![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
Allah Subhanahu Wataala memerintahkan kita menyembah dan menjalankan perintahnya dengan cara bersungguh-sungguh, walaupun kita tidak melihat Allah Subhanahu Wataala yang mana menyebabkan sebahagian daripada kita lalai dan menyangka bahawa mereka boleh berbuat apa sahaja. Tetapi sebenarnya Allah Subhanahu Wataala sentiasa melihat dan memperhitungkan setiap gerak langkah kita, walaupun di mana kita berada. Seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Maksudnya
: Orang-orang yang beriman, umpamanya dalam mengerjakan ibadat puasa sentiasa ingat akan makna hadith ini, maka mereka mengerjakan amal ibadat dan perintah Allah Subhanahu Wataala itu dengan berhati-hati, supaya tidak menyeleweng dan tidak akan berhadapan dengan kemurkaan Allah Subhanahu Wataala. Di sinilah terletaknya iman dan ihsan yang memandu manusia muslim itu ke arah jalan yang sebenarnya. Di samping itu hendaklah juga ingat bahawa musuh terbesar manusia iaitu iblis dan tentera-tenteranya juga sentiasa melihat dan memerhatikan apa sahaja gerak manusia. Menanti dan mengintai di mana-maan salah langkah mereka, apabila sahaja manusia itu alpa dan lalai, maka menyerbulah iblis masuk ke dalam jantung, hati dan kepala manusia itu mengganggu dan mengalihkan pandangan mereka ke arah kejahatan dan kedurhakaan kepada Allah Subhanahu Wataala. Hal ini disebutkan dalam surah Al-A’raaf, ayat 28 : Tafsirnya
: Maka di sinilah terletaknya persimpangan yang menjadi punca perjuangan yang besar dalam diri manusia, sama ada ia hendak menjadi hamba Allah Subhanahu Wataala yang taat setia atau menjadi hamba yang derhaka. Dalam hal ini, kita mengambil satu contoh iaitu ibadat puasa. Orang yang taat mengerjakan ibadat puasa itu adalah sebagaimana mengikut semestinya. Bukan hanya setakat tidak makan minum, bahkan lebih dari itu, berpuasa juga hatinya, matanya, tangannya dan anggota zahir batinnya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang kerana ia tahu bahawa Allah Subhanahu Wataala sentiasa ia memerhatikannya. Sebaliknya puasa orang yang hanya berpuasa mencukupkan syarat biasa, hanyalah sekadar berlapar dahaga tidak lebih dari itu, sedangkan matanya, telinganya, mulutnya dan lain-lain anggota zahir batin itu tidak !. Maka orang yang berjaya akan mendapat kurnia yang berbagai daripada Allah Subhanahu Wataala sedangkan orang yang tidak mematuhi syarat dengan sendirinya akan ditolak dan terkeluar daripada golongan hamba Allah Subhanahu Wataala yang menerima kurnia itu. Ini adalah logik yang benar dan sudah diterima oleh semua orang. Tetapi oleh kerana godaan iblis yang sangat manis dan menyukakan maka mudahlah banyak orang terpedaya. Sesungguhnya nikmat Allah Subhanahu Wataala kepada hambanya itu sangat banyak, tidak terkira. Suruhan-suruhan Allah Subhanahu Wataala kepada hambanya bagi mengerjakan amal ibadat itu sebenarnya juga suatu nikmat, bukannya percuma untuk menyusahkan diri sihamba itu. Maka orang-orang mukmin yang sedar akan nikmat Allah Subhanahu Wataala itu akan sentiasa merebut peluang untuk mendapatkan nikmat Allah Subhanahu Wataala itu dan tidak dengan selarah-larah ia menyalahgunakan nikmat itu di jalan-jalan yang tidak sesuai dan bukan pada tempatnya. Allah Subhanahu Wataala sentiasa mencuba hamba-hambanya dengan berbagai-bagai cara untuk menguji bagaimana hamba-hamba Allah Subhanahu Watalla itu menggunakan nikmat yang banyak itu, sama ada digunakan secara baik atau secara salah seperti firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Fajr ayat 15 hingga 16 : Tafsirnya
: Maka oleh kerana itu lahirlah golongan manusia yang tidak stabil atau kurang seimbang cara hidup mereka terhadap nikmat Allah Subhanahu Wataala. Dan menggunakan nikmat-nikmat itu tidak sempurna, dibuang, seolah-olah tidak ada harganya dan seolah-olah nikmat Allah Subhanahu Wataala itu akan tetap datang kepadanya menurut kehendak hawa nafsunya. Maka masuklah manusia itu ke dalam satu jurang yang dinamakan ‘Kufur Nikmat’. Erti ‘Kufur Nikmat’ itu ialah tidak menghargai nikmat Allah Subhanahu Wataala, nikmat Allah Subhanahu Wataala yang berbagai-bagai itu digunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak betul, maka yang akan menerima akibat dari perbuatan kufur nikmat itu ialah sipengguna nikmat itu sendiri. Akhirnya akibat dari perbuatan itu kita terbaca di ruang akhbar, dari majalah-majalah dari sumber lain, tentang nasib orang yang tidak menggunakan nikmat Allah Subhanahu Wataala dengan sempurna dan di akhirat nanti ada lagi kemurkaan Allah Subhanahu Wataala akan ditimpakan kepada mereka. Allah Subhanahu Wataala memberi amaran kepada kita supaya kita berjaga-jaga menggunakan kemudahan-kemudahan hidup senang dan mewah di dunia ini : seperti firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taghabuun ayat 15 hingga 16 : Tafsirnya
