![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
NIKMAT
UMUR
Muslimin
yang dirahmati Allah, Muslimin
yang dirahmati Allah, Tafsirnya
: Memang
tidak siapa pun dapat menafikan bahawa nikmat-nikmat Allah Subhanahu
Wataala itu amat banyak dan kita tidak akan mampu mengiranya walaupun kita
cuba menghitungnya. Walau
bagaimanapun semua kenikmatan itu tidak akan mendatangkan faedah jika kita
tidak dikurniakan nikmat masa, nikmat umur, nikmat sihat, nikmat akal dan
sebagainya. Akan tetapi nikmat-nikmat itulah yang selalu manusia mudah
lupa dan lalai menggunakannya disebabkan keindahan dan kemewahan hidup di
dunia ini. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-‘Ankabut, ayat 64 : Tafsirnya
: Muslimin
yang dirahmati Allah, Muslimin
yang berbahagia, Kita
perlulah ingat, bahawa setiap permulaan ada akhirnya, dan setiap yang
hidup akan mati. Sesungguhnya saat kematian tiada siapa pun mengetahui
tetapi yang pasti ajal tetap tiba. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam
surah Al-‘Aaraaf, ayat 34 : Tafsirnya
: Oleh
itu sebelum tiba masanya gunakanlah nikmat yang ada untuk mengingat Allah
Subhanahu Wataala dan melakukan amal kebajikan sebagai bekalan menuju
akhirat. Dari
Abdul Rahman bin Abi Bakrah dari ayahnya, seorang lelaki telah berkata :
Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah :
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu
diperguna-kan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi :
Siapakah sejahat-jahat manusia? Berkata Rasulullah : Sejahat-jahat
manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk
berbuat kejahatan. (Hadith
Riwayat Al-Imam At-Termizi) Muslimin
yang berbahagia, Sebagai
hamba Allah Subhanahu Wataala yang beriman, dan percaya adanya siksa kubur
dan hari kiamat, maka bersedialah selagi umur masih ada, dan gunakanlah
sebaik-baiknya untuk mencapai kesudahan yang baik iaitu
“husnul-khatimah” dan bukan kesudahan yang tidak baik iaitu
“suul-khatimah” sebagaimana yang biasa kita pohonkan dalam doa kita : Tafsirnya
: Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Fathir, ayat 37 : Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|