![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
ADAB
CARA BERPAKAIAN KETIKA SEMBAHYANG BERJEMAAH SOLAT JUMAAT Muslimin
yang dirahmati Allah, Hari
Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari yang mempunyai banyak kelebihan
dan kebesaran yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala. Pada hari
Jumaat Allah Subhanahu Wataala telah menjadikan Nabi Adam Alaihissalam
iaitu bapa segala manusia. Hari Jumaat juga adalah hari pengampunan
daripada Allah Subhanahu Wataala kepada umat Islam baik yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia. Pada hari itu juga terdapat satu saat
di mana segala doa dan permohonan kepada Allah Subhanahu Wataala akan
dimakbulkan kecuali perkara-perkara haram dan maksiat sebagaimana hadith
Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya
:- Wahai
kaum muslimin, Tafsirnya
: Orang
yang berwudhu pada hari itu lalu pergi ke masjid untuk bersembahyang
Jumaat akan memperolehi ganjaran yang besar di mana setiap
langkahnya menuju masjid itu akan dikira sebagai penghapus dosa-dosanya
dan meningkatkan darjatnya. Para malaikat juga sentiasa memohonkan
keampunan dan rahmat bagi orang-orang sedemikian. Wahai
kaum muslimin, Maksudnya
: Adapun
waktu yang lebih utama mandi itu ialah ketika hendak berangkat ke masjid,
kerana maksudnya ialah untuk menghilang-kan bau busuk yang melekat di
badan. Di samping kebersihan badan, pakaian juga perlu bersih dan
suci. Pakaian yang dipakai
sebaik-baiknya berwarna putih dan disunatkan memakai wangi-wangian,
sebagaimana hadith Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam :- Maksudnya
: Apa
yang penting, jangan sampai ada di antara jemaah yang pergi ke masjid
dengan pakaian yang tidak sempurna dan kurang bersih, sehingga menyebabkan
jemaah lain merasa gelisah dan tidak khusuk mengerjakan sembahyang. Adakah
keadaan ini sesuai apabila kita hendak menghadap Allah Subhanahu Wataala?
Sebaliknya apabila berhari raya, pergi ke majlis perkahwinan dan
majlis-majlis lain, sanggup pula berpakaian yang begitu indah, kemas dan
bersih. Contohnya saja apabila kita ke majlis perkahwinan dan
majlis-majlis keagamaan, setentunya kita orang melayu akan memakai baju
cara melayu yang lengkap dengan samping dan songkok yang begitu manis mata
memandang, apatah lagi dengan memakai bau-bauan yang harum. Walau
bagaimanapun memakai pakaian yang lengkap ini bukanlah sebagai syarat sah
atau tidaknya sembahyang, tetapi masalah pakaian juga ada
hubungannya dengan agama dan melambangkan identiti bangsa dan negara yang
boleh mencerminkan keperibadian dan maruah seseorang. Oleh sebab itulah
dalam keadaan tertentu pakaian ditetapkan, misalnya semasa mengerjakan
haji dan umrah. Begitu juga majlis-majlis yang beradat istiadat dan juga
majlis-majlis lain di mana pada ketika itu kita diminta berpakaian kemas
sesuai dengan majlis yang kita hadiri, dan kita tidak akan sanggup memakai
pakaian yang tidak senonoh. Begitulah halnya dan lebih utama lagi jika
kita berjemaah menunaikan sembahyang Jumaat, kita digalakkan berpakaian
indah dan bersih kerana kita akan berhadapan dengan Allah Azza Wajalla,
adalah tidak munasabah sewaktu berhadapan dengan Allah itu kita memakai
pakaian yang tidak sempurna. Ingatlah
juga hari Jumaat itu adalah kepala hari, dan hari yang terbesar di sisi
Allah Subhanahu Wataala, maka sepatutnya sebagai tanda kita menghormati
keadaan waktu kita berhadapan dengan Allah pada hari yang besar itu kita
hendaklah berkeadaan sempurna dengan pakaian yang elok dan tertib. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-A’raaf ayat 31 : Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|