![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
PERSIAPAN
MENUNAIKAN FARDHU HAJI Muslimin
yang dirahmati Allah, Kaum
muslimin yang dirahmati Allah, Oleh
itu mulakanlah perjalanan keluar rumah dengan membaca : Ertinya
: Dan
ketika kapal terbang hendak berlepas bacalah pula doa berikut : Ertinya
: Adalah
diakui bahawa pekerjaan ibadat haji itu bukan suatu pekerjaan yang ringan
dan mudah, tetapi sebaliknya ia memerlukan pengorbanan dan kesabaran
sehingga pekerjaan haji itu disamakan seperti berjihad. Oleh itu jika kita
mahu haji kita diterima oleh Allah Subhanahu Wataala, maka tingkatkanlah
ketakwaan kita, tanamkan sifat sabar, elakkan diri kita dari perbuatan
yang dilarang seperti sifat marah, bertengkar,
memaki, mencaci, berkelahi dan sebagainya. Buanglah
sifat sombong, membangga diri, jadikanlah diri kita orang yang tawaduk (merendah
diri) dengan membanyakkan beristighfar dan membaca (Rabbi Yassir Wala
Tu’assir Ya Karim) dengan demikian mudah-mudahan Allah Subhanahu
Wataala memudahkan perjalanan dan urusan semasa mengerjakan haji. Sedarlah
yang kita ini hamba yang lemah, fakir dan miskin, yang mengharapkan
pertolongan daripada Allah Subhanahu Wataala yang maha kuasa lagi perkasa
yang mengasihi hamba-hambanya. Ingatlah
bahawa semasa mengerjakan ibadat haji itu bukanlah tempat atau masanya
untuk beradu kekuatan, menunjukkan keberanian dan kehebatan serta
melakukan perangai yang tidak elok, kerana semua
itu hanya akan merosakkan ibadat haji. Firman
Allah Subhanahu Wataala di dalam surah Al-Baqarah ayat 197 : Tafsirnya
: Wahai
kaum muslimin, Maksudnya
: Begitu
juga ketika di Madinah Al-Munawwarah, lawatlah makam-makam sahabat,
perkuburan Baqi’ dan tempat-tempat bersejarah yang lain. Kerana itulah
peluang keemasan bagi kita yang berada jauh dari tempat tersebut.
Mudah-mudahan dengan lawatan-lawatan itu akan menyegarkan kembali ingatan
dan rasa cinta terhadap perjuangan dan pengorbanan baginda Sallallahu
Alaihi Wasallam dan para sahabat, dengan harapan akan menambahkan keimanan
dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala. Ahli
Jumaat yang berbahagia, Semasa
di kota Makkatul-Mukarramah, para jemaah haji hendaklah memperbanyakkan
melakukan sembahyang lima waktu secara berjemaah di Masjidilharam.
Memperbanyakkan tawaf mengikut keupayaan masing-masing, kerana
bersembahyang di Masjidilharam itu mempunyai kelebihan, sebagaimana
dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadith baginda:
Maksudnya
: Setelah
selesai tawaf, kerjakanlah sembahyang sunat dua raakat, dan setelah itu
berdoalah di Multazam kerana Multazam ialah salah satu tempat di mana doa
dimakbulkan. Setelah itu disunatkan pula kita meminum air zam-zam kerana
ia adalah sebaik-baik air di muka bumi, ia merupakan air berkat dan dengan
izin Allah Subhanahu Wataala boleh menyembuhkan penyakit. Wahai
kaum muslimin, Ambillah
peluang dan masa yang ada, untuk beribadat sebanyak-banyaknya seperti
memperbanyakkan sembahyang sunat, membaca Al-Quran, berzikir, beriktikaf,
bertawaf, berselawat dan sebagainya. Begitu
juga semasa wukuf di Arafah, kita hendaklah memenuhkan masa kita dengan
berzikir, membaca Al-Quran, berdoa, bertahlil, beristighfar dan
menghindarkan diri dari berbual-bual kosong, mengumpat dan berjalan kesana
kemari. Pastikanlah pada hari wukuf itu kita berada di tanah Arafah walau
sesaat pun, kerana di sanalah penentu sama ada kita memperolehi haji kita
atau tidak. Wahai
kaum muslimin khususnya para bakal jemaah haji, rebutlah peluang sebagai
Dhuyufur-Rahman dengan membanyakkan sembahyang berjemaah di masjid dan
melakukan amal ibadat yang dituntut oleh agama. Apa
yang penting ialah ingat akan niat dan tujuan sebenar kita ke tanah suci.
Jika ini berlaku sudah setentunya kita akan memelihara dan menjaga
kesempurnaan ibadat haji kita dari rosak dan binasa serta sia-sia. Dengan
iringan doa agar jemaah haji negara kita selamat berangkat dan selamat
pulang ke tanah air dengan memperolehi haji yang mabrur dan keimanan serta
ketakwaan yang meningkat dan mantap.
Amin Ya Rabbal-‘Aalamin. Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ali ‘Imran, ayat 97: Tafsirnya
: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|