![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
PERSEDIAAN
BAGI JEMAAH-JEMAAH YANG MENUNAIKAN
FARDU HAJI Muslimin
yang dirahmati Allah, Muslimin
yang berbahagia, Mengikut
susunan rukun Islam, ibadat haji letaknya ialah di tempat yang terakhir
iaitu rukun yang kelima kerana ibadat haji merangkumi seluruh ibadat
sembahyang, puasa dan zakat, yang wajib ditunaikan oleh orang Islam.
Dengan erti kata yang lain sebelum seseorang itu menunaikan ibadat haji,
maka sudah semestinyalah ibadat sembahyang, puasa dan zakatnya terlebih
dahulu disempurnakan mengikut kehendak hukum syara’. Dalam
pada itu, sebelum kita menunaikan ibadat haji, perlu kita ingat dan
mempastikan harta atau wang yang kita kumpul untuk menunaikan ibadat haji
itu jika cukup nisab dan haulnya maka adalah wajib terlebih dahulu
dikeluarkan zakatnya kerana setiap harta yang hendak digunakan bagi
menunaikan ibadat haji, hendaklah ianya daripada harta yang suci dan halal,
yang tidak terdapat di dalamnya hak orang lain atau pun syubhat atau pun
harta yang diperolehi secara tidak halal. Musim
pemergian jemaah haji negara kita ke tanah suci Mekah semakin hampir tiba.
Jemaah serta setiap yang datang ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji
adalah menjadi tetamu Allah Subahanahu Wataala. Sesungguhnya beruntunglah
orang-orang yang menjadi tetamu Allah, apatah lagi jika hajinya diterima
dan mendapat haji yang mabrur. Jika
kita perhatikan dari segi kemampuan dan keupayaan, tidak dapat dinafikan
begitu banyak orang Islam yang mempunyai kemampuan dan keupayaan tetapi
masih belum mahu menunaikannya, kerana apa? kerana belum terbuka hati dan
belum mendapat rahmat untuk menjadi tetamu Allah Subhanahu Wataala. Kerana
itu beruntunglah sesiapa jua yang dirahmati Allah yang dibukakan hati
mereka untuk berkunjung ke rumah Allah yang menjadi tumpuan umat Islam
dari pelusuk dunia. Dan yang lebih beruntung bagi setiap yang menjadi
tetamu Allah itu ialah mereka yang diterima ibadat hajinya oleh Allah
Subhanahau Wataala sebagai haji yang mabrur iaitu haji yang tidak
bercampur dosa kerana balasan haji yang mabrur itu tiada lain melainkan
syurga. Sebagaimana
sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Maksudnya
: Para
jemaah yang dirahmati Allah, Perkara
seumpama ini amat bertentangan dan berlawanan dengan kepercayaan dan
ajaran Islam dan tidak ada langsung dalam adab dan peraturan mengerjakan
ibadat haji. Apalah gunanya jika haji yang mempunyai ganjaran dan
kelebihan yang begitu besar seperti ganjaran orang berjihad di jalan Allah
Subhanahu Wataala itu rosak dan binasa disebabkan perbuatan salah kita
mengerjakan perbuatan-perbuatan khurafat yang sebenarnya tidak terdapat
dalam amalan mengerjakan ibadat haji yang akhirnya menyebabkan ibadat haji
kita rosak dan tidak diterima oleh Allah Subhanahu Wataala, sedangkan kita
telah mengalami kerugian wang ringgit, tenaga, masa dan sebagainya. Oleh
itu bagi setiap orang Islam yang ingin mengerjakan ibadat haji hendaklah
mempelajari tentang cara-cara mengerjakannya, di samping menjaga dan
memelihara adab dan tatatertib sebagai tetamu Allah Subhanahu Wataala.
Begitu juga menjaga segala pantang larang di dalam mengerjakan ibadat haji,
hendaklah menghindarkan diri dari melakukan atau terikut-ikut dengan
perkara-perkara bid’ah yang bertentangan dengan kepercayaan dan ajaran
Islam. Mudah-mudahan dengan itu ibadat haji yang bakal dikerjakan akan
diterima oleh Allah Subhanahu Wataala dan mendapat haji yang mabrur. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali ‘Imran, ayat 97 : Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|