![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
PENYAKIT
YANG MERBAHAYA Muslimin
yang dirahmati Allah, Sesungguhnya
Islam adalah agama yang sangat indah, cukup lengkap dan sempurna dan amat
praktikal. Sebagai umat Islam, kita sangat beruntung dan wajiblah
bersyukur kerana dikurniakan pegangan ajaran Islam, yang menjadi pemandu
kita ke arah kehidupan yang sempurna dan selamat, menyelamatkan kita dari
kehidupan yang tidak bermoral yang boleh memporakperandakan bahkan
membinasakan kehidupan. Kerana itulah Allah Subhanahu Wataala
memerintahkan kita supaya taat dan patuh kepada ajaran-ajaran yang telah
disyariatkan oleh Islam agar kita selamat, bahagia di dunia dan di akhirat. Sungguhpun
demikian, memang tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat golongan
manusia yang tetap ingkar, menentang dan tidak memperdulikan hukum Allah
Subhanahu Wataala. Berbuat sesuka hati dan mengikut hawa nafsu dengan
melakukan perkara mungkar dan maksiat tanpa rasa segan silu dan malu
bahkan menjadikannya sebagai suatu kebanggaan seolah-olah perbuatan
tersebut tiada balasan yang akan menimpanya di kemudian hari dan
beranggapan seolah-olah hidup di dunia ini tiada berkesudahan dan tidak
ada penghujungnya. Perbuatan sedemikain juga dibiarkan, boleh menjadikan
manusia lupa diri, pula tujuan, lupa Tuhan yang menjadikan dan
menghidupkannnya di muka bumi ini yang akibatnya Allah Subhanahu Wataala
murka dan menurunkan bala bencana kepada mereka sebagai peringatan dan
balasan di atas perbuatan-perbuatan yang mereka lakukan. Di antara
peringatan dan balasan tersebut ialah timbulnya penyakit yang menakutkan
manusia iaitu sindrom kurang daya tahan dan lebih dikenali sebagai
penyakit AIDS. Sindrom
kurang daya tahan AIDS ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang mengikut
pakar perubatan sehingga kini
belum ada ubat untuk menyembuhkannya. Penyakit ini berpunca dari Virus HIV
yang menyerang sistem pertahanan melawan penyakit di dalam badan seseorang
yang menyebabkan selang beberapa tahun lepas diserang virus berkenaan,
seseorang itu akan beransur lemah, tidak akan berdaya dan berkeupayaan
menentang sebarang jangkitan sekalipun penyakit biasa. Peringkat inilah
yang dikenali sebagai AIDS. Ahli
Jumaat yang dirahmati Allah, Dari
keramaian yang telah dijangkati HIV, kebanyakan kes yang dilaporkan adalah
berpunca dari perbuatan buruk manusia itu sendiri seperti hubungan seks
bebas serta penyalahgunaan dadah iaitu penggunaan jarum suntikan yang
telah dicemari oleh virus HIV. Sebenarnya punca utama penyebaran virus HIV
ialah keruntuhan akhlak dalam masyarakat yang disebabkan oleh kurang
penghayatan syariat Islam dalam diri manusia. Kerana tanpa iman dan takwa,
menyebabkan manusia itu akan menjadi orang yang tidak berakhlak dan akan
hanya mengikut tuntutan hawa nafsu untuk bersuka-suka dan berseronok hidup
di dunia tanpa mengira adakah ia larangan dan tegahan dalam Islam.
Sungguhlah benar peringatan Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ar-Ruum,
ayat 41: Tafsirnya
: Muslimin
yang berbahagia, Tafsirnya
: Wahai
kaum muslimin, Tafsirnya
: Ingatlah
wahai kaum muslimin, azab yang Allah Subhanahu Wataala turunkan kepada
kaum Luth itu hendaklah dijadikan iktibar dan peringatan kerana ia adalah
suatu amaran terhadap kelakuan sumbang yang telah dilakukan oleh kaum Luth
yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tetapi malangnya ada di antara
manusia yang masih tidak insaf dan tidak menjadikannya iktibar, sebaliknya
mencabar kuasa Allah Subhanahu Wataala dan masih melakukan perbuatan
terkutuk dan hina itu yang menyebabkan Allah Subhanahu Wataala menurunkan
pula bencana lain seperti AIDS. Penyakit
AIDS amat berbahaya dan ia tidak memilih mangsa. Ia boleh menjangkiti
siapa saja baik tua atau muda bahkan juga tidak terkecuali kanak-kanak
turut menjadi mangsa. AIDS boleh berjangkit melalui pemindahan darah yang
telah dicemari oleh virus HIV atau anak yang dilahirkan oleh ibu yang
telah mengidap penyakit AIDS. Oleh
kerana itu kita wajib memelihara diri kita dari melibatkan dengan apa jua
gejala-gejala yang tidak baik seperti punca yang menyebabkan penyakit
AIDS. Sama-samalah kita bekerjasama membantu menangani masalah ini,
seperti menegur mana-mana perbuatan mungkar yang berlaku. Inilah faedah
dan gunanya amalan nasihat-menasihati, tegur-menegur kerana mencegah
kemungkaran adalah merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab kita umat
Islam supaya masyarakat kita tidak binasa dan terus-menerus dalam
kesesatan dan keasyikan yang melalaikan yang boleh memusnahkan diri,
keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda : Maksudnya
: Muslimin
yang dirahmati Allah, Mudah-mudahan
dengan kita patuh dan taat melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wataala
dan menjauhi serta meninggalkan segala larangannya itu, kita akan selamat
dan terhindar dari bala bencana dan azab Allah Subhanahu Wataala. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali ‘Imran, ayat 104 : Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|