![]() |
|
![]() Misi --------------------- Matlamat --------------------- Peranan --------------------- Strategi --------------------- Struktur Organisasi --------------------- Piagam Pelanggan --------------------- Teks Khutbah --------------------- Waktu Sembahyang --------------------- Masjid-Masjid Di Brunei --------------------- Maklumbalas --------------------- |
SIFAT
SABAR DAN TABAH DALAM MENGHADAPI MUSIBAH
Manusia
yang hidup di dunia ini tidak akan dapat lari daripada menerima qada’
dan qadar Allah Subhanahu Wataala seperti musibah-musibah yang menyebabkan
penderitaan dan kesusahan sebagai cabaran dan ujian dari Allah Subhanahu
Wataala dan harus dihadapi dengan penuh kesabaran. Firman Allah Subhanahu
Wataala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155:- Tafsirnya: Sesungguhnya
sifat sabar dan tabah dalam menghadapi musibah seperti sakit amat perlu
kepada seorang hamba Allah. Kerana dengan sifat-sifat tersebut akan
membolehkan kita menjadi orang yang redha terhadap qada’ dan qadar Allah
Subhanahu Wataala, bahkan ia boleh mengelakkan diri kita dari bersikap
marah, kecewa, putus asa dan resah gelisah dalam menghadapi kesakitan yang
dialami. Ketahuilah sesungguhnya
Allah Subhanahu Wataala mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa
bersama-sama mereka. Sebagaimana firmannya dalam Surah Ali 'Imran, ayat
146:- Tafsirnya: Sebagai
contoh kita renung dan ambil iktibar betapa tingginya kesabaran Nabi Ayub
Alaihissalam ketika menerima ujian dari Allah Subhanahu Wataala ditimpa
sakit yang amat berat di mana kulit tubuhnya hancur dimakan oleh ulat-ulat.
Sungguhpun demikian keadaannya, Nabi Ayub Alaihissalam tetap sabar
menerima segala ujian Allah Subhanahu Wataala itu, bahkan tetap tekun
beribadah kepada Allah Subhanahu Wataala. Sedangkan
sebelum itu pun Nabi Ayub Alaihissalam telah menerima ujian dengan
kematian semua anak-anaknya dan semua hartanya habis hangus terbakar. Muslimin
yang dirahmati Allah, Tafsirnya: Oleh
itu jika kita menerima ujian seperti sakit, maka bersabarlah dan berdoa
dan bermohonlah kepada Allah Subhanahu Wataala kerana kepada Allah
Subhanahu Wataala sahajalah sebaik-baik tempat memohon pertolongan. Di
samping berdoa dan memohon kepada Allah Subhanahu Wataala, kita juga
seharusnya berikhtiar dan berusaha mengobati penyakit tersebut seperti
berjumpa doktor. Dan bagi meringankan bebanan kesakitan yang ditanggung,
kita bolehlah mengadu kepada keluarga dan sahabat tetapi bukan dengan
perasaan marah dan rasa tidak puas hati dan kecewa seolah-olah tidak redha
dengan qada’ dan qadar Allah Subhanahu Wataala. Perlu
juga diingat, bahawa apabila menghadapi kesengsaraan atau kesakitan yang
amat sangat, janganlah mudah kecewa dan putus asa sehingga mahu mati cepat
agar terlepas dari menanggung siksa dan kesakitan. Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam telah menyatakan dalam hadith baginda:- Maksudnya: Sesungguhnya
sakit yang ditimpakan ke atas kita bukanlah bertujuan untuk menyusahkan
kita tetapi disebaliknya menpunyai hikmah yang tersirat, ini jelas
sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:- Maksudnya: Ahli
Jumaat sekalian, Manakala
apabila kita sakit, kita hendaklah berikhtiar untuk berubat asalkan bukan
dari benda-benda haram kerana setiap penyakit itu ada obatnya.
Perkara ini ada dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam dalam hadith baginda:- Maksudnya: Ahli
Jumaat yang dirahmati Allah, Firman
Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 177:- Tafsirnya: |
||
Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam
Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid
| Maklumbalas ||
|
|