Misi
---------------------
 Matlamat
---------------------
 Peranan
---------------------
 Strategi
---------------------
 Struktur
 Organisasi

---------------------
 Piagam
 Pelanggan

---------------------
 Teks Khutbah
---------------------
 Waktu
 Sembahyang

---------------------
 Masjid-Masjid
 Di Brunei

---------------------
 Maklumbalas
---------------------

14 Jamadilawal 1425/02 Julai 2004

KEUTAMAAN AZAN


Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala  dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,
Salah satu tanda kewujudan umat Islam di suatu tempat atau di sesebuah negara ialah dengan terbinanya masjid-masjid dan kedengarannya laungan azan memanggil dan mengingatkan umat Islam supaya mengerjakan sembahyang.  Inilah yang menjadi syiar dan keagungan Islam yang mesti dijaga dan dihormati.

Imam Nawawi Rahimahullah pernah berkata bahawa azan itu mempunyai empat hikmah, pertama: untuk menzahirkan tanda Islam dan kalimah tauhid, kedua:  untuk memberitahu tanda masuk waktu sembahyang, ketiga: untuk memberitahu akan tempat sembahyang, keempat: untuk memanggil berjemaah. Tugas sebagai muazzin adalah tugas yang sangat mulia dan banyak kelebihannya.  Bayangkan mengenai kelebihan yang diterima oleh seorang muazzin itu sebagaimana yang diperolehi Bilal bin Rabah Radiallahu-Anhu, seorang muazzin yang paling terkenal dan termasyhur di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mendengar bunyi tapak kaki Saiyidina Bilal bin Rabah di dalam syurga, sedangkan pada ketika itu Saiyidina Bilal bin Rabah masih hidup. Inilah tanda tingginya martabat sebagai muazzin di sisi Allah Subhanahu Wataala .

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadith:-

Maksudnya:
Dari Ibnu Amru bin Al-‘As Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tukang azan yang melaungkan azan secara sukarela adalah seperti seorang syahid yang berlumuran darah, jika dia meninggal dunia, matinya tidak berulat di dalam kubur. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi:-

Maksudnya:
Barangsiapa azan tujuh tahun dengan ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala, nescaya wajib baginya lepas dari api neraka. (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)

Muslimin yang dirahmati Allah,
Kita sebagai umat Islam sepatutnya mengambil berat terhadap seruan yang menyeru ke arah mencapai kemenangan dan mengingati Allah Subhanahu Wataala. Jangan dipermudah-mudahkan dan tidak diambil indah serta berpura-pura tidak mendengar dan langsung tidak menyahutnya, kerana perbuatan sedemikian adalah dicela oleh syara’. Islam telah mengajarkan kita supaya apabila azan dilaungkan oleh muazzin, maka orang yang mendengar hendaklah mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh muazzin itu kecuali pada “Hayya ‘Alas-Solah dan “Hayya ‘Alal-Falah” maka katakanlah “Laa Haula Walaa Quwata Illa Billah” dan pada azan subuh apabila dikatakan “Assalatu Khairum-Mininan-Naum” maka katakanlah “Sadaqta Wabararta”.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:-

Maksudnya:
Dari Abi Said Al-Khudri Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila kamu mendengar seruan azan, maka kamu ucapkan sepertimana orang yang azan itu ucapkan.
(Riwayat Imam Al-Bukhari).

Di samping itu perlu juga diketahui bahawa azan juga boleh menjadi penawar dan obat kepada kerasukan, resah gelisah, menghindarkan daripada kejahatan jin, meredakan orang marah dan mengelokkan perangai buruk, orang yang hendak belayar dan ketika berlaku kebakaran. Azan juga sunat diperdengarkan kepada anak yang baru lahir.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:-

Maksudnya:
Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Seandainya manusia mengetahui tentang apa kelebihan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak akan mendapatkannya melainkan dengan mereka mengundi, nescaya mereka akan mengundi. 
(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Wahai kaum muslimin,
Ingatlah bahawa kita ini adalah orang Islam yang sepatutnya tidak mengabaikan ajaran Islam dan hendaklah menyahut seruan-seruan ke arah kebaikan. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita akan mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah Subhanahu Wataala.

Firman Allah Subhanahu Wataala  dalam surah Al Jumu'ah, ayat 9:-

Tafsirnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang Jumaat dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya
.


|| Misi | Matlamat | Peranan | Strategi | Struktur Organisasi | Piagam Pelanggan | Laman Web Masjid-Masjid | Maklumbalas ||
|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||