![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
PUASA
ENAM
Ahli
Jumaat yang berbahagia, Maka sewajarnyalah kita di bulan Syawal ini merayakan kemenangannya dengan memuji kebesaran Allah Subhanahu Wataala dengan bertakbir dan bertahmid dan menyambutnya dengan sambutan yang bersesuaian serta tidak bercanggah dengan ajaran agama Islam seperti meraikannya dengan pesta-pesta yang boleh membawa kepada unsur-unsur maksiat, agar segala amalan yang kita kerjakan di bulan Ramadhan yang lalu itu tidak akan sia-sia dan akan tetap dipelihara dan pahalanya akan berkekalan sehingga hari kemudian. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Muhammad, ayat 33: Tafsirnya
: Di samping kita bersyukur dan bergembira di hari lebaran ini, adalah elok kita merenung dan membuat penilaian terhadap segala amal perbuatan yang kita lakukan di bulan Ramadhan yang baru lalu dengan menjadikan sebagai satu titik tolak kepada kita untuk berazam mempergiatkan lagi amalan-amalan kita di setiap saat dan masa. Kerana kita yakin jika disepanjang bulan Ramadhan kita mampu menunaikan sembahyang berjemaah baik yang fardhu mahupun yang sunat di masjid-masjid, maka kenapa di bulan-bulan lain kita tidak berdaya mengerjakannya, begitu juga dengan ibadat-ibadat lain seperti zakat, sedekah, membaca Al-Quran dan seumpamanya. Begitulah juga halnya dengan berpuasa, jika di bulan Ramadhan kita sanggup berpuasa sebulan maka adalah tidak munasabah dan mustahil kita tidak dapat mengerjakan puasa-puasa sunat yang lain seperti puasa enam di bulan Syawal. Wahai
kaum muslimin yang dirahmati Allah, Muslimin
yang berbahagia, Sesiapa yang berpuasa enam hari di bulan Syawal setelah ia menunaikan puasa fardhu Ramadhan dengan sempurna, ia seolah-olah berpuasa satu tahun penuh. Ini berdasarkan kepada hadith Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :- Dari
Abi Ayub Al-Ansari, ia menceritakan bahawa sesungguhnya Rasullullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
barangsiapa yang puasa bulan Ramadhan kemudian mengiringinya dengan
puasa enam dari bulan Syawal, maka seakan-akan ia berpuasa selama setahun. Puasa enam itu samalah kelebihannya dengan sembahyang sunat rawatib yang dikerjakan sesudah dan sebelum solat fardhu iaitu sebagai penambal kekurangan-kekurangan yang terjadi pada puasa fardhu. Berpuasa enam itu sebagai tanda mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada kita kerana amal yang dilaksanakan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala di bulan Ramadhan, tidak akan berakhir dengan selesainya puasa Ramadhan, bahkan akan berpanjangan, lebih-lebih lagi jika kita mengiringi puasa Ramadhan dengan puasa enam hari. Tetapi perlu diingat bahawa mengerjakan puasa sunat enam hari di bulan Syawal tidak akan mendatangkan apa-apa makna jika sekiranya puasa bulan Ramadhan tidak disempurnakan. Muslimin
yang berbahagia, Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-An’aam ayat 160: Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|