: Maka oleh sebab itu Allah Subhanahu Wataala memerintahkan hamba-hambanya supaya belajar dari alam sekeliling dengan tujuan supaya dia insaf dan sentiasa ingat akan keadaan dirinya, tahu ia akan di mana ia dalam masyarakatnya dan tahu ia akan susah senang orang, dan jangan ia hanya mementingkan kehendak hawa nafsunya sahaja, bahkan hidup itu ada pasang surutnya, ada masa senang, ada masa susah, jikalau ia dalam keadaan susah hendaklah ia melihat kepada orang-orang yang lebih susah. Kalau ia mewah dan senang hendaklah ia melihat kepada orang yang lebih senang daripadanya yang dalam kesenangan mereka itu tetap menjalankan perintah Allah Subhanahu Wataala, seperti bersedekah, berzakat harta, menunaikan haji dan seumpamanya supaya ia dapat membanding. Kerana biasanya orang yang hanya mementingkan diri sendiri akan menghadapi masalah yang tidak akan diusai oleh siapa pun. Ini diterangkan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Fajr, ayat 17 hingga 24: Tafsirnya
: Maka kita manusia hendaklah belajar melihat keadaan yang berlaku di hadapan kita, mudah-mudahan kita beroleh keinsafan dan memperbaiki diri kita dan meningkatkan nilai hidup kita sebagai hamba Allah Subhanahu Wataala yang taat kepadanya, supaya kita bahagia di dunia dan mendapat keredhaan serta rahmat dan kurnia yang besar di akhirat. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Kahfi, ayat 7: Tafsirnya
: KHUTBAH AIDIL FITRI “KEDUA” Saudara-saudara
umat Islam yang dikasihi, Tafsirnya
: Dan firmannya lagi dalam surah Al-Baqarah, ayat 177 : Tafsirnya
: Perasaan sabar itu sudah tentu akan menimbulkan keinsafan dan boleh menyebabkan timbul kesedaran untuk membuat sesuatu yang baik supaya terlepas segala kesusahan yang ditimpakan oleh sesuatu musibah kepada seseorang itu. Perkara yang paling berkesan bagi menahan kesabaran dan menimbulkan keinsafan seseorang itu ialah:- Pertama : kelaparan kerana tidak ada atau kurang makanan. Sebab itu orang Islam diperintahkan berpuasa menahan lapar dan dahaga supaya di antara lain seseorang itu tahu erti lapar orang yang tidak mendapat makanan. Atau orang yang menghadapi kemiskinan sehingga tidak dapat makanan. Kedua: harta benda dan wang ringgit. Sebab itu umat Islam diperintahkan berzakat untuk tahu merasakan bagaimana orang yang tidak mempunyai sesuatu untuk dibelanjakan bagi keperluan hidup. Maka dengan didikan agama, suruhan Allah, sebagaimana yang kita saksikan di negara kita, banyak di antara kita yang terlibat untuk menolong memperbaiki keadaan hidup saudara sesama Islam, seperti banyaknya usaha-usaha menubuhkan tabung-tabung kebajikan, dana-dana untuk golongan yang tertentu sama ada dikendalikan oleh pihak kerajaan atau bukan kerajaan malah oleh orang perseorangan. Dan ramai di antara kita memberikan sumbangan kepada usaha-usaha ini bukan sahaja untuk dalam negeri bahkan juga di luar negeri seperti untuk saudara-saudara kita di Kemboja, di Palestin, di Iraq dan lain-lain. Semuanya ini menggambarkan bagaimana agama Islam itu memupuk timbang rasa, simpati dan rasa kasih sayang persaudaraan yang didasarkan kepada suruhan Allah Subhanahu Wataala dan bagaimana sambutan umat Islam terhadap suruhan Allah Subhanahu Wataala. Semuanya pula akan mendapat tempat di sisi Allah Subhanahu Wataala. Maka kita umat Islam hendaklah terus melibatkan diri secara yang mampu bagi setiap kita supaya dengan demikian akan bertambah kuatlah persatuan umat Islam bagi menghadapi keadaan dan suasana yang menyelubungi dunia Islam pada ketika ini. Persatuan melalui cara-cara ini Insya-Allah akan memperkuatkan lagi semangat keislaman dan persaudaraan yang dituntut oleh agama Islam. Marilah kita terus berbuat kebajikan. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 104: Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|