sayiidina Umar, kemudian Saiyidina Othman, kemudian Saiyidina Ali Ridhwanullahi Taala Alaihim Ajmain.
 

Kesepuluh :
Ahli Sunnah Wal-Jemaah tidak menghukumkan kafir ke atas seseorang yang bersembahyang menghadap kiblat ke kaabah di Mekah Al-Mukarramah, melainkan orang itu menafikan ada Tuhan yang menjadikan alam ini yang bersifat maha kuasa dan maha mengetahui, atau ia menyekutukan sesuatu dengan Allah (Syirik).

·    Atau ingkarkan seseorang Nabi daripada Nabi-Nabi Allah Subhanahau Wataala yang telah nyata kenabiannya.

·    Atau ingkarkan sesuatu perkara yang telah datang daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan telah diketahui bahawa perkara itu diketahui dengan ilmu dan dharuri.

·    Atau ia ingkarkan sesuatu perkara yang ijma’ dan sekata Ulama Islam seperti ingkarkan perkara yang telah disabitkan oleh ijma’ ulama di atas haramnya sesuatu perkara itu.

Inilah antara iktikad Ahli Sunnah Wal-Jemaah dan pegangan mereka, hanya berpegang dan beramal dengannya sahajalah kita akan selamat dari api neraka.

Kaum muslimin sekalian,
Oleh yang demikian jika kita mahu selamat, maka tiada jalan lain yang patut kira ikuti selain daripada berpegang kepada aqidah Ahli Sunnah Wal-Jemaah dan syariatnya.  Maka berpegang teguhlah kita kepada ajaran yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menerusi Al-Quran dan As-Sunnah sebagaimana hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :

Maksudnya :
Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma berkata:  Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:  Sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sama sekali sesat selama mana kamu berpegang kepada keduanya kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya.  (Riwayat Al-Imam Al-Hakim).

Oleh itu sama-samalah kita nasihat-menasihati, ingat-mengingati, kerana dengan demikian umat Islam akan terpelihara dari terpesong baik dari pemikiran mereka, amalan dan tindakan yang boleh menggugat kestabilan hidup beragama dan bernegara dan akan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala jua. 

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali ‘Imran ayat 85:

Tafsirnya :
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.


|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid | Maklumbalas ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||