![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
PENYALAHGUNAAN
DADAH
Ahli
jumaat yang berbahagia, Dadah
walaupun merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam bidang perubatan,
tetapi penggunaannya tidaklah secara bebas dan sesuka hati tanpa kawalan
dan tanpa nasihat pakar perubatan. Penggunaannya hendaklah mengikut
peraturan dan sukatan bagi pesakit yang memerlukannya sahaja, kerana jika
disalahgunakan, ianya akan membawa kemusnahan dan penderitaan kepada
manusia. Perkara
ini boleh dibuktikan bila ditanya dan diselidiki kepada bekas penagih yang
telah insaf dan sedar serta menyesali perbuatan mereka, mereka akan
menyatakan bahawa perbuatan itu hanyalah sia-sia dan tiada menguntungkan,
sebaliknya merugikan dan mendatangkan kesusahan dan penderitaan hidup yang
akhirnya kalau tidak bernasib baik boleh membawa maut. Oleh
itu jika kita mahu hidup senang, bahagia dan gembira, jauhilah dan
hindarkan diri daripada dadah dan jangan cuba mendekatinya, jangan mudah
dipengaruhi oleh pujukan yang ingin merosakkan diri kita, kerana merasa
sekali mahu dua kali dan seterusnya sehingga ketagih dan tidak berupaya
meninggalkannya dan sanggup hidup tidak bermaruah. Wahai
kaum muslimin, Tafsirnya: Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:- Maksudnya: Wahai
kaum muslimin, Bagi
penagih yang sudah berkeluarga, dadah boleh meruntuhkan kebahagian
rumahtangga, boleh menyebabkan berlakunya perceraian dan
memporak-perandakan kebahagian keluarga. Rumahtangga yang sempurna dan
bahagia akan musnah di mana anak-anak yang dikasihi akan turut menderita.
Mereka akan disingkirkan dan disisihkan oleh keluarga dan orang yang
disayangi. Dadah
juga boleh menghabiskan wang dan harta kerana kehilangan kerja dan tidak
berpeluang dalam pelajaran dan pekerjaan yang akhirnya sanggup melakukan
apa sahaja hatta membunuh. Bila
melihat betapa besarnya bahaya dadah itu sehingga boleh menggelapkan hidup
seseorang, maka penyakit seumpama ini tidak boleh dibiarkan dan perlu
kepada penyelesaian dan dicari punca penyebabnya bagi langkah-langkah
pembasmian. Tetapi adakah tugas ini mampu dijalankan oleh satu pihak
sahaja? Setentunya tidak,
kerana ianya memerlukan kerjasama semua pihak bagi menanganinya. Muslimin
yang dirahmati Allah, Sesungguhnya
penyalahgunaan dadah itu tidak lain hanya membawa kepada kesengsaraan dan
kebinasaan. Dan bagi penagih yang telah insaf dan telah berjaya mengikuti
rawatan dan pemulihan, maka hendaklah berusaha untuk menjauhinya dan
bertekad untuk melupakannya dan tidak mendekatinya lagi.
Tetapi apa yang mendukacitakan masih terdapat sebilangan mereka
yang mengulangi perbuatan penyalahgunaan dadah itu. Di
antara punca yang menyebabkan berlakunya perkara sedemikian ialah
penyisihan keluarga dan masyarakat terhadap mereka. Maka
disinilah peranan ibubapa amat penting dalam mengubah hala tuju bekas
penagih. Ini boleh dilakukan dengan
jalan seperti:- Pertama:
Memberikan kasih sayang tanpa menyisihkan mereka agar mereka merasa
dihargai, dan tidak di anak tirikan. Kedua:
Memberikan bimbingan yang baik, iaitu mengerjakan segala suruhan dan
meninggalkan segala larangan Allah Subhanahu Wataala. Ketiga:
Memberikan sokongan yang padu dalam membina kehidupan baru yang baik dan
sempurna. Di
samping itu, sifat sabar, tabah, tidak putus asa dan bertawakal adalah
amat penting kepada keluarga mahu pun kepada yang dibimbing.
Dan sentiasalah berdoa memohon petunjuk dan hidayah dan
meningkatkan lagi amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wataala,
mudah-mudahan dengan demikian mereka akan beroleh ketenangan hati dan jiwa,
serta sentiasa terpimpin ke jalan yang diredhai Allah Subhanahu Wataala. Muslimin
yang dirahmati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam surah surah Asy Syuura, ayat 30:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|