![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
AWAL TAHUN HIJRAH
Wahai
kaum muslimin, Tetapi
adakah dengan mengadakan majlis tersebut mencukupi?
Apa yang penting ialah kita mengambil pengajaran dan faedah
daripada peristiwa tersebut untuk dihayati dan menjadi amalan hidup kita
sebagai umat Islam. Kerana dengan cara demikian sahajalah kita boleh
menjadi umat contoh, mulia dan maju dalam semua aspek kehidupan. Cuba
kita renung peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersama
para sahabat dan pengikut-pengikut baginda dari Makkatul-Mukaramah ke
Madinatul- Munawwarah yang telah membuka lembaran sejarah yang paling
agung bukan sahaja dalam perkembangan agama Islam, tetapi juga tamadun
manusia pada keseluruhannya, kerana dengan adanya hijrah Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam maka lahirlah negara Islam pertama Madinah yang
melahirkan satu umat yang bersatu padu dan bersaudara, dihormati dan
menjadi contoh, bahkan dapat melahirkan kemakmuran yang dinikmati oleh
rakyatnya secara adil. Sementara dari segi ekonomi saperti riba, penipuan,
kezaliman, perniagaan yang tidak amanah adalah diharamkan.
Tetapi segala kegiatan ekonomi yang halal saperti perdagangan dan
penternakan adalah digalakkan. Begitulah
sistem Islam yang dijalankan dan dilaksanakan oleh kerajaan Islam pertama
Madinah yang berjaya menjadi contoh kepada seluruh umat manusia. Tanpa
adanya hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sudah setentunya
semua ini tidak akan dapat dicapai dan dinikmati. Muslimin
yang dirahmati Allah, Bagi
negara kita Brunei Darussalam yang mencapai kemerdekaan yang ke-20 tahun
pada 23hb. Februari tahun ini yang mana dalam tempoh tersebut negara kita
telah mencapai banyak kemajuan dalam berbagai bidang, yang paling utama
kita hidup dalam suasana aman makmur dan bersatu padu. Mudah-mudahan
keadaan ini akan terus-menerus dinikmati, serta negara dan rakyat mendapat
keberkatan dan inayah Allah Subhanahu Wataala. Dari
pengertian hijrah dan falsafah hijrah itu, jelas kepada kita bahawa
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah telah berusaha dan membawa kita dan
Negara Brunei Darussalam untuk menghayati ajaran Islam. Ini
jelas sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia di majlis sambutan
Nuzul Al-Quran pada 13hb. Mac, 1993, antara petikannya :- “Kita
adalah benar-benar serius dalam melaksanakan ajaran-ajaran Al-Quran bagi
kebahagiaan masyarakat dan bangsa kita.
Setakat hari ini sahaja, kita telah pun mempercepatkan langkah
menurut pedoman dan landasan syariah, khasnya di segi rancangan-rancangan
dan usaha-usaha kerajaan, saperti dalam bidang kewangan, kita telahpun
memasuki era maklumat menurut sistem Islam, dan begitu juga dalam bidang
perundangan, usaha-usaha sedang rancak dibuat bagi menyesuaikan sistem
perundangan yang kita pakai selama ini dengan sistem perundangan Islam.
Cuma bagi perlaksanaannya, kita akan melakukannya secara
berperingkat-peringkat, sesuai dengan keupayaan yang ada. Apa
yang perlu sekarang, serta juga bagi masa depan yang panjang, ialah
kesediaan kita menerima cara hidup dan cara bernegara menurut calak Islam
itu, mestilah dengan padu dan bulat, terutama di kalangan masyarakat Islam
sendiri. Jangan ada seperti perumpamaan : “Satu pihak membangun masjid,
dan satu pihak lain lagi merobohkannya”, sebagaimana yang banyak terjadi
dimerata dunia hari ini”. Sidang
Jumaat sekalian, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Maa-idah, ayat 16 :- Tafsirnya
: Bersempena
kita meraikan awal tahun hijrah dan sambutan Hari Kebangsaan ini, marilah
kita mempertingkatkan tekad dan azam serta berusaha dengan bertindak
secara lebih berkesan untuk menjadikan dan merealisasikan wawasan dan
hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mengajak kita melakukan hijrah
menuju ke arah keredhaan Allah Subhanahu Wataala. Marilah kita berhijrah
dengan jalan mempertingkatkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu Wataala,
kepada Rasul dan kepada Ulul-Amri. Sebagai
tanda syukur kita kepada Allah Subhanahu Wataala, sempena menyambut Hari
Kebangsaan negara kita yang tercinta ini marilah kita sama-sama
menghadirkan diri ke masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai Ibadat
bagi majlis kesyukuran dan sama-sama berkumpul sembahyang berjemaah fardhu
maghrib dan Isyak serta membaca surah Yaasin dan doa, pada petang 22hb.
Februari, hari Ahad malam Isnin. Mudah-mudahan apa yang kita amalkan
dengan penuh tulus dan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah
Subhanahu Wataala itu akan diterima dan diberikan kesejahteraan dan
kemakmuran kepada negara kita, Amin Ya Rabbal-‘Aalamin. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah, Al-A’raaf, ayat 96:- Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|