![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
AGAMA
ITU ADALAH NASIHAT
Muslimin
yang berbahagia, Tafsirnya
: Andainya
kita melihat seseorang melakukan perkara mungkar dan salah, maka wajarlah
bagi kita menegur dan menasihatinya bukan dengan niat untuk mendapatkan
sesuatu tetapi benar-benar ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala dan demi
kebaikan orang yang dinasihati. Perkara ini dijelaskan oleh hadith
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Maksudnya
: Sementara
kita yang ditegur pula hendaklah menerimanya secara terbuka dengan lapang
dada dan akur terhadap perbuatan salah yang kita lakukan dan berusaha
untuk memperbaikinya. Bukan sebaliknya dengan menghentam dan
memburuk-burukkan serta menyalahkan orang yang menegur dan menasihati,
tapi yang sepatutnya kita hendaklah berterima kasih kerana menyedarkan
kita dari kelalaian. Sedangkan di dalam hadith ada menyebutkan bahawa
agama itu adalah nasihat. Maksudnya
: Dari
maksud hadith yang dibacakan tadi dapatlah difahami bahawa pengertiannya
seperti berikut :- Kita
sebagai umat Islam hendaklah menjauhi cara hidup bersendirian dan
nafsu-nafsi seperti yang terdapat di kalangan setengah masyarakat kita
pada hari ini, sebagai seorang muslim janganlah mementingkan diri sendiri,
asalkan diri kita baik dan senang sudah mencukupi tetapi membiarkan orang
lain, keluarga masyarakat dan negara. Amalan
nasihat-menasihati adalah salah satu cara yang boleh mengeratkan hubungan
siraturrahim antara kita dengan saudara kita sesama Islam serta
mengukuhkan kesatuan umat Islam seluruhnya. Bila amalan ini dapat kita
praktikkan, setentunya ia akan menimbulkan kemesraan dan menggelakkan dari
berlakunya permusuhan dan perpecahan dan akan membawa umat Islam ke arah
kejayaan dan kemenangan. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali ‘Imran ayat 104 :
Tafsirnya
: Sidang
jumaat sekalian, Wahai
kaum muslimin yang dirahmati Allah, Dan
jadikanlan kalimah “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar” atau dalam
bahasa melayunya bermaksud mengajak kepada kebajikan dan menegah dari
segala kemungkaran sebagai prinsip hidup kita kerana dengan berbuat
demikian sahajalah Insya-Allah, diri kita, anak isteri kita, keluarga kita,
masyarakat kita, negara kita dan umat Islam seluruhnya akan selamat, aman
bahagia dunia dan akhirat. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali ‘Imran ayat 110 : Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|